(Review) Fairways Lodge & Leisure Club, Manchester UK

Semasa kunjungan saya dan isteri ke Manchester, saya menginap di Fairways Lodge & Leisure Club. Hotel ini terletak di George Street (Off Bury New Road), Manchester, M25 9WS, United Kingdom; berada di pinggir bandar Manchester kira-kira enam batu dari Stadium Manchester United.

Hotel ini agak jauh sedikit daripada Old Trafford kerana memandangkan ketika kunjungan kami ke Manchester kebanyakan hotel di sekitar Old Trafford ditempah penuh penyokong bolasepak memandangkan malam berkenaan terdapat perlawan Liga Perdana Inggeris melibatkan pasukan Manchester United menentang Everton. Walaubagaimanapun hotel tiga bintang ini boleh dianggap murah dan menyediakan parkir percuma.

Tiga perkara saya suka mengenai hotel ini:

  1. Binaan bata merah bangunan luarannya sangat cantik.

  2. Menyediakan parkir percuma.

  3. 9 km ke Old Trafford Manchester.


Tiga perkara saya tidak suka:

  1. Lokasi hotel agak jauh dengan kedai-kedai dan tempat makan halal.

  2. Hotel lama yang panjang dan lebar ke belakang. Jika dapat bilik di bahagian belakang macam kami, memang kena menapaklah jawabnya.

  3. Katil kurang selesa dan hiasan dalamannya sudah ketinggalan zaman.


Jika anda mencari hotel budget yang menyediakan parkir percuma hotel ini boleh dimasukkan di dalam senarai pilihan anda. Namun jika anda mahukan suasana Manchester sebenar, banyak lagi hotel lain yang boleh disenarai pendekkan dengan syarat percutian anda bukan semasa hari perlawanan bola sepak.