(Review) Hotel Pullman, Liverpool UK

Selain Anfield, Liverpool juga terkenal dengan sejarahnya sebagai bandar pelabuhan. Albert Dock merupakan limbungan kapal yang canggih ketika mula dibuka pada 1846 dan terus memainkan peranan penting terhadap sosio-ekonomi penduduk Merseyside sehingalah sekarang. Albert Dock juga telah diberi taraf DiRaja dengan membawa nama baru The Royal Albert Dock pada tahun 2018.

Di sekitar The Royal Albert Dock ini terdapat banyak tempat tumpuan pelancong seperti Merseyside Maritime Museumthe Beatles Story dan Tate Liverpool. Tidak hairanlah Albert Dock menjadi lokasi yang menerima kehadiran pelancong tertinggi di United Kingdom selain London.

Saya dan isteri memilih Hotel Pullman Liverpool sebagai tempat penginapan kami ketika berkunjung ke sana. Hotel empat bintang ini terletak di Kings Dock, lima minit sahaja berjalan kaki ke Albert Dock. Kings Dock pada pengamatan saya adalah kawasan baru yang dibina bagi memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat di kawasan sekitar Albert Dock. Hotel ini masih dekat dengan pelbagai tempat tumpuan pelancong.

Tiga perkara saya suka mengenai Hotel Pullman Liverpool:

  1. Lokasi hotel di Albert Dock di mana terdapat pelbagai pelbagai muzium, kedai dan tempat menarik boleh dikunjungi berdekatan dengan hotel.

  2. Katil yang sangat selesa memandangkan hotel ini baru dibina dan susun atur dalamannya mengambarkan suasana bandar pelabuhan Liverpool.

  3. Air minuman di dalam hotel adalah spring water sparkling.


Satu sahaja perkara saya kurang suka mengenai Hotel Pullman Liverpool:

  1. Parkir berbayar walaupun untuk penginap hotel. Tempat letak kereta adalah bangunan berasingan dan perlu berjalan kaki untuk ke hotel.


Pullman Liverpool adalah hotel yang sangat ideal sekiranya melancong ke Liverpool. Kita boleh menghabiskan masa paling kurang sehari hanya dengan berjalan di sekitar Albert Dock. Terlalu banyak aktiviti yang boleh dilakuan di sini.