Review & Senarai Barber Shop Sekitar Selangor

Sejak kebelakangan ini, kedai gunting rambut (barber shop) tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Bagi golongan hipster, memotong rambut di kedai gunting rambut adalah kemestian ditambah pula keinginan untuk tampil kemas bergaya umpama Wak Doyok atau sekadar mahukan gaya guntingan seperti Safiq Rahim.


Harga guntingan di barber shop kebiasannya sekitar RM20-RM25; agak mahal berbanding kedai gunting rambut mamak/India namun itulah harga yang anda perlu bayar untuk gaya. Anda setuju? Berikut merupakan review sebahagian kedai gunting rambut yang pernah saya kunjungi sebagai panduan untuk anda :



Royale Barber Shop


Lokasi kedai gunting ini terletak di Reko Sentral, Kajang. Jika anda berkunjung ke kedai ini, sila dapatkan perkhidmatan guntingan daripada pemiliknya sendiri iaitu Wafie Zainal. Sekiranya ramai pelanggan diharapkan anda bersabar kerana barber ini sangat teliti orangnya jadi beliau mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan satu kepala tetapi hasil guntingannya sangat kemas dan cantik. Jika pemiliknya tiada, anda masih boleh mendapatkan guntingan daripada perantis yang lain. Jangan risau, Wafie Zainal melakukan tugas yang baik dalam menurunkan ilmu guntingan terhadap pelapis baru ini.


Sebarang pertanyaan mengenai gaya guntingan sehingga ke pemilihan pomade, staf di sini mampu memberikan jawapan yang anda inginkan dengan mesra dan baik. Good job.


Guntingan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]


Pilihan pomade : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]


Layanan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]


Keseluruhan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]


Need A Cut


Terletak di Alam Avenue, Seksyen 16 Shah Alam, kedai gunting rambut ini memberi impression yang baik ketika awal dibuka dahulu namun mutu perkhidmatannya merudum teruk baru-baru ini. Jika awal-awal dahulu anda akan disambut dengan senyuman, sekarang dengan jelingan macam anda datang sebagai pencuri pula. Kali terakhir saya berada di sini, saya duduk menunggu selama 5 minit tanpa ada sapaan langsung daripada staf. Mind you, seawal melangkah ke kedai saya telah menyatakan hasrat untuk menggunting rambut. Barbernya pula duduk berborak sambil menghisap vape. Wow!


Hasil guntingan pula okay-okay sahaja. Setiap kali saya mendapatkan perkhidmatan dari kedai ini, hasil guntingannya pula berbeza-beza kerana digunting oleh barber yang berlainan walaupun anda meminta gaya guntingan yang sama. Mungkin kerana sifu mereka berlainan kot.


Guntingan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-half-o" color="#eeee22" type="fa"]

Range of pomade : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]

Layanan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]

Keseluruhan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]

Ramlie's Barber Shop


Ramlie terletak berhampiran dengan Need A'Cut. Kedai yang sangat cantik, sangat selesa, sangat hipster namun dicacatkan oleh servis yang sangat mengecewakan. Jangan terkejut jika kedatangan anda langsung tidak dilayan apabila menjengah ke kedai gunting ini. Anda boleh lihat barber (sebenarnya adalah perantis) duduk di kerusi barber sambil main handphone. Begitu 'mesranya' kedai ini.


Berdasarkan pemahaman saya, hanya terdapat satu genuine barber dan yang lainnya adalah pelatih. Guntingan saya pada kunjungan terakhir oleh barber berkenaan sangat mendukacitakan. Guntingan ala kadar, kepala saya jadi alat bantuan mengajar, dan para pelatihnya pula langsung tidak menunjukkan minat nak jadi barber. Bayangkan terdapat sebahagian kecil rambut di bahagian tengkuk yang tidak dicukur dan saya hanya menyedarinya pada keesokan hari. Malunya! Itu adalah guntingan oleh barber terlatih. Bayangkan jika perantis menjadikan rambut anda sebagai bahan eksperimen pula. Anda bayar RM25 untuk dapat servis seperti ini? Anda tentukan sendiri.


Guntingan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]

Range of pomade : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]

Layanan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]

Keseluruhan : [mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"][mks_icon icon="fa-star-o" color="#eeee22" type="fa"]