Pandang Pertama Honda Civic

Honda Civic


Terlebih dahulu ini adalah pandang pertama seorang layman (orang kebanyakan) untuk setiap kereta yang dipandu uji. Saya tidak akan mengulas mengenai spesifikasi teknikal, jumlah tork tersedia mahupun keligatan kereta memecut dari pegun ke 100km per jam di dalam pandang pertama ini, cuma lebih memberi penekanan terhadap soalan-soalan biasa yang diajukan oleh layman (orang kebanyakan) terhadap sesebuah kereta yang baru dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai rujukan asas untuk bakal pembeli di luar sana. Jadi apakah persoalan yang biasa diajukan oleh layman macam saya?

Siapa yang sesuai membelinya? Target market?
1. Mereka yang bujang, individu baru berkahwin atau keluarga kecil yang memiliki seorang atau dua orang anak. Kalau anda mempunyai 3 atau 4 orang anak, kereta ini bukanlah pilihan yang wajar dan seeloknya anda membuat pertimbangan untuk membeli MPV berbanding sedan.
2. Mereka yang berjiwa muda.
3. Mereka yang selalu mengajak tiga atau empat orang rakan sepejabat makan tengahari bersama-sama.
4. Mereka yang mahukan ruang but yang luas untuk beg golf, membeli belah atau balik kampung.

Cukup power tak?
Enjin 1.5 liter je? Tak cukup powerlah! Haa anda terlupa ini adalah enjin 1.5 liter Turbo. Tersangatlah cukup powernya. (Juga terdapat di dalam varian 1.8 liter NA).

Mana lagi okay? Honda Civic, Mazda 3, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy, Mitsubishi Lancer, Kia Cerato atau Hyundai Elantra?
Setiap model ada baik buruk, positif negatifnya. Ada baiknya anda buat senarai semak dan lihat model manakah yang memenuhi keperluan anda.

Praktikal tak?
1. Tempat duduk belakang sangat selesa. Ruang lega kaki untuk penumpang belakang amat baik. Yang kurang sedikit kerusi hadapan sedikit kecil walaupun untuk figure tubuh badan normal lelaki Asean.
2. Cup holder dan cubby-hole memang banyak tersedia di dalam Civic. Bagi rakyat Malaysia ini adalah plus point. Sekiranya Honda Malaysia memasang hook untuk menggantung teh tarik atau nasi bungkus lagi cantik.
3. Dilengkapi Isofix. Car seat dengan fungsi isofix mudah dipasang tanpa masalah. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan meletakkan anak anda di dalam car seat, bukannya diletakkan di riba.
4. Ruang but yang sangat luas!

Macam mana dengan harga?
Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM 130 ribu untuk varian paling mahal bermakna bulanan sekitar RM 1XXX jika anda membuat pinjaman bank selama sembilan tahun dengan bayaran wang pendahuluan 10%. Agak mahal tetapi bersesuaian dengan pakej yang disediakan. Namun perlu diingat, jangan beli kereta untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya fokus kepada praktikaliti dan keselesaan.

Lain-lain komen?
1. Rekabentuk luaran yang pada pandangan saya, sangat sporty dan menarik. Mengingatkan saya pada Civic generasi ke 8.
2. Susun atur dalaman 'kena' dan bersesuaian dengan bentuk luaran kereta. Penggunaan material plastik lembut dan kelengkapan dibalut kulit berwarna gelap memang umph!

Kesimpulannya pula?
Adakah anda masih berkira-kira untuk memilih kereta ini atau tidak? Jika anda bujang atau pasangan baru berkahwin yang inginkan upgrade daripada hatchback kepada sedan keluarga maka ini adalah antara pilihan terbaik. Jika anda masih berkira-kira tentang saiz, ia masih sesuai untuk dibawa di bandar dan tiada masalah untuk diparkir. Rekabentuk tidak dinafikan antara yang paling radikal dan sporty berbanding pesaingnya dan sudah tentu paling berkuasa walaupun hanya dipacu enjin 1.5 liter (turbo!).

 

https://youtu.be/u_4V2aljD_U