(Review) Hotel The Premier Notting Hill, London, UK

Sepertimana  yang telah diketahui umum, Bayswater boleh diistilahkan perkampungan Melayu di Kota London. Jadi tidak pelik semasa di sini kita akan terserempak dengan ramai orang Melayu berkeliaran di jalanan. Pilihan hotel di sini juga banyak, dari yang budget sehinggalah yang berstatus lima bintang.

Saya dan isteri memilih The Premier Notting Hill yang terletak di 5-7 Prince's Square London sebagai tempat bermalam selama 3 hari di sana. Pada hemat saya, hotel ini cantik, elegan, bersih dan memiliki kakitangan yang sangat mesra.

Tujuh perkara saya suka mengenai hotel ini:

  1. Kakitangan hotel sangat mesra dan membantu. Boleh tanya apa-apa dan minta tips London daripada mereka.

  2. Hotel cantik dan bersih cuma sedikit kecil.

  3. Kami dapat naik taraf secara percuma ke bilik hotel yang lebih besar pada malam kedua. Siapa tidak suka dengan benda percuma kan?

  4. Bilik hotel dilengkapi pemanas gelombang mikro. Sangat sesuai untuk kami yang membawa sedikit makanan dari Malaysia.

  5. Tilam yang sangat empuk dan selesa. Kami tidur lena!

  6. Berdekatan dengan pelbagai kedai serbaneka dan restoran makanan halal.

  7. Berdekatan dengan stesen keretapi bawah tanah.


Hotel ini sememangnya memiliki charm yang lama saya tidak lihat di dalam industri perhotelan. Hotel yang membuatkan kita rasa rapat dengan kakitangan hotel walaupun baru pertama kali berjumpa, hotel yang punyai jiwa dan rasa tersendiri yang agak sukar ditonjolkan oleh hotel lain pada hari ini.

Caj bermalam di hotel The Premier Notting Hill mungkin agak mahal, tetapi dengan layanan yang diterima ketika menginap di hotel ini semestinya membuatkan semuanya berbaloi. Saya sudah berkira-kira jika berkunjung ke bumi London lagi, hotel ini akan menjadi pilihan pertama saya sekali lagi.