(Review) Akasaka Excel Hotel Tokyu, Tokyo, Jepun

Sebelum ke Tokyo bersama isteri dan anak kecil saya yang berumur empat tahun, saya telah membuat kajian secara intensif terhadap kawasan dan hotel mana yang paling sesuai  untuk kami sekeluarga. Kriteria yang paling utama adalah hotel yang mesra kanak-kanak dan dekat dengan stesen keretapi.

Akasaka Excel Hotel Tokyu menjadi pilihan kami setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah harga dan aksesibiliti lokasinya. Hotel ini berada di daerah Akasaka Mitsuke Tokyo dan jaraknya dengan stesen keretapi bawah tanah yang terdekat adalah sekitar 100 meter sahaja; sesuai untuk mereka yang berkeluarga.

Senarai perkara yang saya suka mengenai hotel ini:

  1. Hampir dengan stesen keretapi bawah tanah.

  2. Terdapat bas limosine daripada Lapangan Terbang Narita terus ke hotel ini. Perkhidmatan bas dari hotel ke lapangan terbang juga disediakan.

  3. Bilik yang luas untuk standard Jepun.

  4. Tandas Jepun yang canggih.

  5. Bilik dihias seperti rumah tradisional Jepun lama tetapi masih membawa imej hotel perniagaan.

  6. Mesra kanak-kanak.

  7. Kedai serbaneka 7-11 berada di tingkat bawah premis hotel dan anda perlu tahu 7-11 di Jepun sangatlah meriah.

  8. Bic Camera dan Family Mart hanya di seberang jalan.

  9. Terdapat dua atau tiga restoran halal berada berdekatan.


Perkara yang saya kurang suka:

  1. Walaupun cantik dengan tema tradisional Jepun, kebarangkalian anak kecil anda melakukan vandalisme seperti mengoyakkan tingkap kertas adalah tinggi. Selain daripada itu, tiada perkara negatif di sepanjang penginapan sama di sini.


Adakah saya akan menginap di hotel ini lagi di masa akan datang? Ya, sudah semestinya. Akses yang mudah menggunakan bas limosine, layanan yang professional, dan jarak yang dekat dengan stesem keretapi bawah tanah sudah cukup untuk saya memilih hotel ini lagi di masa akan datang.