Pengalaman di Honda Advanced Driving Course

Adakah anda biasa dengan akronim ABS, EBD, ESP ataupun VSA? Atau pernahkah anda mengambil kisah tentang kuantiti dan lokasi setiap airbag di dalam kereta yang anda pandu setiap hari? Pernahkah anda memandu dalam keadaan hujan lebat dan terlanggar lopak air sehingga terasa seperti hilang kawalan. Adakah anda tahu apa yang patut anda lakukan?


Honda telah menjemput pemenang bertuah dari kalangan pemilik Honda untuk 'belajar' mengenai ciri-ciri keselamatan yang kebanyakan daripada pengguna tidak tahu pun ianya wujud dalam kereta mereka melalui program Honda Advanced Driving Course. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa pengeluar kereta di Malaysia yang menganjurkan program sama namun caj yang dikenakan adalah sekitar RM300 sehingga ada yang mencecah RM3000! Honda pula melalui division CSR, menganjurkan kursus berkenaan tanpa mengenakan sebarang caj. Good job Honda!


honda-advanced-driving-course-001


honda-advanced-driving-course-004


Apa yang dipelajari? Kebanyakan adalah info asas yang kita sudah ketahui dan pelajari sewaktu di sekolah memandu. Namun begitu, ilmu tersebut adalah sangat berguna untuk refresh semula tentang titik buta, postur semasa memandu, kedudukan tangan pada stereng dan juga teknik yang betul sewaktu memusing stereng. Tapi yang paling ditunggu-tunggu adalah sesi praktikal di kawasan tempat letak kereta terbuka MAEPS Serdang.


honda-advanced-driving-course-002


Peserta dibahagikan kepada dua orang untuk setiap kereta sama ada Jazz, City ataupun Civic bagi melengkapkan sesi slalom test, brek dengan ABS dan juga brek tanpa ABS & VSA. Peserta juga diajar cara untuk mengendalikan kereta sewaktu brek kecemasan dan juga mengubah haluan di saat akhir. Sesi praktikal diakhiri dengan pemanduan litar yang menggabungkan kesan understeer dan oversteer (litar ini telah diletakkan minyak diesel dan minyak hitam di selekoh tertentu jadi memang terasa kereta out of control sedikit). Sangat mengujakan!


honda-advanced-driving-course-003 honda-advanced-driving-course-005Secara keseluruhannya, para peserta mendapat ilmu berguna pada hari tersebut melalui penganjuran Honda Advanced Driving Course. Inisiatif Honda Malaysia ini patut dipuji kerana memberi peluang kepada pengguna untuk mengenali dan memahami dengan lebih mendalam kemampuan sebenar kereta yang mereka miliki. Terima kasih sekali lagi Honda Malaysia!