Asia Klasika Motor Festival 2015

Asia Klasika Motor Festival 2015 kembali lagi dengan penglibatan kereta-kereta yang terbaik daripada kategori vintaj, klasik dan supercar. Acara yang diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside Hotel dari 2 Oktober hingga 4 Oktober ini merupakan penganjuran kali yang keenam di Malaysia.


Saya sempat meluangkan masa untuk mengunjungi Asia Klasika Motor Festival 2015 dan ternyata ia pengalaman yang sangat mengujakan. Deretan kereta klasik dan mewah memenuhi perkarangan Hotel Pullman Putrajaya. Paling teruja tentulah Encik F, satu persatu gambar kereta dirakam untuk koleksi peribadi :P




[caption id="attachment_787" align="aligncenter" width="597"]asia-klasika-motor-festival-project-7 Kereta Project 7 daripada Jaguar[/caption]

[caption id="attachment_789" align="aligncenter" width="597"]asia-klasika-motor-festival-1 Kereta Proton pertama & koleksi peribadi Sultan Johor[/caption]

Kemuncak utama acara tersebut ialah pameran kereta mewah daripada koleksi Sultan Johor iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Antara koleksi peribadi yang dipamerkan ialah Satria Neo WWW1, motorsikal yang digunakan sewaktu Kembara Mahkota Johor dan yang paling menggamit perhatian pengunjung ialah bot laju milik Tengku Mahkota Johor.


asia-klasika-motor-festival-2


Selain daripada itu, turut dipamerkan ialah kenderaan Airstream yang pertama terdapat di Malaysia. Sangkaan awal saya tatkala memasuki Airstream tersebut ialah ruang yang sempit dan perasaan claustrophobic, namun sangkaan itu meleset kerana ruang di dalamnya adalah sangat luas & selesa!


asia-klasika-motor-festival-airstream


Secara keseluruhannya, penganjuran Asia Klasika Motor Festival 2015 merupakan suatu acara yang berjaya kerana dapat menarik kedatangan ribuan pengunjung ke acara tersebut. Diharapkan ia akan menjadi acara tahunan yang tetap di Malaysia dan bertambah baik dari tahun ke tahun.