Pisang Cheese Jakarta di Seksyen 7, Shah Alam

Jangan terkeliru dengan nama Pisang Cheese Jakarta kerana ia sebenarnya terletak di Malaysia :P Mempunyai 3 cawangan di Selangor, iaitu dua di Shah Alam dan satu di Bangi. Pisang masak yang digoreng rangup dilimpahi dengan keju pasti membuatkan anda teruja untuk mencubanya.


pisang-cheese-jakarta-1


Saya berkesempatan untuk merasai keenakan Pisang Cheese Jakarta di cawangan Seksyen 7, Shah Alam. Untuk lokasi yang lebih spefisik, ia terletak di Restoran Lawangsari, belakang pasaraya Giant (Pusat Komersil).


Keunikan Pisang Cheese Jakarta ialah pisang masak yang digunakan dan tepung yang rangup. Selain daripada itu, para pekerja dilihat menapis minyak berulang kali daripada pisang yang telah digoreng supaya minyak di dalam pisang tidak terlalu terasa apabila dimakan.


IMG_0028


Terdapat beberapa menu yang disediakan seperti Original, Mandarin Melted Cheese, Coco Caramel, Crunchy Oreo & Messy Chocolate. Untuk add-ons pula, cas tambahan dikenakan untuk setiap bahan. Kebiasaannya, saya akan pilih menu yang Original saja kerana saya lebih suka resipi pisang cheese yang simple.


IMG_0029


Next time, sekiranya anda berada di sekitar Seksyen 7, anda patut mencuba sendiri menu pisang cheese yang menarik daripada francais Pisang Cheese Jakarta ini. Recommended!


Cawangan :
1. Restoran Lawangsari - Seksyen 7, Shah Alam
2. Tam Nasi Ayam - Seksyen 23, Shah Alam
3. Restoran Kelisa - Seksyen 9, Bangi

Waktu Operasi :
4.30 PM - 12AM

Facebook :
http://www.facebook.com/pisangcheesejakarta

Instagram :
@pcjakarta