Lagu Tema & Pengacara Kelab Disney Malaysia Dulu-dulu

Wednesday, December 23, 2009 25 Comments

Ehem ehem. Pernah dengar tak lagu ni?

Hey Mickey
You’re so fine, you’re so fine
You blow my mind
Hey Mickey! Hey Mickey!

Haha. Kalau korang pernah hidup sezaman dengan aku, pasti pernah dengar lagu ni kira-kira 10 ke 12 tahun lepas. Woot! Nampak macam dah tua sangat bila sebut sampai 10 tahun lepas. Hohoho. Hakikatnya, aku takla tua sangat dan takla remaja sangat dah. 22 tahun, sedang elok la tu. Kuikui

Lagu Hey Mickey ini pernah digunakan sebagai lagu tema untuk Kelab Disney Malaysia. Wahh, boleh kata setiap minggu aku akan tengok Kelab Disney Malaysia semata-mata nak tengok kartun kegemaran seperti Mickey Mouse, Donald Ducks beraksi. Maklum la, dulu-dulu mana ada sangat cerita kartun tak macam sekarang siap ada Astro Ceria. Cemburunya

Waktu tu pengacara Kelab Disney Malaysia ialah Phoebe. Tapi biasanya dia akan bahasakan diri sebagai Kak Phoebe. Comel je Phoebe tu. Selain tu, Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Zack Imran dalam drama Ghost pun pernah jadi pengacara. Tapi waktu tu aku dah besar sikit la. Best kot dia tu dalam Kelab Disney Malaysia sebab sampai sekarang pun aku still refer dia sebagai Abang Naz. Lepas tu pengacara baru dan aku dah makin besar, dah kurang layan sangat dah. Tapi masih ingat la Kak Erin & Abang Nick semua tu. Hehehe

Berbalik kepada lagu Hey Mickey tu, harini aku terjumpa balik video lagu tu. Seingat aku, waktu sekolah dulu kitaorang akan tunggu setiap minggu untuk tengok video lagu tu. Siap bincang dalam kelas betapa bestnya lagu tu dan siap tulis lirik lagi. Haha. Gila noob

Sekarang ni bila aku tengok balik video klip ni, aku rasa ngeri pula. Tertanya-tanya pun ada juga apa punya hampeh la taste masa sekolah dulu suka tengok video tu. LMAO. Tengok muka penyanyi tu waktu awal lagu start dah pelik. Apatah lagi tengok peha para cheerleader yang gebu semacam tu. Kehkeh. Tapi memang takleh nak deny la, lagu Hey Mickey tu catchy habis

Dulu pernah juga hantar lukisan dekat Kelab Disney Malaysia TV3 ni tapi haram xpernah terpilih. Ke tu aku hantar dekat Chicky Hour yang KFC? Err Kelab Disney Malaysia dengan Chicky Hour benda yang sama ke tak eh? Tak ingat dah. Aku hantar gambar Mickey Mouse tengah posing, tekap daripada almari baju. Tak berbakat punya pasal. Hahaha

25 Responses to “Lagu Tema & Pengacara Kelab Disney Malaysia Dulu-dulu”

  1. fatehahNo Gravatar Says:

    haha aku pun penah anto lukisan mcm ko, tp kat majalah. aku anto mase tadika, tp tersiar dlm majalah masa darjah 3. siot gile

  2. topoNo Gravatar Says:

    hoho pengacara kelab disney yg paling aku ingat ialah Ku Zairi.. hahaha skrg ni dia lebih popular dengan Mat Spot.. hohoho :blank:

  3. AnarmNo Gravatar Says:

    lagu tu best..

  4. AzahNo Gravatar Says:

    choki mmg riang..
    tgk kartun je tau..
    lagu hey micky ni sswai kot jadi lagu tema ko..
    hoho…

  5. ajieNo Gravatar Says:

    Nasib kita serupa le choki.. aku pun penah anto lukisan.. tunggu punya tunggu tak de kuar2 huhuhu..

  6. chokilalaNo Gravatar Says:

    fatehah,
    lama gila baru tersiar. ko hantar dalam majalah apa? hello ke? suratkhabar yang artis bollywood dulu tu. hehe

    topo,
    kenapa aku xkenal ku zairi tu? abang apa nama dia? mat spot pun aku xkenal beb. joe jambul aku kenal. hehe

    anarm,
    hehe. best kan? suka gila la

    azah,
    haha. xnak la lagu tema ni. aku tujukan lagu wali band cari jodoh untuk ko. kiki

  7. AzahNo Gravatar Says:

    hoit!!!
    tau la aku x de encik f…
    nak bagi lagu tu plak kat aku..
    klau mcm tu aju tuju lagu jangan nakal aliff oiam tu kat ko..
    pasni jangan curang2 ngan org x spatutnya.
    haha..

  8. chokilalaNo Gravatar Says:

    tapi kau ada encik a? *wink wink*
    hahaha. lagu jangan nakal tu ke? nice gak
    tapi aku la makhluk tuhan paling tak curang tau! :P

  9. AzahNo Gravatar Says:

    no comment… no comment…
    eh.. eh…
    no camera please…
    hahak…

  10. chokilalaNo Gravatar Says:

    sape nak amek gambar ko. haha. aku rasa nanti aku kena implement reply comment la. hampeh je reply komen gini. hehehe :what:

  11. samanosuke_04No Gravatar Says:

    hehe, aku ingat lagu tue.. tapi aku rasa lagi best lagu “livin la vida mickey”, pernah dengar tak?

  12. whoseNo Gravatar Says:

    hohoho..mana leh lupa ngan lagu nie…aku mmbesr pn ngan mickey..siap ada patung sekali tu..hikhik…

  13. chokilalaNo Gravatar Says:

    samanosuke,
    aku xpernah dengar plak lagu tu. haha. nanti aku google youtube

    whose,
    happy semacam kan lagu tersebut? hihi. aku pun ada patung mickey besar dulu, bawak tidur. kuikui

  14. Akuro SanNo Gravatar Says:

    serious, SERAM video klip tu! huhu~ :lol:

  15. Munirah AbdNo Gravatar Says:

    scarynya muka penyanyi tu..cam nak makan jeee

  16. cikepalNo Gravatar Says:

    hey minnie ada tak?? hehe :)

  17. ayong_qielaNo Gravatar Says:

    heheh. terigt zaman mude mude. bajet dah tua sgt. sdgkan baru doploh tahun. haha! :D

  18. angrianiNo Gravatar Says:

    kalau anak akak ni kompom suker
    hehehehehe

  19. RaraNo Gravatar Says:

    masa form 4, class i buat aerobik guna lagu ni ;P
    hahaha gila ah meloncat² atas stage depan budak lelaki.
    malunyaaaaaaaaa bila ingat balik T_______T
    tapi lagu ni memang best. sampai sekarang dengar pon rasa funky je.

  20. chokilalaNo Gravatar Says:

    akuro san,
    tu la kan. muka penyanyi tu awal menakutkan

    kak mun,
    haha. tapi lagu dia best hape..

    cikepal,
    tarak. hey choki nanti bakal ada. haha

    ayong_qiela,
    i pun muda. sweet 17. lalala

    kak angriani,
    haha. jangankan anak akak, yang dah xberapa nak anak ni pun suka :P

    rarakus,
    hehe. lagu ni sesuai la untuk aerobik. rancak & cute ;)

  21. loqNo Gravatar Says:

    memang kipas susah mati aku dengan cite kelab disney malaysia ni time kecik2..haha.Ingat lagi “abang naz” “abang naz”aku rase die pun dah naik meluat bahasekan diri die abang naz.haha

  22. ZulNo Gravatar Says:

    ish2, dah tua juga rupanya zul nieh
    haha
    dulu2 mmg zul suka sangat tgk cerita nieh…
    tapi sekarang boring…
    hehehe

  23. chokilalaNo Gravatar Says:

    loq,
    haha. tapi ok pe, sekarang pun orang yang pernah tengok kelab disney malaysia dulu mesti masih ingat dia sebagai abang naz. hehe

    zul,
    sekarang dah tua sikit, xtengok dah KDM. ntah abang atau kakak apa skrg pun xtau la. hehe

  24. cik peanutNo Gravatar Says:

    hohoho..pernah tengok abang naz kat kelab disney dulu…hohohoo…kacak2 huhuhu…tapi skunk dah suka zack imran dah..heheheh :love:

  25. orangutantuaNo Gravatar Says:

    Assalamulaikum
    nak masuk umah orang ni kena bagi salam …
    macam mana lak agak nyer boleh terbaca post ni pukul 4 pagi …hahaha
    but anyway chokilala tima kasih lah kerana wujud sebagai penonton Kelab Disney Malaysia….baru la hari ni abang terasa yang kepenatan kami menerbitkan rancangan tu di hargai …alhamdulillah aminnnnn…. saja jer reply post ni sebab ada persoalan kenapa lukisan tak tersiar ek ….seingat abang masa abang jadi host tu kami terima 10 guni beras lukisan setiap minggu ….nak siarkan semua memang tak mampu …so we all pick up melalui cabutan bertuah jer la ….that was back in 1994 to 2001 before abang naz take over….fuhhh abang lagi la dah tua adik oi …hahaha…anyway all the best for you and friends….life getting harder nowdays…..but yang satu tetap hanya satu kan …good luck!

Leave a Reply


:zzz: :wow: :wink: :what: :sad: :love: :lol: :lala: :hihi: :happy: :haha: :eyes: :err: :cry: :blank: :angry: