Aksi gedik Yubiyu!

Sukacita dimaklumkan bahawa entry ni bakal dipenuhi oleh gambar yang menampilkan aksi-aksi kurang sopan, separa sopan dan juga TIDAK SOPAN LANGSUNG. Bagi mereka yang berumur bawah 12 tahun pula adalah tidak digalakkan untuk meniru aksi yang dipaparkan kerana ia tidak mencerminkan langsung contoh kehidupan pelajar universiti. Silakan click read more di bawah kalau iman anda tak gentar dengan kekacakan dan keayuan diselitkan dengan aksi kesengalan para pemblogger UTeM. Enjoy!

PERHATIAN : ENTRY NI BANYAK GAMBAR, PROCEED KALAU KAU HEBAT

Pada hari Sabtu yang lepas yakni kelmarin telah diadakan sesi photoshoot untuk para Yubiyu. Kami ni selain daripada menjadi pelajar UTeM sepenuh masa, buat part-time sebagai model gak. Hoho. Sesi penggedikan telah berlangsung dengan jayanya di Taman Botanikal or previously known as Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Org Melaka mesti wondering, tempat tu dulu kan buruk setakat joging2 leh la. Hei, skrg dah kacak tau hutan tu! Sila buat lawatan berkala ke sana selepas habis membaca entry ini

Seperti yang telah diwar-warkan di blog Popshovans, target untuk gath ni telah tercapai. Seramai 18 orang pemblogger UTeM telah menghadirkan diri tanpa seurat benang di badan dengan memakai baju rasmi Yubiyu aka UTeM Bloggers United bagi sesiapa yang blurr lagi ape kejadah Yubiyu ni. Target 100% telah tercapai untuk merakamkan aksi kurang senonoh para Yubiyu. Target tambahan juga tak kurang tercapai dengan kehadiran Wishbone dan juga Liyana Jasmay UTeM. Nasib baik xpanggil Hamid Gurkha UTeM

Patrick Liyana Jasmay UTeM *auuww*

Sesi sepatutnya bermula pukul 4.30 petang tetapi pukul 5 petang baru la start. Itupun selepas sesi makan-makan secara sendirian berhad berjaya dilaksanakan di McD Taman Buaya yang terletak berhampiran. Sungguh sedap makanan yang dibelanja oleh orang lain dan perkara sebaliknya berlaku kalau guna duit sendiri. Resmi pelajar universiti, pantang dibelanja. Perkenalan secara malu-malu kucing telah bermula di situ. Ayat-ayat seperti “Ko sape eh?” , “Apa URL blog ko?”, “Ko kenal aku x?”, “Aku Chokilala” adalah ayat lazim yang digunakan ketika itu

sila fokus ke kiri kepada kerakusan kak bulat memakan aiskrim

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati lalu perut-perut kami yang sedang suka hati ini pun bergerak ke lokasi penggambaran dengan berjalan kaki. Sambil melihat barangan kraftangan yang dijual di tepian jalan kami juga dapat menghirup udara segar kesan daripada proses penyahtinjaan oleh Encik Lembu yang gagah menarik kereta mereka untuk membawa pelancong berjalan-jalan di sekitar

macam geng samseng yang ceria nak pergi bergaduh

Para Yubiyu telah teruja dengan beberapa buah batu yang kecil sikit daripada saiz Batu Belah Batu Bertangkup lalu sesi fotografi bertemakan Lompat Katak Jumping Syndrome telah dijalankan oleh fenDioLogy dan Lang Legar. Kawan-kawan, Puan Batu tersebut diwujudkan sebagai salah satu dekorasi untuk taman tetapi kamu melompat secara berleluasa terhadap beliau. Sungguh kurang sopan perbuatan itu. Namun begitu, sila amalkan lagi sebab kita Yubiyu dan seluruh kawasan Ayer Keroh pelajar UTeM yang punya! Muahaha!

mereka lompat, topo dan mohdadil lihat

Lokasi penggambaran seterusnya dilakukan di celah pepasu(plural untuk pasu) bunga di Taman Botanikal. Para Yubiyu sangat teruja. Mungkin salah seorang Yubiyu yang juga MPP UTeM patut mengusulkan kepada pihak pengurusan universiti supaya lebih banyak pokok ditanam di sekitar UTeM mahupun kolej kediaman kerana kelihatan seperti para Yubiyu teruja melihat pokok yang banyak. X percaya? Lihat aksi yang berjaya dirakamkan

Adoiyai. Penat la jadi pemberita x berbayar ni. Selebriti Yubiyu macam Chokilala ni mana boleh kerja keras sangat, kena rest je. Kuikui. Memang banyak lagi aksi-aksi sengal yang berjaya dirakamkan. Kalau ada pensyarah UTeM yang tengok gambar para Yubiyu beraksi sengal mcm ni memang geleng kepala tanpa henti 3 hari 3 malam tanpa bintang la. Kihkih!

Aksi seterusnya dirakamkan sampai dah nak dekat Maghrib. Oleh kerana, Chokilala ni ada 2 paper the next day untuk final exam jadi beliau pun meminta diri dulu. Satu hape xbaca lagi okay time tu untuk paper Pemikiran Kritis & Kreatif dan juga paper Hubungan Etnik. Oh, orang kata Chokilala pemalu aritu. Ye, mmg i pemalu orangnya (sambil hidung memanjang mcm Pinocchio sbb membohong). Bukan malu, tapi xpernah jumpa korang in real life, so xkan nak terkinja2 sgt kan. Next time, hopefully dah xde kemaluan malu dah. Enjoy dgn korang! Next time buat lagi okay? ;)

yarabbi.. anak sapa la nie.. *geleng kepala*

kami pelajar UTeM yang kacak dan manis

the gadis

Oh, last but not least, ada satu gambar yang bisa membikin hati Encik F gentar pada hari tersebut dek kerana melihat gf beliau sesuka hati bergambar dengan jejaka. Maapkan i Encik F, i cuma memenuhi permintaan peminat Chokilala je yang nak bergambar dengan i *Encik F puas hati dengan penerangan gf beliau dan berlalu pergi dengan perasaan yakin di hati* Beliau dah pergi ke? Hey jejaka-jejaka, kouta(ni betul2 silap tulis) kuota Chokilala ada banyak lagi. Mari mari! Hohoho

sabar encik f, sabar.. gf anda boleh tahan setia

Oh, overall gath ni sangat menghiburkan hati. Lepas ni mesti Yubiyu famous punya la di blogosphere ni. Kepada adik-adik, jom masuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka kalau nak jadik cool macam kami. Hahaha. Gile skema+promote UTeM. Itu sahaja untuk update kali ni, Chokilala sudah kehabisan tenaga batin kerana entry ni panjang sangat. Adios!

P/S : Chokilala guna Photoscape untuk menipu edit gambar
P/S/S : Perasan tak aku silap letak tarikh kat gambar atas? Hahaha

17
Nov 2008
POSTED BY chokilala
DISCUSSION 49 Comments

49 Responses to : Aksi gedik Yubiyu!

  1. shepha says:

    ahha.
    kak bulat jugek yg kene.

    @shepha : kerana kak bulat sangat bulat pada hari tersebut

  2. nadiEya says:

    PERHATIAN : ENTRY NI BANYAK GAMBAR, PROCEED KALAU KAU HEBAT

    ooo yehh..aku hebat :happy:

    @nadiEya : tahniah. anda hebat

  3. topo says:

    :love: waaa!! aku dapat bergambar dengan cik chokilala

    @topo : waa! aku dapat bergambar dgn topo

  4. Sara says:

    uisshh..panjangnya.

    saket mata kepala membaca :eyes:

    @Sara : saje nak peningkan korang skali skala

  5. adil says:

    hahaha… aku pun ada. pasni femes la aku di blog chokilala… hahaha… :)

    @adil : haha. aku mengamalkan penyebaran kefemesan secara adil :)

  6. f@r@h@ni says:

    Aksi-aksi abg2 kakak2 UTeM masa tengah berjoging ada tak?Atau bersenam?Hahaha! :haha: :happy:

    @f@r@h@ni : nak tgk ke? tapi cara yg kurang sopan la

  7. ezany says:

    makaih.. panjangyer..
    tp hasil berkat kesabaran.. berjaya gak ys habiskan membaca..
    lagi skit gak ler nak tertido.. ape2 pon korang mmg happening..

    p/s: sy x suke membaca.. membaca = tido..

    @ezany : thanks kerana membaca. membaca jambatan ilmu

  8. k.e.r.i. says:

    hahaha.
    gila rakus shepha.
    buruk nau nampak nya eh.

    @k.e.r.i. : kak bulat mmg rakus. menakutkan betul

  9. nice2..
    kalu dapat join sgt besh!!
    hadui cemburu sesgt apabila melihat gegambar ini (pularal bg gambar yang banyak)..kihkih
    len kali makesure me ade sane keh!!
    baru buat..haish..

    @Glitters Sara : aiyark. nak tunggu akak ada sampai ke tua tak buat. hehe

  10. langlegar says:

    memang btl ni cik chokilala mempunyai peminat2 dari kalangan bloggers..
    mengalahkan populariti Wishbone dan Liyana Jasmay UTeM hoho…

    @langlegar : saya tujukan anugerah ini kepada mak ayah.. bla3.. peminat.. bla3..

  11. Odette says:

    hoho.. terdapat kesalah-ejaan d c2.. “kouta” 2 ape? bkn “kuota”eh.. hahaha..

    @Odette : odette. kesilapan dah diperbetulkan. kamu bikin i malu je *sambil cubit odette*

  12. fendy says:

    yeay dpt bergambar ngan cokilala riang!!!

    @fendy : hehe. dapat bergambar dgn encik fendy gak :)

  13. seyn says:

    tak ada gambar bersama selebriti utama chokilala ibarat hidup tanpa makan nasi.haish!

    @seyn : wawawa. mungkin kamu org putih. tak makan nasik. hehe. seyn, kamu yg sombong *majok*

  14. callister says:

    haha..sungguh kanak2 kamu sume..
    so hepi go lucky..
    jeles lah ni..

    @callister : silakan menjeles banyak2. hehe

  15. Alang says:

    ye,,saye lah yang bertanye ni sape ek??”ak chokilala”..hahaha..tak pernah jumpe pon sebelum ni..

    @Alang : ingat nak ckp “Aku CheDet” tapi takut ko pengsan terkejut plak. kihkih

  16. yubiyu kalau takde chokilala, ibarat pakai seluar terlupa pakai seluar dalam! peminat fanatik chokilala dari awal sampai ke maghrib bisik2 kt telinga aku suh snap pic chokilala. huhuhu. that u all!

    @razifmustapha : ok pe tak pakai spender. berangin je

  17. queenrara says:

    ahaha kenapekah liyana jasmay versi utem tu tak pkai baju yubiyu? :lala:

    @queenrara : kata artis jemputan je.. mana de baju. hehe..

  18. n0n0i says:

    hahaha.. :hihi:
    sonoknya korg………

    @n0n0i : mmg seronot

  19. Kaizer says:

    Sebelum ni saya xkenal apa itu UTeM..Sekarang dah x sabar2 nak masuk UTeM sbb nak jadi cool cam korang..haha..

    @Kaizer : xkenal ye. ko da lama hidup eh? nanti ko sambung blaja balik thn depan, mesti ko cool. wakaka

  20. ramiza says:

    ye..ak jelez

    @ramiza : bkn anda gi tgk paintball comp? tu pun syok gak

  21. KNizam says:

    cool giler ah ! hehe :)

    @KNizam : yup. agak cool. hehe

  22. Odette says:

    huhu.. xpa la kalo xknl.. sy mmg lowprofile.. (ayat2 taching)..

    @Odette : alala odette xkenal sket je. nanti saya tanya. hoho

  23. topo says:

    aku baru nak sound cakap ko salah tarikh… hoohoh da ada statement kat bawah..

    @topo : hoho. apa nak buat. aku edit pakai potoskep je. bkn potoshop

  24. MK says:

    nak masuk utem gak.. huaa

    @MK : jom. nanti leh sembang2 komputer. hehe

  25. Pingback: contest di topotato.com sempena yubiyu gathering.. | topotato.com

  26. abdusfauzi says:

    hmm.. saya pun nak pergi.. tp, apakn daya, student ID Miri, and tgh exam lagi. hahaha.. cik chokilalal ni, femous ek? hahaha :P

    kelihatan Topo dan oDiN di situ. hik hik.

    @abdusfauzi : femes ke? tak pun.. ya, topo dan odin mmg kelihatan di situ. sila meneka di blog topo. hoho

  27. Kujie says:

    jawatan makcik cleaner ade kosong lagi tak kt sane?

    lompat yo tinggi yeopp…tapi starting atas batu…tak aci

    @Kujie : kosong. pakai baju kaler hijau. nak borang? hoho

  28. choki maloo2 kambeng

    @cik kedondong : kambeng yg malu2 aku

  29. yasha says:

    hahahha.. ko memaluu?? eeee…. ye ke?? :lol:
    besh2… sume sengal2 belaka.. adek2 tgk sgt teruja mereka nak masok utem.. :happy:

    @yasha : mmg aritu dorang sume sengal2 tulang

  30. topo says:

    si abdus tu tak payah la ko nak suruh teka yang mana satu topo @ mana satu odin.. mamat tu member aku sejak sekolah beb..3 tahun sama kelas.. hoho

    dia member odin gak.. makan sepinggan tidur sebantal.. hohooh

    @topo : wow.. tido sebantal.. agak bahaya tu. hoho

  31. kento says:

    horey! aku hebat hoho! :wink:

    @kento : tahniah :)

  32. bd fabregas says:

    tahun dpn UMP pn akan ada satu grup blogger camni.. korg bebdk UTEM tunggu je la.. hahaha..

    @bd fabregas : cpt cpt. kita lawan nanti. hehe

  33. Pingback: Popshovans » Blog Archive » Destinasi Ku Yubiyu Mu

  34. dem! dem!
    wajah dak dak YUBIYU mmg chumel.

    muahaha

    @shatilah zakaria : masuk bakul angkat sendiri nampak? hoho

  35. topo says:

    hahahaha kat sini pon si shatilah ni buat statement jugak… memang chumel la.. :lala:

    @topo : sape nak komen comel kalau tak kita2 ni gak kan? hoho

  36. ramiza says:

    huhu pegi pn ms org da abes game..nk sopin beli brg pb xda wet..huhu

    @ramiza : oh yeke. dah tu, nape gi gak. baik gi yubiyu. hehe

  37. queenrara says:

    ada mamat single lagi tak? awkaka:P
    nak berkenalannnnnn *gedik*

    @queenrara : amoi aa.. lu suda lama idup ka?

  38. topo says:

    kepada cik queenrara.. si odin single.. hohoh try la apply borang.. hahahahah :wink:

    @topo : ko jgn terpedaya. masalahnya skrg si queenrara ni taken. in fact da bertunang. ko jgn layan, dia mmg gatal. hoho

  39. Merah+hitaM says:

    wah3..beshnya cik choki berkumpol ngan blogger2 utem..hehehe..melihat gambar pon da cukup hepi…hehhehe..mmg gempak la blogger2 smua..hehehe..tak sangka kazenku mohdadil pon ada..hhehehe….kem slm kat dia k…moga majulah blogger untuk utem…

    @Merah+hitaM : cous anda bole tahan kacak. terpesona dgn rambutnya yg ala2 model iklan sunsilk. hehe

  40. Merah+hitaM says:

    wakakakkaa..terpesona ek ngan rambot adel..hahahhaha…nanti g la dating ngan model iklan sunsilk tuh..hehehhe…

  41. Richie says:

    kencang gak budak2 utem ni..hoho.. weh, nak exchange link? kalau nak comment kat blog aku

  42. ni BUKAN bertujuan untuk angkat bakul,
    TAPi
    diulang sekali saja

    INI FAKTA warga YUBIYU
    BUKAN auta.

    (mmg dak yubiyu chumel per..)

    hoho

  43. f@r@h@ni says:

    Sis Chokilala,nak baju nie gak,boleh??? Saiz M. :haha:

  44. f@r@h@ni says:

    Kalo contest ada tak?Untuk budak2 bawah 12 taun. :blank:

  45. Ryehana says:

    cehhhh!!
    takleh blah la tgk gambo last sekali tu!
    hampeh…
    hahaha

    anyway, memang best gile la korg wat sesi photoshoot ni… jeles gila aku

  46. Pingback: Contest 2 - Topotato si Pak Cik kentang yang kental dan sentiasa busy sejak akhir2 ini. « 5sn1.hfk.smksk.08

  47. encik f says:

    “sabar encik f, sabar.. gf anda boleh tahan setia”

    bersabar lame dah. hehe

  48. AwEk cutE LAhaD Datu says:

    HmmM..adQ ska la rupa cutE akak buLat2.Manis tau ada LEsum pipi,hEhE..Law ada LEbih bgi la adQ anis 1 kak bulat..hAHA..adQ gurau jE la..spE nmE akak cantik kat sbLah kiri akak buLat tu ya???adQ ska tgOk dia sEnyuM..kriM sLam b’knLn gan akak tu ya..MeMbE_MeMBe utEm niE sEmuanya pEramah la adQ tgOk.k sLam mEsra dri adQ anis dari sabah buat mEmbE uTem..P/S;-dON’T 4 GeT MeTQ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">