Attractions

Upside Down House Gallery Melaka

Upside Down House Gallery atau Rumah Terbalik Melaka merupakan tarikan terbaru yang boleh anda kunjungi sekiranya berkunjung ke negeri Hang Tuah. Terletak di deretan kedai berhampiran dengan pusat membeli belah Mahkota Parade, lokasinya yang mudah untuk dikunjungi pasti menggamit kedatangan para pelancong.

f0b2890e-be04-40c3-828d-b0cc462e664b

Terdapat 2 lot kedai dijadikan sebagai Upside Down House Gallery yang mana di dalamnya pula terbahagi kepada beberapa bahagian rumah seperti ruang tamu, dapur, bilik & tandas. Sejurus melangkah masuk ke dalam galeri, bahagian ruang tamu & dapur akan anda temui dahulu. Berbeza dengan Rumah Terbalik di Sabah, di sini pengunjung bebas untuk menyentuh peralatan rumah & mengambil gambar.

320ad0b9-7c3d-4f0d-90f5-83f9b682f21c

Masuk ke pintu di sebelah kanan, anda akan menuju ke bahagian bilik tidur & tandas. Terdapat dua bilik tidur di bahagian ini iaitu bilik tidur kanak-kanak dan orang dewasa. Di hujung rumah pula, terdapat tandas yang lengkap dengan mangkuk tandas dan peralatan mandi.

8a19f86e-62e1-44b5-8843-3e71ac2a6dde

e252f55d-7425-41dd-9616-afb1a10d4441 dbdac39e-9c69-4b16-840c-c72301934ced

Harga tiket bermula daripada RM15 untuk dewasa & RM5 untuk kanak-kanak. Waktu operasi galeri pula ialah 9 pagi sehingga 10 malam dan dibuka setiap hari.

Facebook :
*Akan dikemaskini*

Harga Tiket :
*Akan dikemaskini*

Waktu Operasi :
10am – 10pm

Tips:
– Pada pandangan saya, rumah terbalik di Sabah lebih kreatif & menarik berbanding di sini namun tak salah untuk anda cuba melawat, paling tidak pun sekali.

Leave a Comment