Maksud Cc dan Bcc dalam email

cc_bcc

Kita seringkali guna email, tapi sesetengah orang xsedar akan kegunaan cc dan bcc yang terdapat dalam emel. Contohnya, aku sendiri la yang selama ni xpernah tahu dan ambil tahu tentang kegunaan Cc dan Bcc ni. Cuma baru-baru ni je discover tentang maksud dan cara penggunaan benda ni selepas kena design interface emel

Cc

Cc ialah singkatan kepada Carbon Copy. Sekiranya kita memasukkan alamat email dalam ruangan Cc, salinan email tersebut akan dihantar kepada penerima. Emel atau nama penerima tersebut akan dipaparkan kepada penerima asal emel iaitu individu yang alamat emelnya diletakkan dalam ruangan Recipient/To

cc_usage

Contohnya dalam kes di sebelah ni, penerima asal emel adalah Samad tetapi Muthu juga turut menerima satu salinan emel tersebut sekiranya alamat emel Muthu diletakkan dalam ruangan Cc. Kandungan emel yang diterima oleh Samad juga terdapat nama Muthu di bahagian Cc. Samad boleh nampak dan tahu bahawa selain dirinya sendiri, Muthu juga menerima kandungan emel yang sama. Cc bertujuan untuk memaklumkan progress tetapi tiada tindakan yang perlu diambil oleh penerimanya atau dalam erti kata lain individu itu tidak terlibat secara langsung

Bc

Bcc pula adalah singkatan kepada Blind Carbon Copy di mana ia digunakan apabila kita mahu menghantar emel kepada penerima utama yang alamat emelnya diletakkan di bahagian Recipient/To tetapi tidak mahu mendedahkan nama atau alamat emel penerima lain.  Di situlah terletaknya kegunaan fungsi Bcc ini di mana ia boleh menyembunyikan alamat emel daripada diketahui oleh penerima lain

bcc_usageSeperti contoh yang terdapat di sebelah, penerima asal emel ialah Samad namun di ruangan Bcc ada diletakkan alamat emel Muthu. Ini bermakna Muthu juga menerima emel yang sama tanpa Samad mengetahuinya

Fungsi ini sesuai digunakan sekiranya anda ingin menghantar emel kepada penerima berlainan tanpa mereka mengetahui bahawa emel itu dihantar secara pukal. Di ruangan emel mereka, alamat emel penerima lain yang biasanya diletakkan di dalam ruangan Bcc tidak akan dipaparkan. Agak praktikal untuk digunakan ketika menghantar tugasan kepada pensyarah di mana alamat emel ahli kumpulan boleh dimasukkan dalam ruangan Bcc sebagai backup kepada fail yang telah dihantar

Diharap lepas ni kepada yang sebelum ni xtahu tu, dah boleh cuba menggunakan fungsi ni. Selamat mencuba :)

17
Feb 2009
POSTED BY
POSTED IN Tips & Tricks
DISCUSSION 36 Comments

36 Responses to : Maksud Cc dan Bcc dalam email

  1. Hady says:

    Kebiasaan orang tak menghiraukan apa fungsi cc dan bcc contahnya orang yang baru mengenali dunia internet. Bagi aku yang biasa dengan penggunaan email,penting fungsi cc dan bcc.

  2. marzuki says:

    oo nko la ske menyepam dalam email ek. haha.

    aku sndri pun xtau cc n bcc ni, kuwang3x.

    :what:

  3. menteil says:

    oh? aku main bedal jer antar..
    haha…

    glamer ar samad..
    (samad = nama samaran yang paling suka aku guna mengorat gadis.. haha.. )

    @menteil : samad = nama salah seorang pensyarah aku merangkap ketua jabatan. wakaka

  4. RiZaL HaShiM says:

    wah…info yg sgt berguna…tenkiu cik izah…hehehe(“,)

  5. megat says:

    wah. bagus, bagus. rasanya sebelum macam dah tahu fungsinya tapi apabila dah lama tak buat camtu, mcm dah lupa huhu.

    terima kasih kerana mengingatkan. apatah lagi mengingatkan “long description” utk CC dan BCC.

  6. seyn says:

    te…rima…kasih…cek…gu…

  7. encikizzat says:

    dah lame dah tak main emel nih..asik main messenger jer skrang nii…

  8. iZZi® says:

    wah..aku xpnah tahu gak yg menda tue ada maksud tersirat BCC…bagus erk.. da byk kali jupa tentang menda nie..tp tau la..malas nak amik tau..hahaha..skang aku da tau..TQ Cik Choki, bg info yg panas

  9. aku biasa guna cc jer… bcc jarang guna… sebab tak nampak kewujudannya… hahaha

  10. ak slaloo la anta pakai cc or bcc..tp ak xtau la fungsi die
    ak maen redah je

  11. aDa says:

    ingatkan xde fungsi..haha

  12. EP says:

    tumpang tanya..
    klo ada banyak bcc cth: muthu & ali, dua2 org ni tau ke
    yang samad anta emel antara diorg?

    @EP : skrg ni Bcc untuk penerima secondary je, dlm kes ni Samad penerima primary. haa yg tu tatau, kena test dulu. hehe

  13. zool says:

    Aku pun tak berapa hirau..
    Baru tau.. ha haha..

  14. Callister says:

    haha…slama ni xtau pun… :wow:

  15. Ryehana says:

    aku xpernah peduli pun… heheh

  16. KNizam says:

    dulu aku pun rabun gak nak guna bcc neh
    outlook kadang2 sembunyikan bcc neh. hehe :)

  17. Eriyza says:

    Owhhh gitoo.
    Baru jer tau. :love:

  18. datin sri says:

    aku pon xpnh nak tau..thnx ya choki!!

  19. ikram.hakimi says:

    send, pastu sign out mailbox. cepat, ringkas, keras.

  20. Merah&hitaM says:

    huhuhu cikgu chokilala mengajar ttg email..
    bagus2…aku pon baru taw…
    sebelom di dok pk amenda la fungsinya…
    TQ choki2…
    tapi nak ditekankan kat sini….
    “muthu pensyarah kamo jugak ke”
    hehehhe…

    @Merah&hitaM : muthu tidak bersalah dalam hal ni. dia orang awam. wakaka

  21. sickchild72 says:

    wuakakaka samad name lecturer yang ngorat aku dulu uh. kah kah kah.
    hensem btuiii duda anak 7. haihh. :eyes:

  22. huh, terer gile ko. aku pon tak blaja bnda ni. ciskek. mana mngkn kau lagi hebat.

  23. pinat says:

    ohh..baru ku tau ape fungsi mende tu..
    x penah amik tau seblom nih.. :blank:

    terima kaseh chekgu choki.. :wink:

  24. langlegar says:

    info yang bagus nie..aku pun tak penah tau dan selalu terlupa nak amek tau hehe..

  25. dulu masa form 5 subject IT ada la kene research pasal benda ni..tapi penerangan choki-choki (ahaha) ni mengimbas kembali kengangan lama.. hehehe..

  26. boy89 says:

    thanks..
    huh..
    narula aku tau fungsi cc ngan bcc ni..

  27. saffa says:

    Haha.. OK.. sangat lah truk kerana tak pernah nak berusaha untuk mngambil tau pun..

  28. Kampungboy says:

    Aq tk tau langsung psai bnda nie…tapi okeyla..ko dah kongsikan nie

  29. couldduze says:

    mmg kdg2 bende ni penting dlm online business ni nk2 dlm bhgian promotion…
    kdg2 aku gne gak cc ngn bcc ni….:)

    http://www.klikjutawan.com/recommends/income

  30. bb says:

    amat mmerlukanya dlm versi mlayu…klu eng jd bgung ak mbcanya..thnks a lot!!

  31. najwa says:

    thanks ya! ia sgt membantu……..

  32. teha says:

    kalau kita send sekali harung dengan letak email byk2 mana yg kite nak anta kat ‘TO’ boleh jgk kan?sama kn dgn fungsi cc tu?

  33. intanaceng says:

    T kasih byk2 bg info ni..nak tnya bos kang mcm pelik jer..hahaha..tqvm ya..daa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>