Earning Pertama Chokilala dengan ChurpChurp
ChurpChurp. Satu nama baru di Malaysia yang semakin menjadi bualan hangat ketika ini. Jadi, apa itu Churp Churp? Semestinya ia bukanlah lolipop Chupa Chup berperisa susu dan coklat yang digemari aku. Hoho. Bagi yang belum mengenali ChurpChurp, biar aku terangkan serba sedikit tentang servis terbaru di Malaysia
Mengikut apa yang aku faham, ChurpChurp ialah satu medium pengiklanan menggunakan Twitter di mana ChurpChurp akan bertindak sebagai orang tengah di antara pengiklan dan pengguna Twitter. Pengguna Twitter yang mendaftar dengan ChurpChurp akan dibayar untuk tweet yang mereka sebarkan di Twitter
Kalau nak senang faham, kita buat macam ni. Contoh real life yang boleh dikaitkan serba sedikit dengan konsep ChurpChurp
Andaikan korang ni wakil kelas. Tiba-tiba pensyarah sms korang cakap kelas dibatalkan dan dia suruh sebarkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan lain. Lagi pensyarah tu cakap, kamu akan dibayar untuk itu (sesuatu yang xmungkin berlaku hoho). Jadi, korang pun forward kepada yang lain. Esoknya, pensyarah tu bagi korang duit
Haha. Faham x? Dalam kes ni boleh la dianggap bahawa pensyarah ialah advertiser, wakil kelas ialah ChurpChurp dan kawan-kawan ialah follower Twitter korang. Kalau xfaham juga, sila la berkunjung ke laman web ChurpChurp dan klik pada ruangan How It Works ok?
Info yang korang wajib tahu. ChurpChurp dimiliki oleh pengasas yang sama untuk Nuffnang. Jadi kalau korang percayakan Nuffnang, mesti korang boleh percayakan ChurpChurp juga kan?
Kempen di ChurpChurp pula terbahagi kepada dua iaitu User-generated Churps & Automated Churps. Untuk User-generated, ChurpChurp akan pilih pengguna Twitter yang bersesuaian untuk tweet tentang sesuatu event yang bakal dianjurkan oleh advertiser. Kalau korang terpilih, korang akan terima emel daripada ChurpChurp dan seterusnya akan diminta untuk tweet tentang event tersebut berserta URL

Kalau Automated Churps pula, korang akan publish secara automatik tweet berkaitan event advertiser. Hurm, senang cerita Automated ni macam iklan biasa Nuffnang manakala User-generated ni pula macam kempen Nuffnang. Boleh?
Setakat ni, aku baru terima satu kempen daripada ChurpChurp

Boleh dikatakan agak mahal juga la rate yang ChurpChurp bayar untuk kempen ni. Yela, kira mahal la kalau nak banding dengan usaha aku yang cuma kena send satu tweet je. Sambil korek hidung pun boleh taip tweet tu. Secara jujurnya, aku cuma expect mereka akan bayar setakat posen2 je untuk earning pertama. Hohoho
Jadi, sekarang ni pilihan terletak di tangan korang. Bagi aku, xsalah mencuba sebab servis ni pun baru lagi jadi persaingan pun kurang. Satu je tips, kalau nak earning lebih pastikan follower Twitter korang juga ramai :)
P/S : Siapa kacak/cun, follow Twitter Chokilala

August 2nd, 2009 at 4:19 pm
Nk komen kt cni pn kena mengira dulu… :D
Byk jga chup2 ni byr utk kempen dorg…
Lets do twitter marketing!
August 2nd, 2009 at 4:22 pm
tahniah untuk earning pertama! jeles plak sbb tak dpt campaign first
August 2nd, 2009 at 4:24 pm
Wah… jeles2… =.=”
August 2nd, 2009 at 4:25 pm
u ni kalau x menjeleskan i x sah..
August 2nd, 2009 at 4:25 pm
wah. dah ada income alternatif. huhu.
August 2nd, 2009 at 4:33 pm
Een Rockstar,
sorry ni je cara paling efektif untuk elak komen spam
Ikhwan,
terlambat register kot. xpe, sabar. tunggu next kempen
Nikuve & Mr. Bintang,
ala.. xmo la jeles2. hehe
aman,
a’a, tapi xsure lagi berbaloi-baloi ke x
August 2nd, 2009 at 4:39 pm
apo bondo neh?? x paham.. hhahahaa!
anti da kaya lanje cekelat coki2.. hohohoh..
August 2nd, 2009 at 4:46 pm
aku terlepas ar benda2 gini.. huhuhu
August 2nd, 2009 at 4:47 pm
auntie chokiii…dia kira based on pe?
August 2nd, 2009 at 5:02 pm
ak xpenah dpt emel cam ko..huhuhu..tak terpilih rpenye ak ni..
cmne nak wat kte ni terpilih ek..
August 2nd, 2009 at 5:40 pm
Een Rockstar : nasib baik dia ksi spam protection campur tolak, klo dia bgi kali bhagi lgi la ssh ko nk jwb. haha!
August 2nd, 2009 at 6:39 pm
nak cuba gak arr… tapi follower saya tak ramai lg..
August 2nd, 2009 at 6:43 pm
akak baru nak blajar… sbb still blur lg pasal benda nie.. xmo lah ketinggalan!!!
August 2nd, 2009 at 6:45 pm
dah daftar tp terpakse hampe dulu…sbb follower tak rmi….hehe….
August 2nd, 2009 at 7:37 pm
Adei laa, tak reti benda camni.
Kekadang takut nak cuba.
August 2nd, 2009 at 8:11 pm
Ada pertanyaan. Macam mana kita nak setkan sama ada nak automated churps atau user-generated churp? Harap dijawab.
August 2nd, 2009 at 8:19 pm
SFatimah,
itu kita xboleh set. dua-dua pun boleh dapat. cuma bezanya yang user-generated tu hanya untuk yang terpilih je oleh ChurpChurp
August 2nd, 2009 at 9:18 pm
alhamdulillah 1st week dapat Rm15…berBALOI BALOI….
August 2nd, 2009 at 9:47 pm
kaya la ko nanti..
bleh la belanje kawan2 mkn..
huhuu
August 2nd, 2009 at 11:43 pm
aku dah join. tp, dah 2 ari earning still RM0.00 wahahahaha! bagi aku tips best2 wei :P
August 3rd, 2009 at 4:14 am
pernah tak korang terfikir ntuk promote link yg diorang generate tu via kawan2 kat YM dan facebook.. sure lebih berbaloi2….
August 3rd, 2009 at 10:14 am
erm khai..bkn kene tweet dekta site churchurp jugak ke? O.O
August 3rd, 2009 at 2:08 pm
churchurp itu hape?
August 4th, 2009 at 9:21 am
choki..nt u banje i tau…yeay!! suke tgk u cari duit!! tq yang..
August 4th, 2009 at 9:08 pm
tahla…aku walaupun dok kumpul follower
bagi aku lebih senang promote kat FB bnding kat twitt
lebih targeted
August 5th, 2009 at 10:03 pm
tahniah tahniah power tu.. saya samapai sekarang pun tak dapat lagi ads ni.
August 5th, 2009 at 11:18 pm
Wah twitter pun blh buat income byk ek..
tapi follower aku tak byk lagi..
August 6th, 2009 at 3:43 am
dah email churpchurp.. earning memang bergantung pada followers.. sebab tu aku dapat banyak sikit kot earning. sebab by the time aku dapat kempen tu, kalau xsilap follower twitter aku dalam 578 orang dan majoritinya daripada malaysia
August 7th, 2009 at 8:13 pm
wah…byk nyer…ades…
August 9th, 2009 at 3:49 pm
dah lebih sebulan join churpchurp tapi 1sen pun tak dapat. adoi huhu
August 12th, 2009 at 5:12 am
adus..saya ketinggalan rupanya..
August 17th, 2009 at 5:22 am
dear nur faizah…?
oooo…faizah rupanya yak..
kok ditukar2 menjadi choki2..ish3…
bikin gawat..
huhuuu..
anwy, congrat tuk income tus..
August 20th, 2009 at 2:46 pm
It sounds fun!
September 25th, 2009 at 1:55 pm
am pun baru perasan.. earning pertama adalah sebanyak rm79.51.. baru 1 tweet tu..
September 28th, 2009 at 7:26 pm
love CHURPCHURP…
December 22nd, 2009 at 3:15 pm
[...] This post was mentioned on Twitter by matju2509, nur fatehah. nur fatehah said: @pauhputik aku nk explain pn x reti.hehe ko bace kat cni http://bit.ly/4W7XGl ngan http://bit.ly/1lIk7Y [...]
January 2nd, 2010 at 9:55 pm
ko tweet dalam bm ke bi?
ade tips x nak wat tweet tu?huhu
yg simbol # tuk pe ek?hehe