Chokilala & Online Shopping
Fuhh. Bila nak cuti berblogging, tangan asyik kegatalan je nak update blog. Bila blog dah bersawang tak update, memang takde hati langsung nak update pulak. Adat berblogging, mungkin. Lagipun stats blog ni merudum sejak aku tak update. Aku mana suka, dah berbunga2 hati tengok everyday semakin up & up bila tengok menurun mesti la tak suka. Jadi untuk entry kali ni aku akan cerita serba sedikit tentang kedai-kedai online yang aku pernah beli dan review tentang servis mereka
SheifaShop
Barangan online yang pertama sekali aku beli di Internet, One Drop Perfume. Kiranya masa tu baru nak cuba-cuba la. Mempunyai sebuah blog untuk display barangan yang dijual. Seller mudah dihubungi, respons cepat. Tapi delivery guna Pos Ekspres dan tak pakai bubble wrap. Sekarang ni aku taktau la seller dah ubah ke tak, tapi memang aku ada bagi suggestion
newspeed @ Lelong.com.my
Barangan kedua yang aku beli online ialah sebuah kamera. Dibeli daripada seller yang sangat terkenal di Lelong untuk barangan seperti kamera iaitu newspeed. Aku dapat bid Kodak 8.2MP dengan harga RM251 pada masa tu. Telah berurusan sebanyak 4 kali dengan seller ni. Barangan yang dijual murah, seller diyakini sebab banyak orang berurusan dengan dia. Downside, reply email lambat lebih kurang sehari dan penerangan tak brief. Tapi overall, RECOMMENDED sekiranya ingin membeli kamera di Lelong
Clowa.com
Seller yang sangat jujur dan baik hati. Layan baik walaupun barang yang dibeli sikit dan murah je. Email response memuaskan dan willing to call kita kalau ada apa-apa masalah atau pertanyaan. Very good seller, recommended. Boleh visit seller di Lelong ataupun melalu website di Clowa.com
New Stylish Tokyo
Kalau nak membeli barangan import daripada Jepun, boleh cuba tengok di New Stylish Tokyo. Basically, barangan yang dijual memang agak susah untuk didapati seperti set bento. Yang bagusnya, NST ni reply email laju dan kita sendiri mudah nak hubungi dia sebab ada email form di website. Downside, delivery SANGAT lambat sebab tak pakai Poslaju. NST pakai Kangaroo. Memang dekat seminggu jugak la kanggaru tu meloncat-loncat nak sampai rumah aku untuk deliver parcel. Huhu. Not recommended, tapi boleh cuba juga la kalau dah nak sangat sebab barangan yang dijual memang menarik
The Cute Closet
Seterusnya ialah The Cute Closet. Kalau mencari T-shirt yang unik dan menarik, boleh cuba subscribe dengan The Cute Closet. Seller ni standard je, kira okla. Reply email sederhana laju, delivery pun laju. Looking forward untuk beli daripada dia lagi kalau ada barangan yang menarik hati. Hehehe
Cattique.com
Blog Cattique ni paling latest online store yang aku membeli-belah. Hoho. Blog pakai WordPress & ada domain dot com sendiri, which means dia serius berniaga la kot? Seller sangat baik. Response laju tentang pertanyaan melalui email mahupun comment di blog. Seller juga bersikap peramah dan sedia menunaikan kehendak pelanggan. Sebelum ni dia pakai Hong Leong Bank, tapi aku suruh dia buat Maybank2U. Barang yang aku reserve tu pun boleh reserve until dia ada Maybank2U. See, nice kan? Recommended :)
Baiklah, itu saja untuk entry kali ni. Jangan bergosip pulak yang aku ni selalu shopping online ye. List di atas ni aku susun mengikut kronologi daripada bulan 5/6 tahun lepas. Bukan selalu pun shopping, sekali-sekala je. Oh ya, kepada sesiapa yang takde lagi akaun Maybank, sila buat cepat2. Maybank2U sangat berguna dalam aktiviti shopping-menyopping ni. Hehe. Tata!
u, comment form u ni mcm sekolah lh
ada kena campur campur nombor pulak
ingat i budak tadika mcm u ke? kahkahkohkoh
eh u ni amat suka shopping online eh
yelah mst senang ada maybank2u
abes kalau dalam maybank tu takda duit pun susah jugak
eh eh , baju u dh dpt ke? meh nk tgk? mst lawa bangat
@queenrara : isk. spam protection la. kalau tak letak, blog i ada spam. haha. ye tak ye, kalau dlm account tade duit pun tak guna gak :P
kat newspeed tu ade jual dslr x? hohohoho
@topo : ada. try la tgk. nikon ada canon ada
Kak Izah kan baik , belanjalah semuanya
! Wee ~
. Sempena ‘hari terakhir ber-dating bersama Encitt PC sebelum back to school’ .
Baiklah ? Kak Izah mmg baik
! Alah alah , Kolej Matrik Melaka dkat aje kan dgn tempat Kak Izah ?
@.derinederina. : erk. belanja apa plak? err. senegeri tapi takla dekat sgt pun. dlm 45min gitu la kot?
semuanya ! hahahaahahhahaha :guraugarau aje: .
45 min ? Tak apelah , bukannya 45 jam . Hee ~
@.derinederina. : 45 jam pengsan la. hoho
blog orang banyak bulu memang aku suka spam.
spam spam spam spam, kahkah…
yang aku tau syefashop je tu pun dia letak iklan kat blog aku, sama2 la beli perfume dia.
@marzuki hensem : kepala lutut ko byk bulu. huh. yela, aku beli drpd link blog ko la. hehe
x best la shopping online. hehe :)
@KNizam : kenapa plak? bes pe? hehe
2 kali beli kat mudah.com
satu post direct utk seorg kawan…selamat
satu post utk diri sendiri….smpai kini tak sampai2…
sik baik bkn ratus2 mcm barang pertama tu..
@Kujie : tak pernah cuba kat mudah. huhu
hahahah..penah sekali je online shop!!
ngan cute closet!!!
looking forward utk online shop lagi sbb dah keje!!
muhahahahhahahahha
@Munirah Abd : waa.. da dapat keje eh kak?
Tahun ni aku belum berbelanja kat online shop lagi.. heh yelah baru 3 hari kan..
@nuaeman : haha. hari ke-4 ni berbelanja la :P
nail clipper ada tak? kuku panjang ne tp sorang pun takde..
@seyn : geget je la seyn. hehe. seyn sumbung. odette, maoz n fendy sume da berkenalan. dia je tak
cik cukis ni..tau2 je i view die nye blog..hehe…
besh nye shopping onl9…i bru nk try la..kekdg xcye gak..
@datin : blog i ada pasang spy. jaga2. hehe
weee.. pandainye saye..
hihi.. I pun pnah beli online gak.. beli ape eyk? lupew… beli belah kot..
@Fizz : beli g-string kot. wakaka
kak choki…
cam nak wat box spamming ni ek??pleasee…
sy selalu sangat shopping on9 nih..
tapi dari seller yg bagus la..
selalu shopping kat lelong dan mudah
kat ebay pernah gak…
wah ! ade cam!
sungguh lama ku idamkan..
nak try usha la…thx for da info ya
@loque : pakai plugin math comment spam protection : URL
bagus nie bg info utk shoppin online..
memang tgh mencari kamera nie hoho..
thanks for the info..
@langlegar : nak beli dslr ke? selamat membeli. hehe
pertama sekali, thanx sbb buat jwpn spam protection tu bukan lima, enam mahupon menggunakan digit ‘kosong’. ekeke…
aku xnah beli scr online cos xde akaun maybank. maleh aku nk buat. kang asyik membeli je kang… huahua
@Ryehana : isk. dia auto la. aku setkan hasil tambah 1-5 je kot?
Jangan beli boifren / girlfren dari online shopping sudah
dikhuatiri tidak memuaskan dan tak leyh pulang balik .
:P
@oDiN : haha. beli bf kat pasar malam. jual longgok. lol. gurau je :P
choki2 ada jual x kt c2?
@Odette : nak buat kedai online la. jual choki2. odette mesti kena beli :P
wow!
thx kak…
best best…
link cattique tu i yg bagi…huhuhuhuhu~
salu beli tpom kat mudah.com dgn memori kad..
jom shopping ebay. best hehe
eh best2 la kt cn..nape la baru skrg tao..huh..ketinggalan zaman
Very nice information. Thanks for this.