Mengenali Puan Browser Bersama Chokilala


Apa itu browser? Wahaha

“Chokilala ingat aku ni ngok sangat ke xtahu mengenai browser”, getus hati kecil korang. Betul tak? Betul tak? Hehehe

Bagus la kalau korang semua tahu dengan jelas dan terperinci mengenai kegunaan browser. Secara logiknya, mestilah korang sedang membaca tulisan dalam post ni menggunakan browser bukan?

Haa, sebelum tu jom layan satu video daripada Google di mana mereka bertanyakan kepada orang ramai soalan mudah seperti “What is a browser?“. Respons daripada orang ramai untuk video ini sungguh mengejutkan aku, okay?

Ternyata masih ada pengguna Internet di luar sana yang xtahu tentang apa itu browser. Huhuhu. Atau mereka keliru antara browser dan search engine?

Jadi, apa itu browser?

Definisi skema daripada Wikipedia, browser ialah sejenis atur cara komputer yang menerima pertanyaan HTTP daripada pelanggan, lazimnya pelayar web, dan menjawab pertanyaan tersebut, lazimnya dalam bentuk laman HTML

Definisi separa cool daripada Chokilala, browser ialah suatu aplikasi yang digunakan untuk mengakses sesebuah laman web yang terdapat dalam jaringan Internet. Antara contoh browser popular adalah Firefox, IE & Chrome

Jelas sekali browser sangat berbeza dengan search engine. Search engine ialah laman web carian seperti Google, Yahoo, Bing dll yang digunakan untuk memasukkan sesuatu kata carian

Oh btw, kenapa aku panggil browser sebagai Puan Browser? Kerana semua orang dah biasa sebut Google dengan panggilan Encik Google. Jadi, ini bermakna browser dan search engine adalah saling melengkapi

Tanpa Puan Browser, xboleh la nak melayari Encik Google, betul tak? :P

18
Jul 2009
POSTED BY chokilala
POSTED IN Tips & Tricks
DISCUSSION 26 Comments

26 Responses to : Mengenali Puan Browser Bersama Chokilala

  1. Luth Textile says:

    aku suka google chrome lagi bila surf.. tapi kalau nak download pakai IDM, mesti kena pakai FF.. adeh.. truk tul.. hahahaha..

  2. KhairiL says:

    aku pernah tgk video ni kat blog NoktahHitam
    kesian tgk org dlm video ni :sad:

  3. Rara says:

    i love google chrome browser :)

  4. chokilala says:

    dia banyak tanya orang tua kot. hoho. i love google chrome too. pantas, cekap, efisien. kahkah

  5. Mr.Bintang says:

    i love chrome too..~ hehehe.. :love:

    puan browser dan encik google sudah berkahwin..
    siapakah anak dia? hahaha.. jawab..~

  6. amoi says:

    owg mesia gak yg taw apa tu browser.haha. :err:

  7. Ryehana says:

    dulu dah donload Chrome. tapi aku delete. pasai ape tah… pakai FF jerlah…

    eh… ko strike IE sbg browser yg popular? hahahaa.. hampeh..

    aaaa jeles ah ngan iklan Toyota ko nih.. :angry:

    p/s: entry tbaru ade gambo Nan. mueheheheh

  8. yash says:

    dulu pakai google chrome lambat je.. tuh x pakai dah.. :sad:

  9. Khai says:

    oh my god… sigh~ sakit jiwa aku nengok orang2 dalam video tu..

    firefox the best.. chrome, booo ~ selagi xde extension best2 macam firefox, mmg aku boo je la… hehe

  10. .AzFaRuL. says:

    “which browser do you use?.

    GOOGLE “???? wtf???

    aq yg duduk ceruk pendalaman ni pun tau browser & search engine tuh lain definisi.

    diorg yg jenis melepak 24 jam kt starbucks ni mengonline apa sebenarnya??

  11. pear says:

    aku pun tak tahu hahah…blog nie yang bagi tau aku heheh

  12. boo chrome.. hihi google x dapat nak atasi firefox kalo dalam bab browser nie.. aku suka firefox, sebab byk plugins dan lebih lightweight.. yeah!!

  13. Dilot says:

    yeah ff…menyenangkan dan byk kemudahan..

  14. Kill-Vearn says:

    hoho… aku penah usha video ni kat utube.. tak silap aku ada org tweet ke ape tah… lupa… lawak pon ada bila dgr respon dari penjawab2 soklan cepu mas yg tak taw ape itu browser…

    @Luth Textile: bukan ke IDM lani leh integrate dgn chrome, ko tekan link donlod kat chrome aje dia akan tros donlod guna IDM.. ke ko still pakai IDM yg lama?

    @Chokilala: best gak eh penggunaan Puan Browser & Encik Google.. mcm pasangan suami isteri aje.. hahaa… tanpa puan browser sape la encik google kan?

  15. azizan4444 says:

    aku ada pakai chrome tp ad sstgh webste xley plk ble gna chrome.biol tol..haa

  16. PutraMalaya says:

    BOOO CHROME…hahaahaah..

    bagi aku selagi takda extension mantop2
    mcm abg Firefox anak perempuan Megan Fox..hahahah

  17. safar says:

    Bagi saya pak cik google tidak ada masalah.google chrome buka laju.

  18. mohdisa says:

    pandai chokilala ni, klu tak tahu sy blh bagitau. haha

  19. Zul says:

    Sy gune FF je.. sbb sangat memaksimumkan penggunaan firebug dan banyak extension lain dlm web development.. yg penting.. browser paling teruk still IE.. haha :)

  20. Musang berapi still number uno….. :happy:

  21. blowie says:

    ko mmg kejam! sanggup ko pangkah IE5 kesayangan aku tu :P

  22. skid says:

    america yg cipta..org america yg x tau..aduh…

  23. Nine says:

    FF, Google Chrome Ngan Safari best…Laju ..IE tak nah guna langsung..

  24. Pingback: Aku Suka Browser Ni | WORLD.damhamaza

  25. Pingback: NET.damhamaza » Aku Suka Browser Ni

  26. Amirez says:

    “Tanpa Puan Browser, xboleh la nak ‘melayari’ Encik Google, betul tak? :P”

    dalam maknanya tu eheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">