Hotels Travel

(Review) The Kabin, Kuala Selangor

The Kabin merupakan salah satu tarikan terbaru dalam industri pelancongan di Malaysia di mana ia menawarkan pengalaman menginap di dalam kontena. Saya diberi peluang untuk menginap di The Kabin tempohari dan ternyata ia merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

Bertempat di Jeram yang terletak dalam daerah Kuala Selangor, bilik-bilik di The Kabin dibina daripada kontena terpakai dan diterapkan dengan konsep hiasan moden. Setiap bilik diberikan nama yang unik contohnya seperti Rotterdam, Santos, Balboa, Vancouver dll. Dalam satu masa, keseluruhan resort mampu menampung sehingga 78 orang tetamu.

Sejurus melewati perkarangan The Kabin, papan tanda yang tertera perkataan The Kabin tersergam indah di bahagian pintu masuk. Wah dalam hati dah berkata-kata, memang tak sah kalau tak bergambar di sini nanti ­čśÇ Tempat letak kereta adalah di lokasi berasingan dengan kawasan resort tetapi anda tidak perlu risau kerana ia terletak lebih kurang 100 meter sahaja daripada The Kabin.

the-kabin-1

Kaunter pendaftaran adalah terletak di dalam kafe yang berada bersebelahan dengan kolam renang. Di sini saya sekeluarga bertemu dengan Pengurus Operasi The Kabin iaitu Encik Firdaus Sany. Seorang yang peramah dan sangat sporting. Sekadar makluman, The Kabin merupakan family-run business tetapi kesemua pekerja mempamerkan sikap professional ketika bekerja.

Selesai urusan check-in, kami terus menuju ke bilik yang terletak menghadap kolam renang. Kami diberikan bilik Santos, iaitu bilik yang mempunyai 1 katil queen dan 2 katil bertingkat. Dari segi ruang, memang tak dinafikan agak terhad sekiranya kami berada di dalam bilik. Tapi ia seharusnya dijangka kerana kami sedang berada di dalam sebuah kontena.

the-kabin-5

Katil queen di bilik Santos

the-kabin-3

Katil 2 tingkat di bilik Santos

Pemandangan kolam renang dari bilik

Pemandangan kolam renang daripada bilik kami

Perkarangan resort yang dijaga rapi

Perkarangan resort yang dijaga rapi

Di The Kabin tersedia kemudahan seperti kolam renang dewasa dan kanak-kanak, kafe, bilik karaoke, bilik mesyuarat, ruang barbeku, khidmat sewaan basikal dan juga tree house. Sistem karaoke yang terdapat di bilik karaoke adalah sangat memuaskan dan bersifat mesra pengguna. Kadar sewaan adalah RM50/jam. Sempat jugalah kami berkaraoke dalam 4-5 lagu malam itu. Hihi ­čśÇ

Selain itu, apa yang unik di The Kabin ialah anda dapat merasai sendiri pengalaman berada di treehouse. Namun untuk treehouse ini, tiada katil disediakan tetapi anda boleh bawa sleeping bag anda sendiri dan ubat nyamuk. Treehouse ini memang sangat sesuai sebagai tempat lepak atau berborak sekiranya anda datang bersama kumpulan rakan-rakan. Ia boleh disewa dengan kadar sewaan RM100/malam dan anda akan disajikan dengan makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak kafe.

Memang seronok berborak kalau buat reunion bestfriends zaman belajar di sini

Memang seronok berborak kalau buat reunion bestfriends zaman belajar di sini

Pada malam itu juga kami tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Medan Ikan Bakar Pantai Jeram yang terletak berdekatan dengan The Kabin. Antara kedai yang popular di sini ialah Aroma Ikan Bakar, namun ketika kunjungan kami ke sana kedai tersebut tidak dibuka (tutup setiap hari Isnin). Harga makanan di medan ikan bakar ini agak murah, bayangkan harga makanan kami pada malam itu cuma RM50+ sahaja!

the-kabin-2

Keesokan harinya, kami disajikan dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak kafe. Anda boleh memilih daripada set sarapan seperti french toast, hot dog, omelette atau nasi lemak yang dihidangkan sekali bersama minuman. Selain itu, terdapat juga hidangan seperti burger, pasta & chicken chop. Alhamdulillah, sarapan yang dihidangkan sangat memuaskan.

Kafe yang juga kaunter daftar masuk

Kafe yang juga kaunter daftar masuk

Our breakfast for today

A photo posted by Faizah (@iamchokilala) on

Harga bilik adalah bermula daripada RM160 untuk bilik Durban yang mempunyai 1 katil queen. Berita baiknya ialah pihak The Kabin sedang melakukan promosi untuk harga bilik-bilik mereka. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk harga bilik-bilik yang lain.

kabin-rate

Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan kemudahan dan servis yang terdapat di The Kabin. Resort yang masih baru, staf yang peramah dan kemudahan yang dijaga & diselenggara dengan baik merupakan kelebihan yang terdapat di sini. Walaupun ruang yang terhad di dalam bilik agak kurang selesa buat kami yang mempunyai anak kecil, namun keunikan resort dan tarikan yang terdapat di sekitarnya membuatkan resort ini berbaloi untuk dilawati. Mesti cuba!

Laman Web :
http://www.thekabin.com.my

Facebook :
http://www.facebook.com/TheKabinMalaysia

Instagram :
@thekabin

Alamat :
The Kabin, Lot 2984, Jalan Jati, Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor

Nombor Telefon : 
017-6783825 (Whatsapp available)

6 Comments

Leave a Reply to Malaysia Backpackers X