
Sesi Photoshoot Yubiyu
Objektif : Rapatkan silaturahim serta beramah-mesra.
Agenda : Sesi fotografi kenang-kenangan serta bersembang
Relevan : Supaya hari tua anda nanti lebih bermakna, boleh la sembang dengan anak cucu anda yang anda dulu ni Yubiyu sambil tunjuk gambar lompat terkangkang
Artis jemputan : Wishbone dan Liyana Jasmay (Artis lain yang nak join, tarahlla)
Tarikh : 15 November 2008 (Sabtu)
Masa : 4.30 (Lepas Zohor)
Tempat : Sekitar Taman Botani, Belakang McD Ayer Keroh serta tempat-tempat menarik yang sewaktu dengannya
Apa yang perlu anda buat : Makeup sehabis jelita, dressup sehabis menawan, dahi kasik licin
Apa yang perlu anda bawa : Bawa diri sendiri serta mengenakan T-Shirt Yubiyu, bawak botol air kot-kot haus sangat ke melompat tak reti-reti nak berhenti nanti
Makan-makan : Sendirian berhad di restoran berdekatan
Minum-minum : Sendirian berhad di restoran berdekatan
P/S : Ayat dicilok secara kurang berhemah daripada Popshovans.com
P/S : Jangan terpedaya, yang dimaksudkan ialah Liyana Jasmay versi UTeM

baju yubiyu (utem bloggers united) & js paintball
Read more…

Hari ini ialah hari pembuangan undi bagi pilihanraya kampus UTeM untuk sesi 2008/09. Salah seorang pemblogger UTeM dikhabarkan menjadi calon pilihanraya kali ni, tetapi poster beliau haram aku tak nampak tergantung/tertampal di mana2. Identiti beliau terpaksa dirahsiakan kerana takut dia menang besar lepas orang baca entry di blog Chokilala ni. Dikhuatiri nanti beliau dapat ke-famousan melampau lantas menang dengan mudah dalam pilihanraya tersebut. Hahaha. Merepek je
Perang poster dilihat agak rancak untuk FTMK manakala untuk fakulti lain ala2 suam kuku je. Manifesto pun semua dilihat lebih kurang sama iaitu memperjuangkan perkhidmatan bas dan hostel. Kalau ada pun yang lain sikit ialah cadangan nak mewujudkan radio kampus. Btw, teruk sangat ke bas UTeM? Time aku dulu cool je, skrg xtau la sebab dah naik kereta je. Dulu excited betul kalau dapat duduk kat dashboard bas apatah lagi kalau dapat naik bas kontot. Erk!
Cuma nak ucapkan selamat mengundi untuk semua warga UTeM. Buatlah pilihan yang tepat, tapi agak2 kalau dah xkenal sangat, pilih je la yang paling kacak/anggun. Yela nak buat macam mana kan, kalau yang kita kenal dan tau kredibiliti dia boleh la kita decide untuk pilih atau tak. Ni kalau dah xkenal, ikut muka je la pernah nampak ke x
P/S : kenapa poster *tooot* banyak yang tercabut dan bersepah di atas lantai? ada gak yang dikoyak. mungkinkah kerana rupa paras beliau yang beraksi poyo sambil menggengam tangan mengundang kejelesan sesetengah pihak?
P/S/S : lokasi mengundi mana yang paling syok? gi mengundi sambil mencuci mata kat Pangsapuri Murni(hostel lelaki) boleh x? lalala.. =P
Korang pun pernah mengundi di universiti atau pusat pengajian masing-masing sebelum ni? Kongsilah pengalaman korang mengundi ataupun diundi. Comments are much appreciated, do leave some! ;)