
Hari ni aku tiba-tiba rasa nak buat post yang berunsurkan jiwang melankolik sikit. Hohoho. Apa salahnya sekali-sekala buat post untuk tunjukkan yang kita menghargai orang tersayang, orang yang dekat dalam hidup kita. Hehehe. Kisah kitaorang ini agak istimewa la sebab detik-detik awal perkenalan kitaorang melibatkan blog sebenarnya. Oh! Sungguh hi-tech!
Kalau korang semua nak tahu, Encik F ni berkenan dekat Chokilala dulu bukan pada aku. Huh! Ini satu penghinaan!
Masa tu lebih kurang dalam bulan Mei tahun lepas bila ada sorang mamat ni tiba-tiba add Yahoo Messenger aku. Dulu memang setiap hari ramai sangat orang add YM aku sampai kadang-kadang aku terpaksa invisible. Aku yang blurr dan clueless ni pun layan je la dia macam biasa. Rizal, si penyanyi Selamat Ulangtahun Boonto dan Encik F merupakan housemates. Jadi, aku baik dengan kedua-dua mereka
Read more…

Demi menyahut seruan kerajaan topo, dengan bangganya aku mengumumkan untuk menyertai contest yang dijalankan di blog mamat ni. Yela, hadiah pun boleh tahan lumayan, rugi la kalau tak masuk. Inikan pulak time cuti semester mcm ni, jadi dah tentu la pelajar U macam aku in case kalau seluk poket keluar habuk je *sigh*
Contest ni memerlukan setiap peserta untuk mengenalpasti mana satu muka Topo. Ahh! Itu perkara mudah, aku mmg dah kenal muka dia. Kita skip ke next chapter, biar aku ceritakan serba sedikit mengenai bibit-bibit percintaan perkenalan Chokilala dan Topo
Read more…

Sukacita dimaklumkan bahawa entry ni bakal dipenuhi oleh gambar yang menampilkan aksi-aksi kurang sopan, separa sopan dan juga TIDAK SOPAN LANGSUNG. Bagi mereka yang berumur bawah 12 tahun pula adalah tidak digalakkan untuk meniru aksi yang dipaparkan kerana ia tidak mencerminkan langsung contoh kehidupan pelajar universiti. Silakan click read more di bawah kalau iman anda tak gentar dengan kekacakan dan keayuan diselitkan dengan aksi kesengalan para pemblogger UTeM. Enjoy!
PERHATIAN : ENTRY NI BANYAK GAMBAR, PROCEED KALAU KAU HEBAT
Read more…