4 Firefox Addons Yang Korang Perlu Ada
Twitterfox

Addon yang membolehkan korang melayari Internet menggunakan Firefox sambil menganyam ketupat berkongsi pendapat dan maklumat dengan pengguna Twitter yang lain. Mempunyai fungsi-fungsi asas untuk Twitter seperti tweet, reply tweet, direct message di mana semuanya terdapat di dalam addon ni. Siapa je yang main Twitter guna laman web Twitter? Hohoho
Sreengrab!

Addon khusus untuk orang yang masih guna Alt + PrintSc pastu paste dekat Paint. Sungguh mengerikan perbuatan tersebut, ok? Hoho. Screengrab! ialah addon yang membolehkan korang save screenshot dengan cara yang sangat mudah. Terdapat 3 pilihan iaitu Complete Page/Frame, Visible Portion dan Selection. Addon ni sangat membantu, cubalah!
Colorzilla

Colorzilla berfungsi sebagai color picker merangkap color palette dan sebagainya. Sangat berguna sekiranya korang nak tahu kod warna yang digunakan di mana-mana blog/website. Xperlu la bersusah-payah sampai nak kena buka Photoshop semata-mata pasal nak tahu kod warna tersebut. Hehehe
Firebug

Firebug pula merupakan antara addon yang paling menjadi kegemaran oleh para IT developer. Kenapa? Sebab ia sangat membantu dalam kerja-kerja editing. Bayangkan la korang boleh view elemen CSS dengan mudah sekali. Hebat kan?
Apa lagi addon Firefox yang korang pakai? Kongsikan di sini, sharing is caring. Hoho. Sebenarnya aku ada pakai lagi addon yang lain, tapi tiba-tiba dibius kemalasan pula nak masukkan semua. Haha :P
Fuhh. Bila nak cuti berblogging, tangan asyik kegatalan je nak update blog. Bila blog dah bersawang tak update, memang takde hati langsung nak update pulak. Adat berblogging, mungkin. Lagipun stats blog ni merudum sejak aku tak update. Aku mana suka, dah berbunga2 hati tengok everyday semakin up & up bila tengok menurun mesti la tak suka. Jadi untuk entry kali ni aku akan cerita serba sedikit tentang kedai-kedai online yang aku pernah beli dan review tentang servis mereka

