Twitterfox

Addon yang membolehkan korang melayari Internet menggunakan Firefox sambil menganyam ketupat berkongsi pendapat dan maklumat dengan pengguna Twitter yang lain. Mempunyai fungsi-fungsi asas untuk Twitter seperti tweet, reply tweet, direct message di mana semuanya terdapat di dalam addon ni. Siapa je yang main Twitter guna laman web Twitter? Hohoho
Sreengrab!

Addon khusus untuk orang yang masih guna Alt + PrintSc pastu paste dekat Paint. Sungguh mengerikan perbuatan tersebut, ok? Hoho. Screengrab! ialah addon yang membolehkan korang save screenshot dengan cara yang sangat mudah. Terdapat 3 pilihan iaitu Complete Page/Frame, Visible Portion dan Selection. Addon ni sangat membantu, cubalah!
Colorzilla

Colorzilla berfungsi sebagai color picker merangkap color palette dan sebagainya. Sangat berguna sekiranya korang nak tahu kod warna yang digunakan di mana-mana blog/website. Xperlu la bersusah-payah sampai nak kena buka Photoshop semata-mata pasal nak tahu kod warna tersebut. Hehehe
Firebug

Firebug pula merupakan antara addon yang paling menjadi kegemaran oleh para IT developer. Kenapa? Sebab ia sangat membantu dalam kerja-kerja editing. Bayangkan la korang boleh view elemen CSS dengan mudah sekali. Hebat kan?
Apa lagi addon Firefox yang korang pakai? Kongsikan di sini, sharing is caring. Hoho. Sebenarnya aku ada pakai lagi addon yang lain, tapi tiba-tiba dibius kemalasan pula nak masukkan semua. Haha :P
Pertama sekali, DestroyTwitter bukanlah bermaksud musnahkan Twitter seperti yang korang sedang fikirkan tu. Mana mungkin Chokilala mahu memusnahkan Twitter yang sangat menagihkan itu. Aku mencintai Twitter kerana ia adalah medan perang gosip yang paling ideal sekali untuk berketupat (xtau? tanya piah zadora). Oops! Piah, jangan korek rahsia aku. Lihat, aku peminat kau. Hohoho!
Read more…
Ahad lepas aku menang RM50 di Hafreze.com hanya dengan menjadi subscriber blog dia. Sebelum ni pun ada menang 1st prize untuk contest di blog Topo. So, hari ni aku rasa macam bermurah hati nak berkongsi rezeki yang ada dengan korang. Contest kecil-kecilan je. Contest besar-besaran tunggu blog Chokilala ni mantap dulu ye? Hihi :P
Apa hadiahnya?
- 1x Topup RM10 / Deposit RM10 Maybank2U (boleh pilih)
Bila tarikh tutup?
- Rabu, 4 Februari 2009, pukul 2 petang
Wah cepatnya, bila plak nak umum pemenang?
- 2 jam selepas itu di Chokilala.com
- Result tak rasmi bila-bila masa di Twitter
- Maknanya kalau nak tahu result cepat, jom follow aku : Klik sini
Ok gak ni, sape nak bagi topup free. Macam mana nak menang?
Cuma komen di post ni dengan format :
Oit Chokilala! Bagi aku menang sebab….
dan sambungkan ayat tersebut dengan ayat korang tidak melebihi 10 patah perkataan. Lagi kreatif, lagi banyak peluang nak menang! Jangan skema ok?
Bagi contoh sket?
Oit Chokilala! Bagi aku menang sebab aku nak tambah duit untuk beli kapal selam idaman (9 patah perkataan)
Ada syarat tak?
- Terhad kepada maksimum 2 penyertaan sahaja
- Gunakan email yang sah sebab pemenang akan dihubungi melalui email
Apa tunggu lagi? Kreatifkan diri anda dan mulalah mengomen. Semoga berjaya!
P/S : Agaknya kalau nak buat contest seterusnya ada tak yang nak sponsor? Anyone? :P