ChurpChurp. Satu nama baru di Malaysia yang semakin menjadi bualan hangat ketika ini. Jadi, apa itu Churp Churp? Semestinya ia bukanlah lolipop Chupa Chup berperisa susu dan coklat yang digemari aku. Hoho. Bagi yang belum mengenali ChurpChurp, biar aku terangkan serba sedikit tentang servis terbaru di Malaysia
Mengikut apa yang aku faham, ChurpChurp ialah satu medium pengiklanan menggunakan Twitter di mana ChurpChurp akan bertindak sebagai orang tengah di antara pengiklan dan pengguna Twitter. Pengguna Twitter yang mendaftar dengan ChurpChurp akan dibayar untuk tweet yang mereka sebarkan di Twitter
Kalau nak senang faham, kita buat macam ni. Contoh real life yang boleh dikaitkan serba sedikit dengan konsep ChurpChurp
Andaikan korang ni wakil kelas. Tiba-tiba pensyarah sms korang cakap kelas dibatalkan dan dia suruh sebarkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan lain. Lagi pensyarah tu cakap, kamu akan dibayar untuk itu (sesuatu yang xmungkin berlaku hoho). Jadi, korang pun forward kepada yang lain. Esoknya, pensyarah tu bagi korang duit
Read more…
Sorry sebab dah lama x update sebab sibuk dengan kelas. Hanya Twitter yang menjadi medium penghubung untuk aku berinteraksi dengan rakan-rakan blogger lain. Sempena kesempatan cuti hujung minggu, di sini aku kumpulkan senarai Twitter artis dan selebriti terkenal di Malaysia yang boleh korang follow
Oh sebelum terlupa, kalau korang pengguna baru Twitter boleh cuba rujuk tutorial Twitter yang disediakan di JustKhai
Senarai selebriti yang aku kumpul ni sekadar apa yang aku tahu je. Itupun berpinar mata cari info untuk post ni @_@ Hurm. Kalau aku tertingal Twitter mana-mana selebriti lain, tolong beritahu di komen ok?
Read more…
Twitterfox merupakan addon Firefox yang paling banyak digunakan di kalangan pengguna Twitter, menurut pemerhatian kasar aku. Rata-rata pengguna Twitter di Malaysia akan mula belajar ber-twitter dengan Twitterfox. Antaramuka yang ringkas serta kebolehannya untuk digunakan bersama pelayar Firefox memang membuatkan Twitterfox menjadi pilihan ramai
Namun, sejak kebelakangan ini banyak yang mengadu addon Twitterfox ini sering mengalami masalah untuk update tweet
Sekadar berkongsi, aku pun bermula di Twitter menggunakan addon Twitterfox ini sebelum menemui aplikasi lain yang lebih kacak
Oleh kerana itu, di sini aku nak berikan cadangan mengenai alternatif kepada Twitterfox. Cadangan-cadangan yang aku berikan adalah mengikut pengalaman aku dalam menggunakannya saja. Lain orang, lain citarasa. Bukankah begitu?
Read more…