Posts Tagged ‘Tips & Tricks’

Tips Meningkatkan Pendapatan Nuffnang Dengan Cara Yang Betul

December 28, 2009 - 11:11 pm 76 Comments

Haa. Kalau sebelum ni, berapi-api post daripada Khai dekat blog Abang Juju tentang team klik-klik Nuffnang. Sekarang ni mari Kak Lala cerita sikit tentang tips untuk korang semua menjana pendapatan daripada Nuffnang dengan cara yang betul. Psst, btw Kak Lala yang bagi nama Juju dekat Abang Juju tau. Kihkih!

Gedik pula Kak Lala segala bagai ni. Tukar la. Sebelum tu, mengulas mengenai post Khai di blog Rjuna tu, aku senyum je baca setiap apa yang Khai cakap dalam artikel tu. Memang betul la semua point yang Khai highlight dalam artikel tersebut. Cuma mungkin bahasa yang digunakan agak kasar sedikit, sehingga ada blogger newbie yang mungkin terguris hati

Terus-terang cakap, kalau mudah sangat terguris hati susah la nak jadi blogger. Bila korang semakin meningkat naik dalam dunia blogging, lagi banyak kutukan yang korang akan terima. Pada mata kasar, orang hanya nampak kita banyak terima pujian. So, belajar-belajarlah untuk menerima kritikan dengan hati yang terbuka. Bukan apa, apa yang Khai tegur untuk kepentingan kita bersama juga. Kalau Nuffnang bungkus sebab advertiser xnak beriklan dekat Nuffnang lagi camne? Ternganga secara berjemaah la kita beb..

Ok. Enough membebel. Ni aku nak share tips yang aku lakukan untuk menjana pendapatan sampingan daripada Nuffnang. Sebenarnya, lebih kepada tips secara xlangsung la, bukannya bila buat terus earning bertambah. Hihi

Selalu berinteraksi dengan Nuffnang
Berbaik-baiklah dengan Robb Chew iaitu staff Nuffnang bahagian Blogger Relations. Mengikut pengalaman aku, segala soalan akan dijawab dengan baik walaupun ada soalan yang aku tanya tu agak remeh dan xberkaitan dengan blog sangat. Hoho

Ubah jawapan untuk survey Nuffnang
Cara ini x diyakini sangat berjaya, tapi aku just buat je. Haha. Setiap 1-2 bulan sekali aku akan update survey Nuffnang mengenai blog aku. Aku akan ubah bahagian blog kita fokus tentang apa, apa kategori iklan yang kita rasa bersesuaian untuk blog kita. Lagi satu, jangan lupa untuk blog description tu tolong la describe betul-betul. Advertiser tengok blog kita mengenai apa daripada situ kot

Dapatkan panduan & ebook daripada sumber yang dipercayai
Korang kena la jadi blogger yang rajin google dan suka explore. Belajar daripada pengalaman orang lain. Di awal pembabitan aku dengan Nuffnang, aku banyak refer post daripada NoorizamShah & juga YM dengan Topo. Selain tu, ada ramai blogger berpengalaman yang buat ebook tentang Nuffnang dan semuanya PERCUMA!

Buat lebih banyak blog
Jangan terlalu fokus kepada satu blog sahaja sebaliknya explore niche/kategori lain. Dulu, aku cuma fokus kepada blog Chokilala dan mengharap earning daripada blog ni sahaja. Tapi aku fikir xleh jadi macam ni, memang dapat duit tapi sekadar cukup makan je la

Sekadar meminjam kata-kata SmartZul di Facebook suatu masa dahulu, sumber pendapatan ni kita boleh anggap seperti belon. Kalau pecah belon yang satu tu, kita dah xde apa-apa dah. Jadi, bersiap sedia la dengan banyak belon, supaya kalau belon itu pecah kita masih ada belon yang lain. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Aku xpandai bermadah helah macam Kak ZZ la. Haha

Buat blog tentang content yang ramai orang cari
Blog peribadi cerita pasal harini korang pergi mana, harini korang makan apa memang xberapa nak laku melainkan korang artis ataupun at least korang Hanis Zalikha. Kalau nak trafik letup-letup, buat la blog berkaitan hiburan. Hoho. Nuffnang is all about TRAFFIC, TRAFFIC & TRAFFIC! More traffic = more income. Unless you’re a celebrity blogger, dapat la buat advertorial kan? Hehehe

P/S : Blogger yang blogging pasal peribadi jangan marah ye. Maksud aku, contohnya bandingkan content Chokilala dengan content OhArtis. Jauh panggang daripada api kan? Sama juga dengan earning yang terhasil. Itu yang aku cuba sampaikan dalam point di atas. Hihi

Target pengunjung blog daripada Malaysia
Nuffnang lebih suka kalau pengunjung blog itu datang daripada trafik tempatan. Kenapa? Sebab mudah untuk dia target pengiklanan. Contohnya, ketika post ini ditulis ada kempen daripada syarikat penerbangan MAS menari-nari di sidebar & juga kempen DiGi

Cuba kalau korang ni orang luar, mesti fikir amende la pula DiGi ni kan? So, get what I mean? Oleh sebab itu juga la, Nuffnang xkasi kita pasang ads from other South East Asia rival company seperti Advertlets & Innity. Jadi, hasilkan content blog yang bersifat ‘Malaysia’ atau serantau

Erm. Aku rasa cukup la sekadar enam point yang diberi di atas. Kalau nak lebih tahu, lebih baik korang tanya secara peribadi dengan blogger-blogger yang berpengalaman seperti Kak Jie, Khai, Topotato. Kena sebut berpengalaman, maklum la xsemua orang suka perkataan otai. Hehe. Satu yang pasti, pendapatan mereka dengan Nuffnang semestinya JAUH BERBEZA dengan pendapatan aku

Sekadar perkongsian bersama, ini pendapatan aku yang terhasil setakat ini. Post ni istimewa sikit la sebab selama ni aku xpernah reveal dalam blog berapa dah aku dapat dengan Nuffnang. Orang lain buat post buffered earning, aku duduk diam-diam je. Kesian tau tangan nak buat tapi hati kata jangan. Hehehe :P

earning-nuffnang-chokilala-2

Ni screenshot baru lepas cashout di mana setakat ni dah 6 kali cashout secara berturut-turut setiap bulan bermula daripada bulan Julai 2009. Alhamdulillah, mampu la nak ada duit poket sendiri. Tapi ini baru permulaan, ada banyak lagi perancangan di fikiran. At least aku cemburu dengan earning orang lain then aku buat something, bersaing secara sihat, xla just duduk goyang kaki main klik-klik kan? Oops terlebih sudah. LOL

earning-nuffnang-buffered

Ni pula buffered earning sedia ada yang menunggu untuk jadi metered earning. Post ni bukan niat nak menunjuk, cuma aku nak bagi gambaran kasar je kepada blogger yang sakit hati pasal Khai tegur klik-klik Nuffnang tu bahawa korang pun boleh berjaya dengan cara yang betul. Ibaratkan korang artis, korang beli album sendiri banyak-banyak or bagi duit suruh kawan-kawan korang beli banyak-banyak pastu bangga cakap album laku. Memang orang kata waa hebatnya dia ni, tapi dalam hati kita sendiri tahu apa yang kita buat kan?

Oleh itu, pesanan ikhlas daripada penaja ialah bersainglah secara sihat. Cuba ikuti tips-tips di atas. Satu je yang aku boleh katakan, sabar itu manis. Hehehe

P/S : Mengidam netbook..

Jom Buat Komputer Cakap Apa Yang Korang Taip!

May 20, 2009 - 11:01 pm 49 Comments

Semalam aku terjumpa dengan satu benda menarik ni yang boleh buat komputer cakap apa yang korang dah taip. Fungsi ini merupakan built-in API yang terdapat dalam Windows XP dipanggil SAPI (Speech Application Programming Interface)

Microsoft Speech API terbina dalam Windows dan ia digunakan dalam kemudahan Narrator yang digunakan untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan. Start > All Programs > Accessories > Accessibility > Narrator

Langkah 1 :
Buka program Notepad dan paste kod di bawah

Dim message, sapi
message=InputBox("Enter the text you want spoken","Speak This")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message

(more…)

Cara Delete Mesej Shoutbox Shoutmix Terus Daripada Blog

May 15, 2009 - 3:31 am 21 Comments

delete-message-shoutmix-shoutbox-0

Kenapa aku lebih suka Shoutmix berbanding Cbox? Inilah salah satu sebabnya iaitu kerana terdapat fungsi untuk padam mesej Shoutmix terus daripada shoutbox. Fungsi ini memang memudahkan kerana kita xperlu login ke laman web shoutbox berkenaan sebaliknya terus login melalui shoutbox yang terdapat di blog kita

Post tutorial ini terhasil kerana aku lihat sejak kebelakangan ini banyak mesej-mesej spam masuk ke dalam shoutbox blog yang aku kunjungi. Mungkin mereka xtahu bahawa mesej-mesej yang x diingini boleh dipadam terus daripada blog. Ini kerana mengikut pengalaman aku sendiri, ada rakan aku sendiri yang xtahu cara nak delete mesej spam daripada shoutbox dan aku terpaksa ajarkan. Hehehe

Baiklah, kalau sesiapa yang xtahu cara nak delete mesej melalui blog boleh teruskan membaca. Bagi yang dah tahu tu, nak baca pun xpe. Hohoho

(more…)

Reflexive Universal Crack/Keygen for 2009

March 17, 2009 - 8:15 am 23 Comments

Mencari crack/keygen Reflexive tahun 2009 untuk download? Atau mungkin juga korang sebut patch Reflexive? Haa, korang telah datang ke tempat yang betul. Di sini ada menyediakan universal crack tersebut untuk korang yang mahu main games daripada Reflexive secara unlimited! Hebat bukan?

Bagi mereka yang sedang bermain game-game menarik seperti Sally’s Spa, Cooking Academy, Cooking Academy 2 atau Plant Tycoon  tetapi sekadar untuk tempoh masa 60 minit pasti ingin bermain game tersebut secara unlimited? Aku sendiri pun dah cuba keberkesanan crack ni dan sedang main game Cooking Academy 2. Game Cooking Academy 2 adalah kesinambungan kepada Cooking Academy, di mana review untuk Cooking Academy boleh didapati di sini

reflexive_crack_2009

Panduan Penggunaan

  1. Download & install game daripada Reflexive.com
  2. Open R.A.A-P.C.exe & click “Unwrap”
  3. Unwrap/pilih file .exe game yang terdapat pada Desktop
  4. Program akan tukar nama file dan cuba save sebagai (Game)-unwrapped.exe. Click OK
  5. Pergi ke folder game. Akan ada 2 file .exe
  6. Rename (Game).exe kepada nama lain seperti (Game)_original.exe. Contohnya, CookingAcademy.exe rename kepada CookingAcademy_original.exe
  7. Tukar Game-unwrapped.exe kepada Game.exe. Contohnya, CookingAcademy-unwrapped.exe ditukar kepada CookingAcademy.exe
  8. That’s all. Have fun!

Reflexive Universal Crack/Keygen/Patch for 2009

download_button

Nota Kaki

Jikalau korang rasa post ini membantu, ringan-ringankan lah tangan untuk klik gadis comel yang terletak di atas shoutbox :P Siapa tahu mungkin anda bakal pemenang percuma wang tunai RM30 yang seterusnya?