10 Filem Inggeris Kegemaran Chokilala


Post ini merupakan penyertaan aku kepada contest yang diadakan di blog MonsterBuzz berkenaan dengan 10 English Movies That I Should Watch. Sebenarnya aku keliru sedikit, copy paste saja post macam orang lain buat atau buat post baru? Tapi xpe la, aku buat je la post dengan harapan ada peluang lebih cerah untuk menang. Dan juga trafik sesat. Hoho

So, here it goes..

  1. Alive
  2. Kisah benar mengenai ketabahan sekumpulan manusia yang menaiki kapal terbang tetapi terhempas akibat kerosakan enjin di kawasan bersalji di Pergunungan Andes

    Diinspirasikan daripada kisah benar di mana mereka bertahan selama 3 bulan untuk terus hidup sehinggakan terpaksa makan daging daripada mayat rakan mereka sendiri yang telah mati

    Certainly, this is my favorite movie!

  3. Apocalypto
  4. Men of Honor
  5. Juga sebuah kisah benar lakonan Cuba Gooding Jr yang mengisahkan mengenai keazaman seorang warga kulit hitam untuk menjadi juruselam elit bagi pasukan tentera

    Walaupun kakinya putus dalam satu kejadian di atas kapal, namun dia tetap mahu membuktikan kepada isteri & anaknya serta orang ramai bahawa tiada apa yang dapat menghalang cita-cita seseorang sekiranya ingin berjaya

    Filem ini dipertontonkan sebagai pembakar semangat untuk para pelajar oleh pakar motivasi terkenal, Dr. Shukri Abdullah. Waktu tu aku ada join seminar dia. Hoho. Skema kan aku? :P

  6. Enchanted
  7. Drumline
  8. Oh yeah! Cerita yang paling wajib ditonton bukan kerana jalan ceritanya sangat tetapi kerana aksi dan muzik yang terdapat dalam filem ini

    Dibintangi oleh Nick Cannon (suami Mariah Carey), filem ini mengisahkan tentang perjalanan suka duka sebuah kumpulan pancaragam dalam merebut gelaran juara bagi satu pertandingan

    Melihatkan aksi mereka sambil diiringi rentak drum itu saja dah buat aku terpesona dan fokus. Hohoho

  9. Monkeybone
  10. Front of Class
  11. Filem yang baru aku tonton Sabtu lepas. Hoho. Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Brad Cohen yang menghidap Sindrom Tourette

    Sindrom Tourette ialah keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan bunyi yang pelik dan kuat di luar kawalannya. Walaupun begitu, Brad Cohen mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru

  12. Cast Away
  13. The Terminal
  14. Edward Scissorhands
  15. Filem lakonan Johnny Depp ni memang agak lama dah. Ditayangkan sekitar tahun 1990. Walaupun dah lama, tetapi merupakan filem kegemaran aku yang pertama. Kalau xsilap waktu tu aku tengok di TV2, umur lebih kurang 5-6 tahun. Baru pandai membaca sarikata. Hoho

    Hoho. Suka betul aku tengok bila dia potong pokok dan ukir ais. Kreatif gila. Lagipun aku memang suka lakonan Johnny Depp ;)

Tamatlah sudah post mengenai 10 filem yang paling aku gemari. Memang sengaja aku highlight filem yang dah lama, sebab mungkin xsemua orang pernah tengok filem-filem ni. Kalau korang semua perasan, minat aku lebih terarah kepada filem jenis true story, fantasi dan jenis yang banyak ada aksi kreatif. Hehe :P

30
Jun 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Contest
DISCUSSION 42 Comments

Kisah Cinta Chokilala & Encik F (Uwekkk)

cinta-hargai-kekasih

Hari ni aku tiba-tiba rasa nak buat post yang berunsurkan jiwang melankolik sikit. Hohoho. Apa salahnya sekali-sekala buat post untuk tunjukkan yang kita menghargai orang tersayang, orang yang dekat dalam hidup kita. Hehehe. Kisah kitaorang ini agak istimewa la sebab detik-detik awal perkenalan kitaorang melibatkan blog sebenarnya. Oh! Sungguh hi-tech!

Kalau korang semua nak tahu, Encik F ni berkenan dekat Chokilala dulu bukan pada aku. Huh! Ini satu penghinaan!

Masa tu lebih kurang dalam bulan Mei tahun lepas bila ada sorang mamat ni tiba-tiba add Yahoo Messenger aku. Dulu memang setiap hari ramai sangat orang add YM aku sampai kadang-kadang aku terpaksa invisible. Aku yang blurr dan clueless ni pun layan je la dia macam biasa.  Rizal, si penyanyi Selamat Ulangtahun Boonto dan Encik F merupakan housemates. Jadi, aku baik dengan kedua-dua mereka

Read more…

30
Apr 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 61 Comments

Chokilala.com dapat hadiah istimewa daripada kartunis Ubi (sila jeles)

Siapa yang xkenal dengan Ubi? Bukan ubi yang makanan tu la, tetapi kartunis Ubi yang terkenal dengan karikatur comelnya. Oh, sebelum terlupa! Dah check out pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM30 percuma ni? Sambung balik, orang yang xpernah beli majalah Ujang sewaktu zaman kegemilangan majalah tersebut memang rugi la. Tumbesaran aku sewaktu kecil-kecil dahulu dipengaruhi oleh majalah-majalah seperti Ujang, Gila-gila, Apo, Lanun dll

Sebab tu blog ni banyak lawak antarabangsa. Hoh! Yela tu.. Hehehe

Aku rasa rugi betul kanak-kanak zaman sekarang sebab majalah Ujang dah tak sehebat macam dulu. Korang macam xde kenangan je? Hoho. Nasib baik zaman korang ada kartun hebat seperti Upin & Ipin. Boleh juga aku tumpang sekaki melayan kerenah budak botak 2 ekor yang menjadikan kutipan filem Geng meletup-letup di pawagam tempohari. Hihihi XD

Oh, berbalik kepada tujuan asal post ni iaitu untuk menjeleskan korang mewar-warkan hadiah istimewa daripada kartunis Ubi untuk blog Chokilala ni. Kepada yang ada Twitter tu, kira agak bertuah la sebab aku dah tunjuk gambar ni melalui TwitPic dalam 1-2 hari lepas. Moral of the story? Jom follow aku di Twitter!

Nah.. Silalah menjeles dengan autograf istimewa daripada Kartunis Ubi ni.. Hee

karikatur_ubi_1

Tunggu! Bukan hanya satu, tetapi kami akan memberi anda satu lagi set pelangsingan badan aku dapat dua autograf daripada brader Ubi ni. Hehehe. Patutnya dapat satu, tapi disebabkan yang sebelum ni tak sampai, jadi brader Ubi bagi lagi satu. Hee. Seronok seronok~

karikatur_ubi_2

Yup yup, janganlah pelik pula. Memang with lots of laugh pun. Trademark dia rasanya? Hehe. Dua hari lepas dapat autograf ni, menyusul pula buku Diam2 Ubi sampai ke rumah. Buku ni dah lama, semua cerita tentang Ubi. Dah habis baca baru aku perasan brader Ubi ada autograf lagi di mukasurat pertama. Wohoo!

karikatur_ubi_3

Hihi. Seronok betul. Agak-agak kalau jual dekat eBay boleh dapat berapa ye?

Baiklah, itu sahaja untuk post kali ni. Finally, cuma nak ingatkan lagi sekali jangan lupa untuk join contest menarik yang dianjurkan oleh JerungPerkasa dan support aku untuk bersaing secara sihat demi memenangi contest ini. Hehe. Korang pun boleh juga menang duit RM30. Setakat ni dah ada 3 orang pemenang beb! Jangan ketinggalan! Kalau tak, menggigit jari la nampaknya..

P/S : Terima kasih kepada yang telah memberi sokongan :)

19
Mar 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 31 Comments