Posts Tagged ‘melaka’

Chokilala dah jadi Chokupin & Chokipin?

December 7, 2008 - 12:05 am 27 Comments

Hari ni Chokilala berkesempatan untuk meluangkan masa ke Karnival Pelancongan Melaka. Selain berblogging, kita kena la ada masa juga untuk social life atau dalam erti kata lain berdating. Kehkeh. Lepas ni, mungkin akan ada lebih banyak entry tentang pelancongan di negeri Melaka. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia. Hohoho

Tujuan utama pemergian aku ke karnival tu ialah nak berjumpa Upin & Ipin bagi menjeleskan Topo. Tapi sambil tu, tengok-tengok juga benda lain yang berkaitan dengan pelancongan. Nak dijadikan cerita, jalan punya jalan terjumpa dengan booth pelancongan dari Fiji. Sungguh memeranjatkan! Nak tahu apa yang hebat sangat dengan Encik Fiji? Cuba lihat gambar di bawah

(more…)

Eye On Malaysia @ Melaka

November 14, 2008 - 12:53 am 30 Comments


*Klik untuk proses tumbesaran


*Klik untuk proses tumbesaran

Ni adalah antara gambar-gambar yang sempat di snap daripada atas flyover kat Mahkota Parade. Masa tu tak terfikir pun nak snap, sampai la ternampak Eye On Malaysia ni time tu la baru nak terkedek-kedek on camera segala bagai

Kualiti gambar agak kurang memuaskan sebab xperasan yang lupa nak on flash. Lagipun masa tu tgh kat lane kanan, kereta belakang semua laju. Thanks to Encik F sebab jadi driver x bertauliah. Keke

Lokasi Eye On Malaysia ni berhampiran dengan Taman Kota Laksamana. Aku xtau jalan nak gi tempat tu, tapi hari ni nampak kerja-kerja pemasangan signboard ke Eye On Malaysia ni sedang giat dijalankan. Dorang pasang kat area Melaka Sentral signboard untuk Eye On Malaysia dan Menara Tamingsari

Planning nak dating pergi ke Eye On Malaysia ni lepas habis exam weekend ni. Kalau ada gambar baru yang lebih jelas, aku tepek kat sini. Roger & out

P/S : sorry lately update simple je
P/S/S : bila nak abes exam.. otak da penat ni.. waaaa