Aku Menang Patung Upin & Ipin

Hohoho. Aku menang anak patung Upin & Ipin! Oops maaf, aku akan kembali menggunakan aku semula *ye saya lalang*. Sebab guna saya ni rasa macam kurang feel, dulu nak guna saya sebab ada readers yang lebih berumur. Tapi bila fikir balik, kalau sendiri rasa xbest, buat apa guna? Xnak jadi hipokrit. Hehehe

Berbalik kepada cerita, patung Upin dan Upin ini aku menangi sebab aku masuk Pertandingan Mengira Oopet yang dianjurkan oleh Les Copaque. Kiranya tak sia-sia juga la gua beli DVD Geng Pengembaraan Bermula yang original dulu. Mmuahaha!

Sedutan perbualan telefon orang Les Copaque cakap nak menang hadiah :

LCP : Hello, ni Cik Faizah ke?
Chokilala : Ye saya
LCP : Tahniah ye, awak menang hadiah untuk pertandingan mengira Oopet
Chokilala : *Bermonolog dalam hati, jangan cakap aku menang hadiah utama yakni percutian ke Disneyland Hong Kong?*
Chokilala : Oh yeke? *Sambil pura-pura cool*
LCP : Ye, awak menang hadiah saguhati plush toy Upin & Ipin
Chokilala : Oooo. Hohoho. Okay! *Hati pecah*

Staff LCP tu call untuk sahkan alamat. Hehehe. Petang tadi baru aku ambil dekat Poslaju, buka dalam kereta terus! Hehehe. Ingatkan dapat sekor je, rupanya dapat 2 ekor! Dapat Upin & Ipin satu pakej. LOL. Dan kebetulan balik daripada ambil hadiah ni, aku singgah kedai jual barang Upin & Ipin dekat Melaka ni untuk tanya harga patung ni. Dia cakap satu RM30, kalau beli sepasang RM50

Memandangkan rupa paras patung ni yang kelihatan xberapa best untuk dipeluk, aku dah merancang untuk bagi je budak botak 2 ekor ni dekat anak sepupu aku nanti. Budak-budak tu hantu Upin, pantang tengok kartun tu keluar dekat TV, habis la orang lain xdapat tengok cerita lain

Haa ambil la kau budak-budak, raya nanti xyah bagi korang duit raya (sebab mak bapak dorang tahu aku dapat duit from blogging, daripada haritu dorang dah claim suruh bagi anak dorang duit raya, padahal aku xkeje pun lagi). Sungguh kejam. Tapi hebat kan taktik melepaskan diri aku? Hohoho

DVD Geng Pengembaraan Bermula


Tulis, delete, tulis, delete. Apa punya jenaka la yang sedang aku lakukan ni? Serious xtahu nak tulis apa. Rjuna atau nama malamnya Juju menyarankan aku supaya letak gambar je kalau dah xtahu nak tulis apa sangat. Baiklah letak gambar je la. Bak kata manusia putih, a picture worth a thousand words. Sila pastikan di bahagian komen nanti bila aku kira mesti kena ada riban-riban words. Kalau x cukup, akan dikenakan hukuman potong! Potong apa? Potong markah la. Eii nyah, xbaik fikir lucah tau. I manusia baik tau, perkataan lucah tu pun xtahu maksudnya apa apatah lagi untuk berkelakuan sedemikian rupa. Kihkih

dvd-geng-upin-ipin

Dengan setiap pembelian DVD Geng ini korang akan dapat poster Upin & Ipin Angkasa di mana posternya woww sebesar gajah wa cakap sama lu. Ok tipu. Kecik sikit, besar anak gajah. Ok still tipu. Tapi mmg besar sampai aku teruja juga la. Hoho. Nak tunjuk gambar tapi bateri kamera kong pulak sebab charger belum ambil lagi daripada rumah lama? Ehh pindah rumah ke? Haa nantikan di post yang akan datang ye? Assobru minal iman :P

Pssst. Nampaknya makin tersasar dah ni. Tadi bukan ke kata xde idea nak tulis? Kahkah :P

DVD Geng ini berjaya membuatkan anak kepada sepupu aku yang berusia 2 tahun lebih melekat di depan televisyen. Memang umpan terbaik la sewaktu hari raya dulu sebab kalau x menggelinjang je budak kicik tersebut lari sana-sini. Pasang Geng terus diam. Lagi satu yang menarik, ada pertandingan mengira Oopet. Hadiahnya percutian ke Disneyland Hong Kong. Xhantar lagi sebab bab slogan ni memang failed sikit. Hehe. Sesi pembersihan sawang Spiderman di blog berakhir di sini kot. Aku akan cuba update dengan lebih giat di masa akan datang

Yang benar,

GC

P/S : GC ialah Gua Chokilala laaa.. haha.. kau fikir apa? :P

Jom Tengok Tun Dr Mahathir Jadi Watak Animasi Bersama Upin & Ipin

 

Che Det pun dah jadi ‘mangsa’ animasi Upin & Ipin sekarang. Menarik kan? Video ni adalah video pembukaan untuk sesi ucapan pemimpin yang dianjurkan oleh MDeC di Cyberjaya. Jangan la korang ingat Che Det dah jadi salah satu watak dalam filem animasi Upin & Ipin pula nanti. Hohoho

Les’ Copaque telah diberi penghormatan oleh MDeC untuk menghasilkan animasi pembukaan majlis. Animasi tersebut menunjukkan Tun sedang memberi ucapan di ikuti oleh Upin dan Ipin mengajak Tun memberi ucapan. Yang Berbahagia Tun kelihatan tersenyum melihat dirinya menjadi watak dalam animasi tersebut

Sumber berita dan video dipetik daripada blog Les’Copaque. Apa pendapat korang? Menjadi x rupa Tun Dr Mahathir Mohamad dalam animasi tu?

Page 1 of 11