Sejarah & Fakta Menarik Tentang Lim Goh Tong (Pengasas Genting)
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk baca sebuah buku biografi tentang Lim Goh Tong bertajuk My Story. Buku pinjam dekat perpustakaan awam je, bukan beli pun. Hohoho. Berbalik kepada tajuk asal, korang pernah pergi ke Genting Highland? Mesti kebanyakannya akan menjawab ya, bukan? Hehehe
Lim Goh Tong merupakan pengasas kepada Genting Berhad yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja penerokaan Gunung Ulu Kali menjadi sebuah pusat pelancongan yang dikenali sebagai Genting Highland sekarang
Berikut merupakan beberapa fakta menarik mengenai Lim Goh Tong yang dapat aku rumuskan daripada pembacaan buku tersebut ditambah dengan maklumat daripada sesi membudayakan penggunaan Google yang diwar-warkan oleh Topo
