Chokilala.com dapat hadiah istimewa daripada kartunis Ubi (sila jeles)

Siapa yang xkenal dengan Ubi? Bukan ubi yang makanan tu la, tetapi kartunis Ubi yang terkenal dengan karikatur comelnya. Oh, sebelum terlupa! Dah check out pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM30 percuma ni? Sambung balik, orang yang xpernah beli majalah Ujang sewaktu zaman kegemilangan majalah tersebut memang rugi la. Tumbesaran aku sewaktu kecil-kecil dahulu dipengaruhi oleh majalah-majalah seperti Ujang, Gila-gila, Apo, Lanun dll

Sebab tu blog ni banyak lawak antarabangsa. Hoh! Yela tu.. Hehehe

Aku rasa rugi betul kanak-kanak zaman sekarang sebab majalah Ujang dah tak sehebat macam dulu. Korang macam xde kenangan je? Hoho. Nasib baik zaman korang ada kartun hebat seperti Upin & Ipin. Boleh juga aku tumpang sekaki melayan kerenah budak botak 2 ekor yang menjadikan kutipan filem Geng meletup-letup di pawagam tempohari. Hihihi XD

Oh, berbalik kepada tujuan asal post ni iaitu untuk menjeleskan korang mewar-warkan hadiah istimewa daripada kartunis Ubi untuk blog Chokilala ni. Kepada yang ada Twitter tu, kira agak bertuah la sebab aku dah tunjuk gambar ni melalui TwitPic dalam 1-2 hari lepas. Moral of the story? Jom follow aku di Twitter!

Nah.. Silalah menjeles dengan autograf istimewa daripada Kartunis Ubi ni.. Hee

karikatur_ubi_1

Tunggu! Bukan hanya satu, tetapi kami akan memberi anda satu lagi set pelangsingan badan aku dapat dua autograf daripada brader Ubi ni. Hehehe. Patutnya dapat satu, tapi disebabkan yang sebelum ni tak sampai, jadi brader Ubi bagi lagi satu. Hee. Seronok seronok~

karikatur_ubi_2

Yup yup, janganlah pelik pula. Memang with lots of laugh pun. Trademark dia rasanya? Hehe. Dua hari lepas dapat autograf ni, menyusul pula buku Diam2 Ubi sampai ke rumah. Buku ni dah lama, semua cerita tentang Ubi. Dah habis baca baru aku perasan brader Ubi ada autograf lagi di mukasurat pertama. Wohoo!

karikatur_ubi_3

Hihi. Seronok betul. Agak-agak kalau jual dekat eBay boleh dapat berapa ye?

Baiklah, itu sahaja untuk post kali ni. Finally, cuma nak ingatkan lagi sekali jangan lupa untuk join contest menarik yang dianjurkan oleh JerungPerkasa dan support aku untuk bersaing secara sihat demi memenangi contest ini. Hehe. Korang pun boleh juga menang duit RM30. Setakat ni dah ada 3 orang pemenang beb! Jangan ketinggalan! Kalau tak, menggigit jari la nampaknya..

P/S : Terima kasih kepada yang telah memberi sokongan :)

19
Mar 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Peribadi
DISCUSSION 32 Comments