Posts Tagged ‘hello kitty’

Rumah Hello Kitty

June 28, 2009 - 4:44 pm 40 Comments


Rumah Hello Kitty ni bila pertama kali aku tengok reaksi aku ialah “Wowowo”, “Fufufu” yang membawa maksud aku teruja gila. Hahaha. Siapa je gadis yang xsuka dengan Hello Kitty kan? Majoriti gadis suka dengan Hello Kitty, tetapi anugerah Hantu Hello Kitty patut diberikan kepada RaraCandyFloss

Sedikit informasi mengenai sejarah Hello Kitty

Hello Kitty ialah seekor sesikat segugus sebuah(err.. betul ke guna sebuah ni?) karakter kucing yang dicipta oleh Sanrio. Pada mulanya diberi nama sebagai Kitty White. Direka oleh Ikuko Shimizu dan diperkenalkan di Jepun pada tahun 1974 dan seterusnya di Amerika pada tahun 1976

Produk Hello Kitty ni dah menjangkau ke seluruh dunia dan boleh dikatakan ada sahaja produk baru yang dipasarkan. Jangan terkejut kalau spender lelaki Hello Kitty pun ada di pasaran sekarang ni. Kalau bagi dekat Azwan Ali mesti dia suka. Hahaha. Ok Chokilala, stop it! *dishh dishh*

hello-kitty-house

hello-kitty-castle

hello-kitty-room

Andai kata kalau aku minta Encik F buatkan rumah style macam ni bila dah kahwin nanti, aku jamin aku seorang je yang teruja dan suka. Kemungkinan besar dia kepengsanan dalam rumah tu setiap masa sebab xsuka Hello Kitty. Hahaha

Oops! Lupa. Gambar asal diambil daripada post di CuteOverload