Posts Tagged ‘Kelakar’

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh

March 27, 2009 - 9:45 pm 48 Comments

cover_malu

  1. Kalau tersepak batu
    Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai. Lepas tu baru bangun bila tiada orang nampak
  2. Kalau terjatuh daripada basikal
    Cepat-cepat naik semula basikal anda dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda sedang berlakon atau saja-saja buat lawak
  3. Kalau terjatuh tangga
    Terus bersilat seolah-olah anda sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus
    (more…)

Kad kahwin lawak

February 13, 2009 - 11:56 pm 27 Comments

Lawak sungguh la kad kahwin ni. Aku terjumpa dalam folder gambar lama-lama yang aku burn dalam DVD. Xtahu la benar-benar wujud ke tidak kad ni. Tengokkan gaya nampak macam wujud, sebab ada nama penerima dan juga alamat ke rumah pengantin

design kad kahwin

Hope korang enjoy tengok gambar ni ye! Sorry dah lama tak update. Keadaan agak kurang mengizinkan untuk update blog selalu. Minggu depan dah bersusun mid term exam dan juga lab test. Nak korek hidung pun tak sempat tau. Kehkeh!

Selamat menghadapi peperiksaan semua!

Chokilala suka ber-Twitter dan Twitter itu menagihkan!

January 28, 2009 - 6:08 pm 29 Comments

Suatu masa dahulu, aku memang xguna secara sepenuhnya dan xtau fungsi sebenar Twitter ni. Aku jadi pelik dgn si Hassan yang gila sangat main Twitter. Apa kebenda ni? Tak seronok langsung. Dah la kena tulis kat website dia lepas tu nak kena refresh2 pula. Buang masa je, buat rosak F5 aku je nanti. Sungguh judge a book by its cover girl betul aku waktu tu. Kuikui!

(more…)

Apa nama kereta/motor korang?

January 17, 2009 - 9:59 pm 26 Comments

kereta_motorPost ni terhasil daripada cetusan idea yang aku dapat melalui pertanyaan salah seorang junior aku. Semuanya berpunca daripada status YM aku petang ni yang tertulis–kereta aku sudah kembali kacak. Oleh kerana status tu, ramai betul yang YM bertanya khabar tentang kereta aku yang dah kurang kacak akibat kemalangan tempoh hari. Busybody Caring juga korang ni ye!

(more…)