DVD Geng Pengembaraan Bermula
Tulis, delete, tulis, delete. Apa punya jenaka la yang sedang aku lakukan ni? Serious xtahu nak tulis apa. Rjuna atau nama malamnya Juju menyarankan aku supaya letak gambar je kalau dah xtahu nak tulis apa sangat. Baiklah letak gambar je la. Bak kata manusia putih, a picture worth a thousand words. Sila pastikan di bahagian komen nanti bila aku kira mesti kena ada riban-riban words. Kalau x cukup, akan dikenakan hukuman potong! Potong apa? Potong markah la. Eii nyah, xbaik fikir lucah tau. I manusia baik tau, perkataan lucah tu pun xtahu maksudnya apa apatah lagi untuk berkelakuan sedemikian rupa. Kihkih
Dengan setiap pembelian DVD Geng ini korang akan dapat poster Upin & Ipin Angkasa di mana posternya woww sebesar gajah wa cakap sama lu. Ok tipu. Kecik sikit, besar anak gajah. Ok still tipu. Tapi mmg besar sampai aku teruja juga la. Hoho. Nak tunjuk gambar tapi bateri kamera kong pulak sebab charger belum ambil lagi daripada rumah lama? Ehh pindah rumah ke? Haa nantikan di post yang akan datang ye? Assobru minal iman :P
Pssst. Nampaknya makin tersasar dah ni. Tadi bukan ke kata xde idea nak tulis? Kahkah :P
DVD Geng ini berjaya membuatkan anak kepada sepupu aku yang berusia 2 tahun lebih melekat di depan televisyen. Memang umpan terbaik la sewaktu hari raya dulu sebab kalau x menggelinjang je budak kicik tersebut lari sana-sini. Pasang Geng terus diam. Lagi satu yang menarik, ada pertandingan mengira Oopet. Hadiahnya percutian ke Disneyland Hong Kong. Xhantar lagi sebab bab slogan ni memang failed sikit. Hehe. Sesi pembersihan sawang Spiderman di blog berakhir di sini kot. Aku akan cuba update dengan lebih giat di masa akan datang
Yang benar,
GC
P/S : GC ialah Gua Chokilala laaa.. haha.. kau fikir apa? :P
