Mari Join Kelab Kipas Chokilala.com!
Hai semua. Sudahkah anda menjadi ahli di dalam Kelab Kipas Chokilala.com? Kalau belum, marilah menjadi ahli kerana kelab kipas tersebut baru saja dilancarkan tengahari tadi. Setakat post ini ditulis, bilangan kipas sudah mencapai ke 76 orang. Good job kipas-kipas, saya sayang anda semua!
Kelab Kipas tersebut ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama blogger dan juga pembaca blog ini. Saya terima banyak friend request daripada orang yang x dikenali, namun malang sekali terpaksa di-ignore. Sebabnya saya xselesa kalau orang yang saya xberapa kenal, tahu pasal hal peribadi saya. Facebook adalah ruangan peribadi saya. Jadi, under kelab kipas ni boleh la kiranya kita berkenalan, tak gitu?
Mengenai pemilihan nama page ni sebagai Kelab Kipas Chokilala.com pula bukanlah bermaksud untuk minta korang semua mengipas/mengampu pemilik blog ini, tetapi lebih kepada mencari ‘uniqueness’ di kala blog-blog lain sekadar memberi nama biasa kepada page mereka. Hehehe. Sebenarnya, ia adalah terjemahan daripada Chokilala.com Fans Club. Lagi sekali, bukan perasan ada peminat tapi kalau nak join kan kita mesti picit ‘Become A Fan’? Ok ok, perasan la juga sikit. Hohoho
Cerita yang paling sebenarnya ialah sewaktu Scha & Fahrin Ahmad masih bercinta dulu ada seorang fans ni bertanya dengan Fahrin, Scha ada ‘kelab kipas’ juga tak? Lantas Fahrin bagi URL page Scha sambil macam malu-malu. Dari situlah terbitnya idea untuk menggunakan nama ‘kelab kipas’ ni. Hehehe
Akhir sekali, marilah menjadi sebahagian daripada ahli kelab kipas dengan mengeklik di pautan Kelab Kipas Chokilala.com. Nak gosip pun boleh dalam tu, nak cari jodoh, nak berkenalan dengan tuan punya blog ke ataupun blogger-blogger lain semua pun boleh. Jual minyak urat je xboleh dalam tu, minyak lintah lagi la xboleh. Ok babai, jangan lupa join ye?


