Oh Kekasih Gelapku. Maaf Encik F

Hari ini aku happy sangat! Kenapa? Bukan sebab dapat jumpa Encik F la. Ahh apa barang Encik F. Aku dah ada kekasih lain sekarang, tapi kekasih gelap je la sebab Encik F xtahu dia datang ke Melaka hari ni. Huhuhu. Berdebar juga hati ni bila berkelakuan curang macam ni. Rasa bersalah sangat-sangat pun ada juga

Tapi demi kekasih gelapku ini aku sanggup berkorban apa sahaja. Beliau ni dah la berkulit hitam manis, badan cantik gila macam badan Jay Sean dalam video ni daripada 0:11 sampai 0:15, kulit pun cantik. Macam mana la aku boleh x terpikat?

Pagi-pagi lagi dia dah datang ke rumah aku. Berani sungguh dia datang rumah, terus nak jumpa mak ayah aku. Tapi sayang, dorang keje plak tu. Hurm. Beliau ni bukan orang biasa tau, datang pun siap ada driver yang hantar. Eii bertuah betul aku. Kenderaan yang dia naik tu dah la besar, LAJU pula tu, pemandunya pula siap pakai uniform. Kagum sekejap aku tadi

Read more »

Page 1 of 11