Earning Pertama Chokilala dengan ChurpChurp


ChurpChurp
. Satu nama baru di Malaysia yang semakin menjadi bualan hangat ketika ini. Jadi, apa itu Churp Churp? Semestinya ia bukanlah lolipop Chupa Chup berperisa susu dan coklat yang digemari aku. Hoho. Bagi yang belum mengenali ChurpChurp, biar aku terangkan serba sedikit tentang servis terbaru di Malaysia

Mengikut apa yang aku faham, ChurpChurp ialah satu medium pengiklanan menggunakan Twitter di mana ChurpChurp akan bertindak sebagai orang tengah di antara pengiklan dan pengguna Twitter. Pengguna Twitter yang mendaftar dengan ChurpChurp akan dibayar untuk tweet yang mereka sebarkan di Twitter

Kalau nak senang faham, kita buat macam ni. Contoh real life yang boleh dikaitkan serba sedikit dengan konsep ChurpChurp

Andaikan korang ni wakil kelas. Tiba-tiba pensyarah sms korang cakap kelas dibatalkan dan dia suruh sebarkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan lain. Lagi pensyarah tu cakap, kamu akan dibayar untuk itu (sesuatu yang xmungkin berlaku hoho). Jadi, korang pun forward kepada yang lain. Esoknya, pensyarah tu bagi korang duit

Read more…

02
Aug 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tips & Tricks
DISCUSSION 39 Comments