Posts Tagged ‘browser’

Mengenali Puan Browser Bersama Chokilala

July 18, 2009 - 3:45 am 26 Comments


Apa itu browser? Wahaha

“Chokilala ingat aku ni ngok sangat ke xtahu mengenai browser”, getus hati kecil korang. Betul tak? Betul tak? Hehehe

Bagus la kalau korang semua tahu dengan jelas dan terperinci mengenai kegunaan browser. Secara logiknya, mestilah korang sedang membaca tulisan dalam post ni menggunakan browser bukan?

Haa, sebelum tu jom layan satu video daripada Google di mana mereka bertanyakan kepada orang ramai soalan mudah seperti “What is a browser?“. Respons daripada orang ramai untuk video ini sungguh mengejutkan aku, okay?

Ternyata masih ada pengguna Internet di luar sana yang xtahu tentang apa itu browser. Huhuhu. Atau mereka keliru antara browser dan search engine?

Jadi, apa itu browser?

Definisi skema daripada Wikipedia, browser ialah sejenis atur cara komputer yang menerima pertanyaan HTTP daripada pelanggan, lazimnya pelayar web, dan menjawab pertanyaan tersebut, lazimnya dalam bentuk laman HTML

Definisi separa cool daripada Chokilala, browser ialah suatu aplikasi yang digunakan untuk mengakses sesebuah laman web yang terdapat dalam jaringan Internet. Antara contoh browser popular adalah Firefox, IE & Chrome

Jelas sekali browser sangat berbeza dengan search engine. Search engine ialah laman web carian seperti Google, Yahoo, Bing dll yang digunakan untuk memasukkan sesuatu kata carian

Oh btw, kenapa aku panggil browser sebagai Puan Browser? Kerana semua orang dah biasa sebut Google dengan panggilan Encik Google. Jadi, ini bermakna browser dan search engine adalah saling melengkapi

Tanpa Puan Browser, xboleh la nak melayari Encik Google, betul tak? :P