Buntu Yang Ceria!

Ok. Straight to the point. Kita tiada masa! Ini semua kerana contest di blog Boonto yang benar-benar membuatkan aku buntu mencari idea sampai la ke titisan waktu terakhir sebelum contest tersebut ditutup. Aku cadangkan kepada JRY lepas ni jangan la buat lagi contest bertemakan buntu dan sebagainya. Terseksa jiwa batinku memerah idea. Buat contest bertemakan “banyak idea” xpe T_T
Melihat kepada penyertaan daripada peserta-peserta lain benar-benar membuatkan fikiranku buntu dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka. Tak lupa juga dengan kebanjiran hyperlink buntu yang merata-rata di segenap pelusuk entry. Oh, menyeramkan! Jadi, untuk post di blog Chokilala, aku nak buat cara lain. Aku xnak pembaca blog ni ikut buntu dengan masalah yang aku hadapi. Let’s begin!