Favicon untuk pengguna Blogger (Updated!)

Post ni berfungsi sebagai respons kepada pelbagai pertanyaan, komen, masalah dan juga umpatan dalam hati mengenai cara memasang favicon yang pernah aku publish suatu masa dulu. Ramai yang cakap xboleh pasang la, xjumpa la apa la. Kegeraman betul mak, nyah! Kenapa aku testing boleh je? Aku dah cuba for both Classic & XML Template. Xde masalah pun?

  1. Login ke Dashboard
  2. Klik pada Layout > Edit HTML
  3. Gunakan fungsi Find dengan menaip Ctrl + F secara serentak
  4. Taip </head>
  5. Masukkan kod seperti di bawah sebelum tag </head> tersebut

Contoh :

<link href='http://url-file-favicon.ico' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

chokilala_faviconSelain daripada menggunakan format *.ico, format image juga boleh digunakan. Untuk mendapatkan favicon comel secara percuma, boleh rujuk post memasang favicon yang disediakan. Idamkan yang lebih segar? Kupaslah sendiri. Kihkih! :P

Bagi pengguna WordPress pula, boleh cuba menggunakan plugin MaxBlogPress Favicon. Apa yang bagus mengenai plugin MaxBlogPress Favicon ini ialah favicon juga akan dipaparkan bersebelahan dengan RSS Feed. Lihat contoh screenshot di sebelah. Pasti blog korang akan mendapat lebih perhatian sekiranya menggunakan plugin ni

Semoga dengan terhasilnya post ni, semua orang boleh cuba untuk pasang favicon di blog sendiri tanpa sebarang masalah lagi. Minta maaf kalau sebelum ni xdapat nak bantu korang. Harap korang faham dan puas hati ye dengan tutorial ni? Selamat mencuba! :)

*Credit to topo sebab introduce plugin
*Updated upon request! Generate favicon di sini atau sini

Sebelum ni, Feedburner aku menghadapi masalah so orang nampak aku dah tak update selama 2 minggu. Memang visitors drop la, kecewa betul. Sekarang dah okay lepas upgrade Feedburner ke Google. Korang dah upgrade? ;)

20
Jan 2009
AUTHOR chokilala
CATEGORY Tips & Tricks
DISCUSSION 30 Comments

Kalau mencari jejaka kacak/jambu, datang la ke blog Chokilala

keyword

Sejak dua menjak ni, aku musykil betul la dengan apa yang orang search untuk sampai ke blog Chokilala ni. Aku check guna plugin kebanyakan keyword yang ada memang bikin gentar betul la. Kebanyakannya guna keyword jejaka kacak, lelaki hensem, lelaki jambu dan yang sewaktu dengannya. Kalau tak percaya, tengok screenshot daripada plugin yang aku guna untuk track visitors nie!

Read more…

29
Dec 2008
AUTHOR chokilala
CATEGORY Kelakar Pengumuman
DISCUSSION 22 Comments

Blog yang guna Blogspot tapi cun!

PERHATIAN :

Entry ni bertujuan untuk inspire pengguna Blogspot supaya jadi lebih kreatif dengan design blog dorang. Aku just buat observation then review apa yang aku suka mengikut pandangan aku secara peribadi. No hard feelings okay?

bududanbelacan

Pertama kali aku tengok blog ni aku sangat teruja sebab ia sangat simple tapi nice. Gaya penulisan blog ni mmg sempoi, jadi xhairan la kalau bududanbelacan ni mempunyai pengikut yang ramai. Layout simple tetapi menarik sebab guna 2-3 kombinasi warna yang bersesuaian. Simple but smart. Oh, i likeeee~

alkisahnyalah

Ni lagi satu blog yang membuatkan aku kejelesan bila masuk sambil berkata “Dem! Ada choki-choki”. Cisdel betul, blog aku yang Chokilala ni pun xde gambar choki-choki. Malang betul aku xreti melukis (luckily i got encik f *wink*). Blog ni guna magazine template which is menarik sbb skrg pun mmg trend org pakai magazine style kan. Psst, aku sendiri pakai template ni untuk personal blog. Nak URL? Xpat.. Hehehe

queenrara

Queenrara ialah blog kepunyaan Rarakus yang memang rakus. Haha. Tapi dia rakus dalam mengedit template blog dia la, jangan fikir yang bukan2 plak. Kihkih. Apa yang istimewanya, daripada pemerhatian aku blog ni dah evolve menjadi blog yang sangat cun. Visitors pun dah jadi semakin ramai, sbb layout dan gaya penulisan dia yang cute. Sbnrnye jeles gak bila tgk blog dia ni sbb blog Chokilala dah xcute mcm dulu. Isk (-_-”)

gocoders

Gocoders ni x update lagi kot tapi aku nak letak gak sebab design blog ni memang unik. Kenapa? Sebab dia menampilkan style Web 2.0 di blog dia. Banyak guna badges dan gradients which is great sebab simple tapi menarik. Xbanyak blog di Blogspot yang pakai style mcm ni sebab kena buat modification yang banyak. Salute untuk gocoders, blog kau memang cantik menarik tertarik. Hihihi

dilarang-melarang

Cuba tengok tu, blog kepunyaan Marzuki Campbell aka BlogMenjerit ni memang cantik tapi tak senonoh. Memang sesuai la kat atas tu dia cakap blog dia hanya untuk bacaan orang dewasa saje. Blog ni daripada dulu lagi asyik ubah layout je, pening kepala aku tapi nasib baik la setiap kali dia ubah still smart. Personally, aku suka layout lama yang tulisan dilarang-melarang tu mcm tulisan untuk band Hujan. Layout skrg ni cantik tapi gelap sikit. Woi Marzuki, ko xbayar bil elektrik ke ape? Hahaha

chokilala

Ngehngeh. Mestila tuan tanah pun nak tumpang sekaki kan? Aku sangat suka blog lama aku di Blogspot ni sebab aku coding sendiri semuanya. Xdela hard code everything, tapi combine and ubah coding. Oleh sebab rindu nak tengok blog lama, aku dah x forwardkan blog lama ke blog WordPress ni. So, korang boleh la tgk balik blog lama aku kalau rindu. Dengan Chokilala Blogspot ni la aku dapat ramai kwn, bergaduh dengan J *ehem*, dan dapat boyfriend. Hei encik f terpikat dengan blog dulu tau, dah jumpa baru terpikat dengan orangnya. Kehkeh. Masa launch design baru dulu pun, stats visitor blog naik sampai terkejut la tengok perubahan yang sangat mendadak tu

Ok, itu saje untuk entry kali ni. So, korang setuju x dengan blog pilihan aku di atas? Kalau setuju bagi la sebab, dan juga sebaliknya kalau tak setuju. Kalau korang ada jumpa blog lain yang cun, sila tinggalkan URL blog tu dalam ruangan komen ok? ;)

28
Nov 2008
AUTHOR chokilala
DISCUSSION 49 Comments