Hoi, Siapa Curi Sayur Barn Buddy Aku?
Pelik. Siapa yang berani sangat curi sayur dekat kebun aku ni? Oh, maksud aku kebun di Facebook la. Mustahil Chokilala ialah seorang peladang berjaya. Hohoho. Tetapi sangat pelik sebenarnya. Sebab apa?
Sebabnya aku xpernah langsung main sebarang game secara online di Facebook!
Tetapi baru-baru ini seorang rakan blogger bernama Romeo Rjuna tegur pasal kebun aku di Barn Buddy. Heh! Pura-pura baik tegur kenapa kebun aku x berjaga tapi hajat di hati nak curi sayur aku sebenarnya. Macam aku xtau je. Ceit!

Sekali pandang, lawa juga kebun misteri aku ni. Ada terung, ada lobak putih. Rasa tergoda juga la nak cuba main -___-”

Hohoho. Senarai nama pencuri sayur adalah seperti di atas. Dimulai dengan classmate aku sendiri sewaktu sekolah menengah kemudian diikuti oleh Rarakus. Menyusul pula selepas itu ialah Marzuki Bulu
Seperti yang korang semua lihat, aku level coin credit semuanya 0. Aku memang xpernah cuba langsung game ni. Aku pelik la xpernah main tapi tetiba wujud pula kebun sayur ni?
Agaknya sebab apa? Ada orang tu kata Romeo daripada Ghost 8TV yang main Facebook aku. Hahaha
Korang rasa camne?