Attractions

Sky Tower Melaka@The Shore di Melaka

Sky Tower Melaka, tarikan terbaru buat para pelancong yang berkunjung ke negeri Melaka. Saya berkesempatan untuk berkunjung ke Sky Tower Melaka yang terletak di pusat membeli belah The Shore. Dengar saja ada tarikan terbaru di Melaka, terus saya dan suami meluangkan masa berkunjung ke tempat tersebut.

Sky Tower yang terletak di tingkat 42 & 43 dalam bangunan The Shore ini merupakan tarikan terbaru yang patut anda kunjungi. Pengalaman berdiri di atas lantai kaca setinggi 42 tingkat memang sangat mendebarkan! Kalau ikutkan pengalaman saya sendiri tempohari, sebaik memijak lantai kaca & cuba memberanikan diri untuk tengok ke bawah, memang terasa β€˜ringan’ sekejap badan & seakan hendak jatuh kerana takut. Haha. Tapi lama-lama jadi okay & excited pula πŸ˜€

Terdapat dua tingkat di mana tingkat pertama berhampiran pintu masuk ialah kawasan di mana anda boleh melihat pemandangan 360 darjah bandar Melaka. Di bawahnya pula ada pokok-pokok & tanaman yang ditanam dengan cantik yang buatkan anda merasa seperti dalam taman.

sky-tower-melaka-the-shore-melaka-1

Di tingkat kedua pula terdapat kawasan lapang yang memang sesuai untuk sesi bergambar, lantai kaca & kolam ikan. Terdapat juga teropong yang boleh digunakan secara percuma untuk anda menyaksikan sendiri keindahan bandar Melaka. Sebagai anak jati Melaka, memang teruja bila dapat tengok pemandangan Melaka yang indah ini from above.

sky-tower-melaka-the-shore-melakasky-tower-melaka-the-shore-melaka

Untuk mengambil gambar di lantai kaca, anda tidak boleh menggunakan kamera anda sendiri sebaliknya hanya kamera pihak Sky Tower sahaja yang boleh digunakan. Ambil gambar dan kemudian pilih gambar untuk dicetak di Photo Booth yang terletak di pintu keluar Sky Tower. Harganya adalah RM45 untuk sekeping gambar bercetak berserta 1 fail soft copy. Kami tak beli kerana harganya adalah too much. Mungkin pihak pengurusan patut alert dengan perkara ini.

sky-tower-melaka-the-shore-melaka

Platform kaca

sky-tower-melaka-the-shore-melaka

Pandangan platform kaca dari tingkat bawah

sky-tower-melaka-the-shore-melaka

Berdiri di atas platform kaca setinggi 43 tingkat

Harga tiket adalah RM18.00 untuk dewasa. Walaupun pada mulanya saya merasakan harga tiketnya agak mahal sedikit, namun saya boleh katakan ini adalah RM18.00 yang sangat berbaloi! Jujur saya katakan, kalau nak melihat pemandangan bandar Melaka datanglah ke sini dan bukan ke Menara Tamingsari.

Facebook :
http://www.facebook.com/SkyTowerMelaka

Harga Tiket :
Dewasa RM18.00

Waktu Operasi :
10am – 10pm

Tips:
– Untuk pergi ke Sky Tower anda perlu naik menggunakan lif yang terdapat di sebelah kiri bangunan The Shore
– Tekan lif ke tingkat 41, kemudian naik lif seterusnya untuk ke tingkat 42
– Parking di The Shore adalah percuma (setakat post ini ditulis)

2 Comments

Leave a Reply to Sickchild72 X