Setem Upin & Ipin

Setem Upin dan Ipin ini dibeli pada Jumaat yang lepas punya lepas (dalam erti kata lain dah 2 minggu beli tapi sekarang baru nak update di blog). Huhuhu. Aku cuma sempat beli setem je sebab yang complete set berserta sampul surat hari pertama takde dekat pejabat pos yang aku pergi hari tu. Kakak pejabat pos tu cakap kalau nak, kena pergi pejabat pos besar. Tapi tu dekat Melaka, mungkin kalau korang stay KL senang cari kot?
Produk terbaru Upin & Ipin ini adalah hasil kerjasama kreatif antara Les Copaque & Pos Malaysia. Yang menariknya adalah tentang keunikan setem itu sendiri (perenggan seterusnya dipetik daripada blog Les Copaque) :-
Setem ini bukan saja comel dan cantik tetapi ianya juga di antara yang pertama menggunakan teknologi pelekat. Ini bermakna kita tidak perlu meletakkan gam ataupun air untuk melekatkan setem ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan pelekat tersendiri
Setem ini juga dilengkapi dengan sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Teknologi sebegini merupakan yang pertama digunakan di Asia. Kesemua setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda
See! Bagus betul kan? Ada sistem pelekat, takde la nak terjilat-jilat. Kenapa la daripada dulu tak buat setem yang ada pelekat -___-” But it is simply the joy of licking the stamp yang best dulu-dulu waktu nak hantar surat. LOL. Tapi dah besar-besar sekarang ni memang aku cari gam la, tak kuasa nak jilat. Geli kot?

For me, bagus juga usaha diaorang buat setem ni maklum la budak-budak sekarang semuanya dah hi-tech sangat. Mana ada dah istilah sahabat pena/pen pal macam zaman kita dulu. Sekarang semuanya SMS, Facebook, MySpace, Twitter etc. Takde maknanya nak tulis surat dah sekarang, jadi sekurang-sekurangnya dengan adanya setem Upin Ipin ni boleh galakkan budaya menulis & membaca di kalangan dorang, perhaps?
Fakta Ringkas Setem Upin & Ipin
- Ada 3 versi
- Setiap versi ada 2 rekabentuk setem
- Memaparkan rekabentuk permainan tradisional di Malaysia
- Antara permainannya adalah Batu Seremban, Congkak, Galah Panjang, Konda-kondi, Perang-perang & Telefon Tin
- Sekeping berharga RM6 (setem sahaja)
- Untuk full set berserta sampul surat hari pertama dan barang-barang lain, rasanya RM40 something (kurang pasti)
- Boleh didapati di mana-mana cawangan pejabat pos di Malaysia
P/S : Teringin nak kerja dekat Les Copaque, boleh? :P
hahaha dan2 update psl setem. kalo aku tak tanya kat twitter tadi mungkin lepas dah abis lekat kat surat baru ko update kot.kikiki
sekeping rm6? pergh mesti sayang gila nak guna.
oh, maksud aku sekeping RM6 tu dia ada 10 setem. setiap satu setem tu 60 sen, ada 10 kesemuanya :)
err aku memang dah lama nak update dah. cuma aku update dalam hati je la. haha
kalau tunjuk kat adik aku ni, mau dia gi beli serta merta. hoho~
apa salahnya, bukan mahal sangat pun :)
hahaha aman geek.
sayang pula nak guna setem ni nnti..
hahhahaaa
aku memang taknak guna pun. hehehe. nak tunjuk dekat anak cucu je nanti. LOL
Kalau adik mieya tengok ni, confirm dia suruh belikan sebab dia minat gila dengan Upin Ipin ni. Tapi kalau mieya ada setem ni, memang sayang nak guna. Tkkan guna langsung kot. Hihi.
ala…esok mesti pejabat pos tutup kan..sedihnyer…nak sangat g beli..
wow, mesti sayang nak gune. Cantikla design die.
ala, masalahnya orang tua cam u je beli setem ni. budak2 zaman skrg mana heran pasal setem n sampul surat hari pertama.
jika ada, mmg spesis rare! boleh masuk muzium. hek3
kata edit gambau smpi sejam, igt kan de la efek CGI ke ape kan..ceit~ :p
haha. kurang asam. sambil edit, sambil twitter & surf itu ini. itu yang lambat sangat tu. haha
dua singgit dua singgit
nak kerja kat les copaque ker? meh resume, aku pas kat kawan aku
wah..yeke?ada kabel besar lah ni?
kalo aku rase2 lpeas xaplly?
hehe. aku pun ada la kawan dekat sana :P
alaaaa dah beli.. jeles nye… -___-”
masa memula kuar berita, target nak beli dgn semangat nya.. tp x beli2 pun lg.. huhuu ntah ada lg ke x..
Kali terakhir aku beli setem ialah time nak pos kad raya, tunggu ko hantar kad kahwin la, baru merasa setem Upin & Ipin tu hahaha
Juju seorang penjilat setem yg bergaya
aku hantar kad kahwin online je, pasangan moden. LOL. macam geli je juju cakap juju penjilat setem berjaya -____-”
hehe, stuju gak ngan ko.. aku pun trase nak kerja gak kat les copaque tue.. tapi nak jadik boss terus.. tanak jadik coffee boy.. hohoho
baru jer g beli kat pjabat pos pg tdi..tp beli yg sampul surat tu je..dalam tu ader 8 setem…nk simpan..buat kenangan..huhuhu
fanatik gak ek..bape lama tempoh dorg jual ni? simpan la elok2.. nnt kalo dah jadi rare boleh jual mahal2.. :P
slaku pminat setem..akanku cuba dpatkannya
huhu, menarik lah setem dia, cumel wwoooo
huhuhu ada lagi ke setem ni. terlupa nak beli. wuaaa :((
kalau zaman kumpul2 setem kecik-kecik dulu mesti simpan betul2 setem upin ipin ni. comel :)
setem yg cute2.. leh wat collection..
aaaaaaaaaaa… nak setem… dh lama tk beli setem.. hobi tuhhh.. huhu
comel jugak setem ni.. pasti anak aku suka!!
wow wow so cute la…minggu lepas beli tak dapat pun macam ni…huhuhuu
wahh, nampak comel gila..
aku rasa orang beli simpan je…cute la setem tu haha
Upin Ipin ni dah capai tahap global dan mmg patut ada setem sendiri dah. Cuma dok tunggu bila Les Copaque ni nak buat baby clothing line lak macam Disney tu. Teringin nak beli byk2 kat bakal anak nak lahir nnt :)
hah.. memang menarik, baru aku tau ada stem upin ipin.. hehe..
nak beli setem Chokilala?
salam sejahtera blogger,saya ni baru jer dalam dunia blogging ni,boleh tak sesipa yang sudi tunjuk ajarkan saya.