Murtabak Singapura di Muar


Semalam aku dan Encik F telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama. Jangan cemburu. Encik F tiba dari Perak, bermalam di Shah Alam (wahh mcm rhyme rap pula malam dengan Shah Alam kan?) dan kemudian datang ke Melaka paginya dengan menaiki bas untuk berjumpa awek kesayangan beliau. So romentik romantik kan my chenta hati? Idamkan yang lebih romantik? Kupaslah sendiri. Ngehngeh!

Kami meluangkan masa together-together sampai ke Muar. Kenapa Muar? Sebab Encik F mengada ni mengidam sangat nak makan Murtabak Singapura. Sebelum ni, kami pernah makan murtabak tu tapi makan sekali dengan nenek aku. Kebetulan waktu tu kali pertama datang ke rumah nenek aku, jadi ada orang ni pura-pura malu nak makan banyak depan orang tua. LOL

murtabak-singapura

Murtabak Singapura dekat Muar ni memang marvellous tau. Aku semenjak kecil lagi memang dah selalu makan murtabak ni. Murtabak yang kami pesan ni murtabak special. Harganya sekeping RM12. Memang mahal tapi berbaloi-baloi. Kalau tak berbaloi-baloi, takkan la sampai ada orang tu mengidam sangat nak makan lagi kan? Hehe

Harga untuk murtabak paling kecil kalau tak silap aku ialah RM7. Yang kitaorang pesan ni untuk 4 orang makan. Ok, nampak sangat dating menketedarah kan? LOL. Untuk bahagian atas murtabak sahaja, abang murtabak gunakan 2 biji telur. Dekat dalam murtabak tak tahu la dia guna berapa biji. Banyak betul telur abang murtabak ni. Lalala

murtabak-singapura-muar

Tengok tu, tengok tu! Anak sapa laa tu tangan dok pegang sudu garfu tak sabar sangat nak makan? Errr.. Tapi mcm tangan aku je? Hoho. Tengok la sendiri, banyak sungguh bebola daging dia tabur atas murtabak tu. Enak dimakan begitu saja betul. Kuah murtabak tu pula macam masam sikit, letak timun tapi sedap!

Kedai Murtabak Singapura ni terletak di Tanjung Agas, Muar. Kalau sesiapa berminat nak pergi, cari Sekolah Menengah Sains Muar. Kedai ni sederet dengan Petronas. Nanti nampak la papan tanda nama kedai Murtabak Singapura. Ok bye!

15
Nov 2009
POSTED BY chokilala
POSTED IN Peribadi
DISCUSSION 63 Comments

63 Responses to : Murtabak Singapura di Muar

  1. liz says:

    menarikkkkkkkkk…isik die ape?mcm murtabak biasa ke..ade lain sikit?

  2. amoi says:

    owhhh. pergi date dgn encik f tak ajak aku ye? sampai hati muuuuu :sad: :sad: :sad:

  3. blogresipi says:

    Oh tuhan…nampak sedap sungguh Murtabak ni. Satu hari nak jugak try makan kat Muor ni. Tengahari makan mee bandung petang makan murtabak. besh!

  4. cikepal says:

    menyelerakan murtabak ini ;)

  5. zulfitry.com says:

    lama dah aku tak merasa murtabak ni..since ramadhan harituh..
    tapi lately ni aku diet ler…huhu..wah murtabak itu musuhku..

    OH TIDAK !!!!

  6. .i’m muarian
    .n murtabak tu mmg sgt fames okayh ;)
    .waaaaaaaaa lapar pulak~

  7. Melz says:

    Macam Terbaik dari ladang nie :P miahahaha

  8. wanmus says:

    perghh..tunjuk makanan ni yang tak tahan ni..hehe..boleh try bile gi Muar ni

  9. wanmus says:

    cerita sedih..hujung minggu aritu gi Muar, tapi tak jumpa kedai ni..dah ondway balik baru tau yang kitorang salah masuk simpang, tu pun lepas call orang Muar sendiri..aduss frust tull

  10. haziqah says:

    yes murtabak singapore kat muar ni mmg terbaik
    sdap gile..so x kesah pun harga dia mahal
    lagi tak kesah sbb pakcik sndiri blanja..sbb tu rasa dia makin sdap hehe

  11. azwar says:

    aku tak makan murtabak..

  12. e-Zah says:

    salam akak … kampong akq kat muar ekk? sye pon kat muar.. sebelom gi rumah opah..wajib beli murtabak s’pore..hehe… sgat lah sedap.. kalo kat kampong smpe cepat die lah dapat..haha.. :happy:
    akq cerite pasal murtabak dah buat zah lapar!!! hahaa..

  13. sememangnye murtabak nie terbaekk dari ladang coz ni resepi family trun temunrun tao .. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">