Kutipan terbaru filem Geng Upin Ipin!

Geng? Dah tengok filem Geng terbitan Les’Copaque tak? Aku tengok lambat, tapi dah tengok 2 kali. Sila jeles. Hohoho. Ramai rupanya yang merindukan post merepek terbaru Chokilala walaupun blog ni agak hambar sejak 1-2 minggu lepas. Aku pun xtahu kenapa hambar, mungkin sebab suasana pelajar yang tengah sibuk dengan tugasan atau aku sendiri yang hambar malas nak update? Hohoho

Average dalam sehari aku akan approve dalam berbelas-belas hampir ke 20 komen tapi sejak kebelakangan ni dalam 2-3 komen je. Itulah salah satu punca aku merajuk sekejap (kononnya) dengan dunia blogging ni. Hehehe. Tak la, sebenarnya tempoh masa 2 minggu lepas sangat sibuk dengan tugasan dan juga exam. Hampir setiap hari ada lab test dan mid term exam. Sungguh penat, rasa macam nak tukar profesion jadi penjual ikan laga je (eh eh? macam xde kaitan je?)

Berbalik pada filem Geng tadi mesti ramai yang malas nak baca review aku kan? Sebab dah banyak sangat review tentang filem Geng di blog lain. Jadi apa kata aku review cara lain iaitu serba sedikit info mengenai filem Geng dari tarikh ia mula ditayangkan sehinggalah ke tarikh post ni ditulis. Hehehe :P

  • Hari pertama (Khamis 12/2) : RM 216,000
  • Hari ke-2 (Jumaat) : RM 284,000
  • Hari ke-3 (Sabtu) : RM 648,000
  • Hari ke-4 (Ahad) : RM 600,000
  • Jumlah kutipan seminggu : RM 2.2 juta
  • Hari ke-9 (Khamis 19/2) : RM 115,000
  • Hari ke-10 (Jumaat) : RM 239,000
  • Hari ke-11 (Sabtu 21/2) : RM610,000
  • Jumlah kutipan 11 hari : RM3.75 juta
  • Hari ke-12 (Ahad) RM 510,000
  • Jumlah kutipan 2 minggu : RM 4.09 juta
  • Fuh fuh fuh.. IKLAN sket.. penat ni carik info.. hehe
  • Jumlah kutipan 17 hari : RM 4.8 juta
  • Jumlah kutipan 19 hari : RM4.93 juta

Segala maklumat dirompak diambil daripada blog filem Geng. Kalau statistik kutipan tu xtepat, sila salahkan team Les’Copaque. Aku just research dan ambil data tersebut daripada blog mereka. Aku xbersalah. Jangan makan saya, saya kurus (dialog Uncle Muthu ketika ‘hantu’ durian nak serang dia). Hehehe :P

Seiring dengan kemunculan filem Geng, maskot baru Upin & Ipin pun turut dilancarkan. Bagi aku maskot yang baru ni lebih comel dan mesra rakyat berbanding maskot lama yang agak menakutkan. Di sini, aku ada sediakan koleksi gambar maskot Upin & Ipin dalam aksi yang agak unik. Setiap lokasi ada je aksi pelik yang mereka buat. Hohoho

dsc03579

Upin & Ipin nak jawab peperiksaan. Cute!

alamanda_04

Upin & Ipin menaiki kalkulator eskalator

img_6393

Upin & Ipin sedang kacau makcik & pakcik dating

timessquare_03

Sedang membeli tiket filem sendiri–”Oo ni la rahsia laku ye :P”

04

Upin kegatalan dengan perempuan, bertuah sungguh

img_6845

Aku pun sendiri xtau apa perwatakan dorang waktu ni? Err -_-”

Sedikit info lagi berkenaan filem Geng dan juga Les’Copaque :

  1. Kutipan 4 hari pertama yang mencecah RM1.75 juta adalah merupakan suatu rekod untuk filem tempatan dan sesungguhnya ia telah mengalahkan jumlah gabungan kutipan 3 filem tersohor dari Barat, Benjamin Button, Valkyrie dan Slumdog Millionaire
  2. Panggung Tebrau mencatatkan penonton yang tertinggi untuk 4 hari sebanyak 9000 orang di ikuti oleh Alamanda di Putrajaya sebanyak 7000 penonton. Ini mungkin ramai peminat dari Singapura. Jumlah penonton yang paling kurang adalah di Kuching, Sandakan dan Miri, sekitar 700, 500 dan 400 orang
  3. Les’Copaque bercadang untuk membina taman tema di Malaysia yang berkonsepkan seperti Disneyland tetapi menampilkan watak-watak animasi tempatan dalam Geng seperti Upin & Ipin sebagai watak utama. Idea yang sungguh menarik. Harap ada pihak seperti pelabur yang buka mata tentang hal ni :)

Terakhir sekali, adakah korang pernah tengok animasi berjudul Misi Mustahak? Kalau nak tahu, projek tu la yang menjadi titik tolak kepada penubuhan Les’Copaque. Animasi berkenaan adalah hasil kerja mereka sewaktu menuntut di MMU dahulu. Memang hebat dan menghiburkan betul. Baiklah, itu sahaja untuk kali ni dan semoga kita bertemu lagi di lain post! Sila rindu-merindu kalau aku tak update. Hohoho :P

UPDATED!

Untuk 19 Mac 2009, kutipan menjangkau RM 6.011 juta tetapi masih belum dapat mengalahkan kutipan tertinggi filem Malaysia iaitu Lagi-lagi Senario (RM 6.33 juta)

UPDATED LAGI!

Pada 23 Mac 2009, kutipan sudah menjangkau RM 6.24 juta. Sikit je lagi nak kalahkan Lagi-lagi Senario. Cepat! Tayangan Geng masih ada lagi sehingga 25 Mac 2009! Jadikan kutipan filem Geng sebagai satu sejarah untuk industri filem animasi tempatan :)

05
Mar 2009
POSTED BY chokilala
POSTED IN Peribadi
DISCUSSION 25 Comments

25 Responses to : Kutipan terbaru filem Geng Upin Ipin!

  1. RiZaL HaShiM says:

    yeay…org 1st komen…hahaha…

    ish3…biler2 laa nak g tgk nih…hmmm

    @RiZaL HaShiM : eleh rizal. org ajak taknak ikut. dah tengok 2 kali dah tau

  2. aku belom tgk wehhh., uh adoi jeles sgt ni.

    weh best sgt ke weh? apesal ni? kenapa aku ase cm gile idop pd zaman dan alam maya paleolitik? KENAPA NI WEI TLONG JWB!

    @eireen jelita : ko asek tengok encik skandal je. mana nak tengok geng. huh!

  3. Fizz says:

    hehehe.. ade juge update.. kekeke.. :haha:

    tp I lak tade update lagi.. huuu.. nnt la.. bz tul ngan keje.. :sad:

  4. zaki says:

    rasa nak g ngk lagi ar.. huh

  5. mrsDu1 says:

    1st day lg kami dh menonton!!
    excited gler nk g tgk..
    yang pasti puas hati!!!! :happy:
    tak rugi pegi tgk 8 kali pon..hahaha :haha:
    si datin tu dh pegi tgk lg ngn panda die..cett :hihi:

  6. KNizam says:

    aku x tengok lagi la

  7. ak penat asek tengok
    tp cm happy la
    lawak tol ak tgk 3 kali

    hohoho
    tp mse upin ipin dtg uitm ak xde la
    cam nak kuntau je maskot 2 ekor tuh

  8. aDa says:

    mmg bes~~aku g tengok hari kedua..punye la jem cinema..penuh ngan ibu bapa dan anak2 masing2 3-4 org..haha..suppose movie start kol 10.30 dia kol 10.50 baru start..ceh

  9. asm says:

    tension gua dah 3 kali nk komen 3 kali kuar arahan hampeh tul tp xpe btl2222 gua dh tgk ctr nie 1 kali

  10. update pun. pemalas betul ko nyah!
    aku tau la ko asyik berdating ngan encik F jer, tu pasal ko xupdate2 blog. Bagi alasan busy ngan tests kunun… heh.

    weh, ko ni asyik sepi dari twitter, blog mahupun YM. lame ko xjenguk blog aku tau.

    aku ngorat encik F kang br tau. eheheh…

    bosan la.. terkomen panjang2 lak.

    @Ryehana Comel : hehe. beb, sms je la aku. pasti di-reply. jgn mengade nak ngorat encik f :P

  11. etomyam says:

    x der worang upload lagi ke ? he he

  12. nadiEya ~! says:

    Aku pegi masa 3rd day..
    Citernya mmg besh..
    Tapi org sebelah yang x besh..
    Ada ke boleh tidur b’dengkur dalam panggung..
    M’ganggu betul..T_T

  13. eleea says:

    Betul…betul…betul…
    Cite ni best
    “INGAT MASA DEPANNNNNN”
    hhehehehehehe

  14. datin says:

    choki..ko g ke time kt mbo tuh??

    @datin : aku xgi. esoknya aku ada mid term math

  15. Mohd Ismail says:

    boleh tahan penangan Geng ni.. da 5juta+ di’kaut.. =)

    *aku tgu filem khas untuk kisah Upin & Ipin.. hehe*

  16. azam says:

    huhu…dah pi tengok..tu pun awek ajak pi..kalu tak memang tak pi tengok la…

  17. attahrel says:

    aku pn dah tgk…woo dah juta-jutan ek depa collect..tahniah r..yg buat aku konpius tu..cerita ni x angkat sangat pun 2 budak dogol tu,tp rajoo!!!..suppose maskot rajoo ada r kalau gitu…hohoho

  18. kusu says:

    nak tgk!!
    tp masih tak ada masa lagi.
    ruginya..
    haish

    chokilala..nak tanya sikit..
    cemana nak buat semua gravatar jadi customized eh? semua kuar gamba chokilala je dalam komen ni..aku nak buat..tp tak tahu..haha

    bole aja tak..

    @kusu : kalau sape yg x sign up kat gravatar, kuar default image je. saya pakai plugin gravatar :)

  19. bd fabregas says:

    aku tgk geng masa hari ke-2 tayangan, ari jumaat laaa.. x tahan wooo nk tunggu lama2.. anyway, nk rompak entri ni bleh tak kak chokilala.. nanti aku creditkan la sekali, boleh??

    @bd fabregas : rompak la. tapi jangan the whole entry plak. pastu credit letak besau2 sket. haha

  20. yasha says:

    haish… geng memg besh.. smart giler katon dia macam real.. aku g tgk kat pavilion midnite.. tggal hat 1.30 ja.. ngt nak tgk kol 11.40 tuh pown penoh! giler la… tuh baru ari ke-3..

    ko mang nyah.. pemalas nak hapdet.. kan da x wamai penyebok.. lagi2 owg macam aku.. kan ko da rugi pengomen sowg.. bhakhakhakk! :zzz: larikkkkk~

  21. kemain besor letak iklan nuffnang. kompem aku tak klik punya. hahaha

  22. abdfatah says:

    memang gempak kutipan balik modal geng… geng the movie the best…

  23. iovantgarde says:

    huhu..aku nak gak tgk geng ni..tapi minggu lepas,,full house je wayang cite diorang nih,,tak larat ak nak tunggu,,huhu..mesti best sgt kan?tahniah geng!!

  24. Pingback: Chokilala.com dapat hadiah istimewa daripada kartunis Ubi (sila jeles) | Chokilala.com

  25. mijan says:

    best gilerr filem ni…lawak,seram,sedih…sume ade..just nak tau,capai x kutipan 10 juta??

    @mijan : tak sampai. 6.3 juta sumthing la. xdpt pintas lagi-lagi senario. sedih :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">