Kulihat layu dalam Melayu
Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Sumber : Lirik Lagu


melayu bersatu kat kenduri kawin..
sebenarnya aku nak gak rungkaikan layu dalam melayu di menteil.net
tapi aku tau melayu itu sensitif..
so kensel…
aduh..
b’semangat patriotik cik chukis skrg ni..kui³
tp skrg melayu mmg da LAYU..
dengki m’dengki,b’gaduh sesama bangsa..
bangsa lain yg tgk b’tepuk tgn je..
owh lagu ni da lame da dgr tp x pernah tgk video tuh :S tp mmg syahdu la lagu nih :D
Malique too-phat?
sedih gle sial…. naik malu aku… tapi mcmna aku nak malu klu aku sendiri melayu…. adoi…
bagus la faizah dah start patriotik dah hahaha.
p/s: love the kiasan lyric
inilah track paling superb and powerful dalam album hip-hop malique!!!!
sye sgt suke!!!
malique..
menarik gak..
Salam Cik Chokilala,
Dari dulu lagi bangsa kiter camnie.Kenapa tak ubah – ubah?
Malu Malaysia tau.
Menyusahkan oorang tua adalah.
Kita sepatutnya mencontohi orang yang baik-baik.Bukan orang yang jahat-jahat.
Dadah,Diksko ,Arak.
Tu semua pembinasa masa depan kita!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Takkan Melayu dah hilang dunia?????!
Ceh!Cam motivasi jer.Ade ker semua yang diperkata nie ada dalam tu?
Huhuhu…
Salam Sayang,
f@r@h@ni
Geram ngan melayu sekarang nie!Tak malu ke?Kan cik chokilala.
kulihat layu dlm melayu kerana melayu mudah lupa..
perjuangan kita belum selesai..
Stand up orang2 melayu..buktikan kita mampu setanding dengan bangsa lain..setanding yang bagus2 la..jangan setanding dengan bangsa lain mengenai perkara yang x senonoh..
gmbr2 malique bertatu tu cmne.. siap tulisan jawi lg. siap peluk2 awek cun. kite nk blame org lain, padahal penyanyi ni pun lebey kurg je~
thanks for posting my video,ada jugak orang appreciate kerja saya, video ni saya buat untuk semua orang Melayu termasuk saya..hidup Melayu!!!
“Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu”
memang dah layu pun…
melayu tulen hanya wujud zaman nenek moyang kite dulu…
zaman sekarang bkn tak de…
tp tidak banyak, hanya segelintir…
tak malu kat bangsa lain ke orang2 melayu nih ?
salam..menjenguk sebentar..
setuju dengan tulisan anda..;DD
perjuangan kita belum selesai
jangan berhenti dulu
bangkit melayu kerana kuat, punah melayu kerana kesumat. anda sungguh peka.