Kisah Cinta Chokilala & Encik F (Uwekkk)

Hari ni aku tiba-tiba rasa nak buat post yang berunsurkan jiwang melankolik sikit. Hohoho. Apa salahnya sekali-sekala buat post untuk tunjukkan yang kita menghargai orang tersayang, orang yang dekat dalam hidup kita. Hehehe. Kisah kitaorang ini agak istimewa la sebab detik-detik awal perkenalan kitaorang melibatkan blog sebenarnya. Oh! Sungguh hi-tech!
Kalau korang semua nak tahu, Encik F ni berkenan dekat Chokilala dulu bukan pada aku. Huh! Ini satu penghinaan!
Masa tu lebih kurang dalam bulan Mei tahun lepas bila ada sorang mamat ni tiba-tiba add Yahoo Messenger aku. Dulu memang setiap hari ramai sangat orang add YM aku sampai kadang-kadang aku terpaksa invisible. Aku yang blurr dan clueless ni pun layan je la dia macam biasa. Rizal, si penyanyi Selamat Ulangtahun Boonto dan Encik F merupakan housemates. Jadi, aku baik dengan kedua-dua mereka
Tidak merokok merupakan syarat utama yang aku kenakan kepada mana-mana lelaki untuk jadi boyfriend aku. Nasib baik Encik F memang bukan smoker. Hoho. Dan Rizal merupakan tukang ‘survey’ ciri-ciri jejaka idaman aku melalui YM. Haha
Waktu awal perkenalan dulu, kami jarang sangat SMS. Dalam seminggu, ada la sekali dua agaknya. Tapi boleh kata hampir setiap malam akan YM dengan Encik F. Bila nampak dia online je, hati aku beropol-ropol, bunga pun tumbuh dalam hati. Xtau la kenapa tapi rasa selesa sangat dengan dia. Hohoho
Ada satu kejadian waktu bulan puasa dulu yang xdapat dilupakan. Boleh kata tu jadi titik permulaan aku suka Encik F ni la. Hihi
Waktu tu, aku kena siapkan projek dengan kawan-kawan di hostel dan kitaorang janji nak keluar sahur bersama. Sayang sekali, hujan turun mencurah-curah. Tiba-tiba je aku dapat SMS yang berbunyi seakan-akan–”Turun la. Saya dah dekat kedai makan bawah”. Sah! Mamat ni silap hostel. Cerita berkesudahan dengan aku xsahur dan lakonan bermulut manis konon kenyang padahal rasa lapar macam boleh makan seekor gajah. Hohoho
Dipendekkan cerita, Encik F selalu cuba nak cari jalan untuk dekati Chokilala ni sampai dia sanggup order baju UTeM Bloggers United walaupun dia bukanlah seorang blogger. Aku secara baik hati tanpa berfikiran negatif tolong la pesan untuk dia. Rupanya tujuan Encik F order baju tu supaya dia dapat jumpa aku. Haha

Well, kami jumpa untuk pertama kali depan pawagam MBO di Melaka Mall. Waktu tu aku sangat xcomel & berpeluh-peluh sebab baru je buat aksi bergambar seperti di sebelah yang dipanggil aksi melekat ke dinding
Waktu jumpa tu dalam hati aku berkata, “Wow, boleh tahan kacak gak mamat ni”. Tapi muka Encik F waktu tu macam selamba je dan xamek kesah tentang aku. Kawan aku ada juga suruh usha tapi aku rasa macam malas je sebab laki kerek macam tu sure dah ada awek. Sebenarnya aku malas sebab waktu tu aku tengah ‘kawan’ balik dengan ex aku tapi kitaorang broke-up semula xlama kemudian selepas 3 kali kapel clash. Huhuhu
Begitulah serba sedikit mengenai love life pemilik blog ni yang sedang berbahagia menyulam manik cinta. Kalau nak cerita semua, sampai bila pun xabes. Sebenarnya post ni terhasil sempena meraikan tempoh 6 bulan kitaorang bersama di mana 6 bulan yang lepas, post Sorry, Chokilala is Taken menjadi agak hits sampai aku segan dan tutup ruangan komen. Hohoho
Doakan kitaorang kekal bahagia sampai bila-bila ye? :)
Nota Kaki
Kepada yang single tu, buat la blog yang hebat dan cari identiti sendiri. Dapat kenal dengan ramai orang baru. Aku dah jumpa orang yang sesuai dengan aku melalui blog. Korang bila lagi? Hohoho
aku cam nak muntah kejap ler..
g tandas jap..
@Jaws : berapa bulan…?? (macam iklan ape ntah.. haha)
aku da lama nk tanya psal kisah cinta ko ni. hahaha tapi segan la.. seb baik ko degan tak tau segannya bagi tau..
@topo : ni surface je. hoho. aku patut berterima kasih pada blog dan yubiyu :P
cehh! siap rekemen kat bloggers yg single-mingle utk mencari kekasih hati melalui blog! hahahaha.. terkekeh-kekeh aku bace…
tp betul… cari identiti sendiri. be original. and sometimes ade orang berkenan ngan kita walaupun kdg2 kita rase posts kita byk ttg kesengalan dan kemerapuan. aaaa… erm… hehe…
moga-moga berbahagia selalu!
jiwang siot entry kali ni tp aku suke! aku lbh suke entry personal dr entry tutorial n entah ape2 lagi korang blogger otai suke promote. (oh.. terlebih jujur pula) hihi..
@Ryehana : identiti ko mata. hehe. ko kan heliza celup versi blog :P
hoho romantik btl…jg la pakwe tu btl2..hoho jgn cm aku..ditinggalkan sbb org ketiga..uk uk
ko patut berterima kasih pada founder yubiyu ni.. hohoho sapa la mamat tu kan..
hohoho aku dah buat blog.. nak kata hebat tu xde la sangat tapi boleh la… identiti sendiri dah ada… dah kenal dengan ramai org baru… tapi xde pon awek yg melekat kat aku.. hahahahahaha
@topo : blog ko cite pasal nuffnang. sape je awek suke nuffnang. cite la pasal teddy bear ke, hello kitty ke. haha
wah,,
hebat sungguh percintaan ini,,
smoga berkekalan,,
hohoho. memang puitis la.
semoga bahagia selamanya la ye
cinta yg start dgn internet ni mmg biasa berlaku.. memula blog, pastu e-mail, up dgn skype lak, pastu sms & akhirnyeee.. so, x heran sgt la cinta ngan tenet ni..
@bd fabregas : nanti aku bercinta pakai telegram. tengok ko heran ke tak
hehe…cenggitu rupanya kisah cinta ko ek…kisah cinta aku n callister? errr….takde org nak tahu kot ?
jap jap. nak terberak jap. bukan hanya nak termuntah tetapi siap nak tercirit lagi.
ecehh comelnye, ni dh mcm cite cik puan chika bila mana hubby ksygn bekenan lepas bc belog,
ohh bakal bakal lelaki kaya, sila bc belog i, nnt kita bole kawin wkakakakaka
*koma kene bantai dgn fwz nnt =.=
cik cukiss and en.f semoga bebhagia selalu, cpt kawin dpt cucu. kawin ajak jgn ta ajak :(
cik choki, u citer psl F je eh? perselingkuhan u dgn i u tak citer pun? saje la tu. tapi takpe, i redha. lagipun F terima je hubgn kita seadanya.
hahaaaa. erm… memg kejiwangan la entry kali ni. tp tkpe. sekali sekala boleh la.
ala…sheweeetnye~ heee..best2!
semuga berkekalan la ea ci chokilala~
:)
huhu
aku nak cari tandas jap…
ni pendapat aku utk nota kaki tu :
ko pompuan senang la,
kalu laki sure x da pompuan yg berani nk bt mcm tu
@KhairiL’s : ada. kalau akiraceo.com tu melayu, aku suka kot. hoho
Baguslaa klu gitu,harap2 kekal ke jinjang pelamin.Amin…
saya ada kawan, dia kawen dengan husband dia sekarang yg dulunya silent reader blog dia..huhu
mcm cita awk juga la..lebih kurang..
semoga happy selalu and takda orang gila kacau u lagi okay ?
dalam satu perhubungan mesti ada something yang kita tak suka
tapi kena banyak sabar . sabar tu kunci kebahagiaan !
happy forever okay :D
yeay!!! chokilala..i pon suke kt chokilala….sape izah??? sape2??
Chokilala, semoga berkekalan hingga
hujung nyawa. Bila nak tawen??
wah berbunga2 cik izah menceritakan kisahnya.. hahaha… 6bulan? wow kenapa sama aje.. aku pon baru 6month & 4days hari ulangbulan.. hahaha… bertemu di blog? ades lebeh kurang aje sbb aku kenal kat ym+blog… ades… pasai pe kita byk sama neh.. hehehe…. anyway muga berbahagia kepada cik izah eh… hurm nape ko lehcople+break sampai 3 kali.. kalo aku la, aku tak patah balik maa…
ko tengok faizah .. aku usha ko sebelum aku masuk kutkm sampai skrg x dpt lagi .. dier usha ko kejap jerk .. ahahahaha :P – gurau je weyh -
pasni leyh r ajar aku camner nk blog utk dpt awek ..
wah, jarang aku nengok kamu cerita pasal cinta…er..semoga berbahagia….
blog aku tak ckup menarik ke smpai skrg aku single neh? haha
wah menariknye knal org sebab blog. aku wat blog pon sebab minat kat sum1. haha. tp xmenjadi kot. haaaha. nway nice story~
belum ada selera nak baca cintan2 ni..tengok gambar jee.. :p
hehehe so sweet n nice….harap2 chokilala terus hepi dgn en. F.
uuu sejak bila cik coki yg suka makan lala nih berchenta… ishk3… senyap ja x kabo… hahaha.. papehal… dh 6 bulan.. bila mo tunang?? then kawen.. then dpt anak… hehehe..
“Tidak merokok merupakan syarat utama yang aku kenakan kepada mana-mana lelaki untuk jadi boyfriend aku. Nasib baik Encik F memang bukan smoker. Hoho.”
berbulu lebat bukan salah satu syarat wajib ko gak ke?
hahaha
lps ni aku ltk corak bunga2 kt blog aku biar smpai awek yg tgk jatuh ati..
@Odette : berbulu lebat tu syarat untuk fendi. haha. ok2, letak bunga + pink tau! :)
hehe…ala..kalau dah jodoh tak kemane
wahh..pasni blog bleh jadi tempat cri jodoh ler,…hhohoo
p/s: aku dah nak dekat 10 hari tak kuar bilik…., semua mamat hensem nampak kabur je je skrang
Encik F Love Cik Chokilala,
Bila nak kawen?Bagilah kad jemputan!Hehehe~=P
Mungkin dia betul-betul nak rapat dengan cik chokilalakot.=D
hahaha…
ak klau nk wat post cmni tggu kucing ade 8 ekor cm citer naruto pon lom tntu lg…
huuhuhuk..
klau mmber ak bc ak jiwang msti kne gelak kaw2…haaaahahah…
wuakkakaka.
kalau topo wat cite pasal hello kitty esokk jugak aku couple ngan dye.
wuakakakkakakaka.
weh comel duh koranggg.
aku lagi ske laki yang relax ; cam nampak takde minat kat kita ; tak pandang pompuan tapi padahal bila nampak kita hati dia bagai genderang mahu perang.
laki camni bermisteri doh dari laki yang pantang nampak pompuan mesti wat muka terdesak. hikhikhik.
“bagai genderang mahu perang”, Enny?
Wahh ayat… ciplak lirik lagu terus.
tapi aku setuju!
suka yg ala ala misterius… eheheh
Uwekkk…
Huhuh…agak2 apa rasanya “Datuk F” bila baca entry ko nie
da bole wat buku cinta la ni weeiii
hehehehe
haha..dak utem gak ke balak ko?haha….
topo ker?keh3x
ke fahrin ahmad?haha
@hisher : yang penting bukan pak guard utem gemuk tu. lol
Uiks.. 6 bulan gak u ye… hehehe..
romantis gak encik F ni.. sbb die pemalu.. hehehe..
heheh, pape pun org kate cinta ni xkekal selama-lamanya.. cinta yang terbaik cinta lepas kahwin.. just pandangan drpd sabri..
eh cerita kau ni dah macam si chika dek. siap da kawin n duduk oversea gitu. gile bahagia. hahhaa. gudluck gudluck. semoga berkekalan ke jinjang pelamin n bahagia ke akhir hayat. aminnnn.
hehehe ok ko tunggu.. esok aku buat entry hello kity lusa kita couple.. hahahaha
6 bulan adalah tempoh yg terlalu baby bagi aku cik chokilala.. hehehe.. dulu aku garap cinta sampai 2 tahun, last2 berkubur macam tu je.. habis segala apa yang jadi selama 2 tahun lebur macam tu sahaja..
Apapun semoga ko kekal la dgn si F.. si F, janga choki ni baik2.. x nak ko kasi aku.. kompem aku leh bahagiakan dia dunia akhirat.. hehehehe….
all the best 2 both of u…
tahniah..dah 6 bulan tu.. huhu
saye dlm carta top 10 lelaki macho anda ke?
Aish… remaja.
*Tersenyum dan terkenang zaman2 muda*
vah vah cik chokilala…syabaass bete! entri ni tlh mbuatkan daku tersengih2 mcm kerang wngi jep!
AGHHHHHH KENAPA AKU DAN ENCIK SKANDAL TIDAK BEGITU…??? KENAPA ENCIK SKANDAL SGT ANNOYING THDAP AKU?? AGHHHHHH TEKANANNN
Hui hui… :D xsangka betol…sangat xsangka.. :D
@Kaizer : buat drama swasta plak kat sini. belasah ko baru tau. aritu nak sangat post gini
ye, die mmg ensem..dan sgt terer melukis smp kdg2 rase menyampah sebab jeles gile
@kawan encik f : haha. sapa kawan encik f ni? boleh berkenalan? :P
detik awal perkenalan aku ngan awek aku pun x kurang hi-tech jgk weh..
sumenye angkara satu software audio editing bernama Gold Wave!hoho
skang aku nak meracun awek aku utk start blogging plak..
hahaha sweet like candy la dik!
just like chika :D
kenal hubby dia thru blog jugak heee
sgt sweet mcm ada lori gula terbalik.
wish u happy always eh dik ;)
jaga elok2 perhubungan tu and dont ever being childish ok :)