Kisah Cinta Chokilala & Encik F (Uwekkk)

Hari ni aku tiba-tiba rasa nak buat post yang berunsurkan jiwang melankolik sikit. Hohoho. Apa salahnya sekali-sekala buat post untuk tunjukkan yang kita menghargai orang tersayang, orang yang dekat dalam hidup kita. Hehehe. Kisah kitaorang ini agak istimewa la sebab detik-detik awal perkenalan kitaorang melibatkan blog sebenarnya. Oh! Sungguh hi-tech!
Kalau korang semua nak tahu, Encik F ni berkenan dekat Chokilala dulu bukan pada aku. Huh! Ini satu penghinaan!
Masa tu lebih kurang dalam bulan Mei tahun lepas bila ada sorang mamat ni tiba-tiba add Yahoo Messenger aku. Dulu memang setiap hari ramai sangat orang add YM aku sampai kadang-kadang aku terpaksa invisible. Aku yang blurr dan clueless ni pun layan je la dia macam biasa. Rizal, si penyanyi Selamat Ulangtahun Boonto dan Encik F merupakan housemates. Jadi, aku baik dengan kedua-dua mereka
Tidak merokok merupakan syarat utama yang aku kenakan kepada mana-mana lelaki untuk jadi boyfriend aku. Nasib baik Encik F memang bukan smoker. Hoho. Dan Rizal merupakan tukang ‘survey’ ciri-ciri jejaka idaman aku melalui YM. Haha
Waktu awal perkenalan dulu, kami jarang sangat SMS. Dalam seminggu, ada la sekali dua agaknya. Tapi boleh kata hampir setiap malam akan YM dengan Encik F. Bila nampak dia online je, hati aku beropol-ropol, bunga pun tumbuh dalam hati. Xtau la kenapa tapi rasa selesa sangat dengan dia. Hohoho
Ada satu kejadian waktu bulan puasa dulu yang xdapat dilupakan. Boleh kata tu jadi titik permulaan aku suka Encik F ni la. Hihi
Waktu tu, aku kena siapkan projek dengan kawan-kawan di hostel dan kitaorang janji nak keluar sahur bersama. Sayang sekali, hujan turun mencurah-curah. Tiba-tiba je aku dapat SMS yang berbunyi seakan-akan–”Turun la. Saya dah dekat kedai makan bawah”. Sah! Mamat ni silap hostel. Cerita berkesudahan dengan aku xsahur dan lakonan bermulut manis konon kenyang padahal rasa lapar macam boleh makan seekor gajah. Hohoho
Dipendekkan cerita, Encik F selalu cuba nak cari jalan untuk dekati Chokilala ni sampai dia sanggup order baju UTeM Bloggers United walaupun dia bukanlah seorang blogger. Aku secara baik hati tanpa berfikiran negatif tolong la pesan untuk dia. Rupanya tujuan Encik F order baju tu supaya dia dapat jumpa aku. Haha

Well, kami jumpa untuk pertama kali depan pawagam MBO di Melaka Mall. Waktu tu aku sangat xcomel & berpeluh-peluh sebab baru je buat aksi bergambar seperti di sebelah yang dipanggil aksi melekat ke dinding
Waktu jumpa tu dalam hati aku berkata, “Wow, boleh tahan kacak gak mamat ni”. Tapi muka Encik F waktu tu macam selamba je dan xamek kesah tentang aku. Kawan aku ada juga suruh usha tapi aku rasa macam malas je sebab laki kerek macam tu sure dah ada awek. Sebenarnya aku malas sebab waktu tu aku tengah ‘kawan’ balik dengan ex aku tapi kitaorang broke-up semula xlama kemudian selepas 3 kali kapel clash. Huhuhu
Begitulah serba sedikit mengenai love life pemilik blog ni yang sedang berbahagia menyulam manik cinta. Kalau nak cerita semua, sampai bila pun xabes. Sebenarnya post ni terhasil sempena meraikan tempoh 6 bulan kitaorang bersama di mana 6 bulan yang lepas, post Sorry, Chokilala is Taken menjadi agak hits sampai aku segan dan tutup ruangan komen. Hohoho
Doakan kitaorang kekal bahagia sampai bila-bila ye? :)
Nota Kaki
Kepada yang single tu, buat la blog yang hebat dan cari identiti sendiri. Dapat kenal dengan ramai orang baru. Aku dah jumpa orang yang sesuai dengan aku melalui blog. Korang bila lagi? Hohoho


ini kwn encik f yg suke membuli encik f mase zaman skola2 dulu..jaga encik f baik2 sebab die memang baik..hehe..wish both of u hepi always
@kawan encik f : hehe. baik boss. thanks :P
Haha..kire tercapai la impian aku ek?hehe..tu la yang xsangka sbnrnye..hehe.. :D
hahhaa.
boleh tahan hi-tech detik pertemuan.
alam maya tu..:)
sweet…..bila la aku nak rasa cam beropol2 ni huhu
eiwww…
geliw jewww baca…
ahahahaa… cintan cintun melantun…
hi-tech love… semoga berbahgia… makcik chokilala…
pasal scandal life xmo cite ker?????
Mr F ?
aku dah agak nama aku msti naik..
mls la mcm nie ..
ha3.
encek F..??? muahahahaha,, klakauuuuuuu nauuuu… encek F tu berkongsi bantal ngn aku skang nih.. hikhikhik…
anyway selamat bergembira dgn encek F yerrr.. hhehehe
hi cokisyg…meh laa sini abg f nak bagi coklat..nak x hehe