Kenapa Saya Suka Fahrin Ahmad?
Saya suka Fahrin Ahmad. Hari-hari saya tengok Facebook Fahrin Ahmad. Even boyfriend saya pun sudah muak saya asyik bercerita tentang Fahrin Ahmad. Tapi saya rasa sekarang beliau sudah memahami atau dalam erti kata lain pasrah kot. Bagi saya, meminati Fahrin Ahmad adalah normal berbanding jika saya meminati Pian Cecupak mahupun Roslan Shah. Itu adalah sangat aneh -___-”
Berikut merupakan sesi lakonan semula perkara-perkara yang berkaitan dengan FA. Dialog telah diubah serba sedikit, tapi asasnya masih ada. Hohoho
Situasi 1 :
Encik F : Kalau I ada duit banyak nanti, I nak beli superbike la
Chokilala : Ahh. I hate superbikes. Xsesuai. Nanti naik bontot tonggek
Encik F : Tapi tu antara idaman I. Macho kalau lelaki bawa superbike. Tengok macam iklan Garnier Men yang Fahrin bawa motor tu
Chokilala : Eh? A’a kan? Okla, I nak superbike!
Encik F : ……
Situasi 2 :
Chokilala : I ingat I nak belikan you Garnier Men la. Nak tak?
Encik F : Kenapa? Muka I buruk ke?
Chokilala : Bukan apa. Mana tahu lepas you pakai pencuci muka tu, wajah you terus berubah jadi wajah Fahrin ke?
Encik F : ……
Situasi 3 :
Melalui SMS
Encik F : Hai sayang. Buat apa tu?
Chokilala : Cuba teka
Encik F : Tengah tengok Facebook FA
Chokilala : Tahniah! Tepat sekali
Encik F : ……
Situasi 4 :
Chokilala : Tadi sebelum datang ambil awak, saya pergi tuang minyak dekat Shell
Encik F : Aik? Kenapa Shell (sebab selalunya aku pergi Petronas)
Chokilala : Oh, dekat Shell kan ada macam contest
Encik F : Contest apa?
Chokilala : Ala. Contest Shell yang ada gambar Fahrin tu?
Encik F : ……
Situasi 5 :
Lokasi depan televisyen ketika iklan Garnier Men sedang ditayangkan
Puan Emak : Makk aii. Hensemnya Fahrin dalam iklan ni?
Chokilala : Haa kannnnn? Tahu takpe (sambil tersenyum gembira)

Oh jangan marah. Post ini lebih kepada post yang tiada motif sangat. Sekadar hiburan semata-mata. Nak kata aku syok sendiri pun, kata la. Tapi siapa je perempuan yang xsuka Fahrin Ahmad? Kecuali AzahAmin la, dia xsuka Fahrin Ahmad. Katanya kaki Encik Fahrin besar sangat. Hohoho
Even Khai sendiri pun membuat pengakuan ikhlas di Facebook :
Datuk Khairul Hassan baru aritu jumpa FA kat Sunway.. mmg besar badan dia dari jauh.. ketul2… perempuan gila je yang nampak dia tapi x minat.. seriously even aku ni seorang lelaki..
Ada banyak sebab kenapa aku suka Fahrin Ahmad ni. Aku rasa perempuan lain pun mungkin akan setuju dengan ciri-ciri yang bakal aku senaraikan ni. Hohoho
- Muka melayu
- Badan ketak-ketak
- Ada janggut sikit, macho tau lelaki ada janggut
- Rambut pendek, kemas. Mak aku suruh cari lelaki kemas
- Tak dengar beliau ni kaki clubbing/mabuk
- Main ragbi. Hoh gagah!
- Tak sombong. Kalau dalam Facebook la
- Nampak macam family type guy je?
Haa. Senarai di atas mungkin boleh dijadikan rujukan kepada para lelaki di luar sana. Hehe. Lupakan pasal kaki pukul ke sex maniac apa semua tu la. Bagi aku, semua cerita buruk tentang diri sendiri kita simpan sendiri je. Jangan perbesarkan, nanti lagi orang nak tahu. At least, itu apa yang aku pelajari daripada beliau..
haha..kau mmg pompuan gile.
paranoid.paranoid that your guy will be snatched away.
paranoia. muke kalau cantik, kalau hensem cam beckham xpe gak..
kau paranoid ey dgn bf kau nye ex?isk isk…anda mmg suke memfitnah orang..
isk isk isk paranoia..loca chica..loca loca
WTH. say whatever you want. seriously, i don’t have time for this
what is that person’s problem? huhu.. for that he/she is to the extend to write a comment in your blog like this, more like a pathetic stalker to me. ;)
kerana dirimu begitu berharga..hehehe
samala kita chokilala..BF pun terpakse redho dan pasrah..even skang ni if ade fahrin kat TV mane2 siap call suh tgk..hehhehe..
hari2 usha facebook FA..terase sangat dekat aje..if pening dgn keje or tension tgk pic die senyum pun jadi lega…
entah la. rasa macam FA tu ada aura la. hehehe
betol2… FA ade aura yg xde kt lelaki lain..haish tbe2 aku jd minat nk mampos kt die…
yup dats rite love fahrin sooo much..hahahha..lelaki melayu terakhir abad ni…
uiihh minat gak kat fahrin..hehehehhe..eventhough i da kawen..hik..skadar hiburan jer la…heheheh
Skandar Keynes lagi macho la…Kalau ada suami badan ketak2,nanti bila kena terajang mati terus..gurau je,,btw,FA memang ensem,, :P
sokong..saya pun peminat fahrin juga..tak buruk mana pun dia..suka tgk dia senyum..
salam…
baru terbaca artikel kat blog nih…
200% stuju ngn artikel nih..
coz sy pom minat gak FA ni..
xtau la nape..since nmpak dy lam cte SEPUTIH QASEH RAMADHAN tu trus jatuh cnte smpai skang…
smua ciri llki idaman blh dikatakan ade la ngn dy ni…
nway..gud artikel..keep it up yaa~
like..like…like…like…like
teruja giler ngan ‘kegilaan’ awk nie…huhuhu
hahaha… tau tak pe… sme lah kita..
kbtulan sgt2.. smue yg di cerita kan tu.. mmg sme…
smpai smue family dan kawan2 dh tak terkata ape2 dh..
:)
i like mr fahrin ahmad