Kenapa blog Chokilala tak update?
Sorry sebab blog ni dah berhabuk dan bersawang sampai boleh kata sesuai jugak la untuk didiami oleh Encik Lelabah. Aku bukan xnak update, tapi aku xde inspirasi nak update. Inspirasi tau, bukan idea. Idea ada je banyak, tapi inspirasi ni lebih kepada cara bagaimana nak mengolah idea tersebut menjadi lebih merepek menarik
Antara aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh ketidak updatean :
- Menyaksikan secara live sesi pengorbanan En. Lembu & Pn. Kambing
- Ber-sms secara berleluasa dengan boipren yang kini sudah kejauhan
- Design untuk blog perniagaan yang produknya agak kelucahan -_-”
- Download game PSP secara bersenang-lenang di PSPIso
- Dah download, semestinya kena main game tu sampai lebam
- Loco Roco
- Patapon
- Taiko No Hatsujin (tetibe paham tulisan Jepun)
- Exit
- Menjadi petani separa berjaya melalui projek penanaman taugeh
- Belajar menggunakan XAMPP instead of melekat dengan AppServ je
- Dalam proses menggodeh theme baru untuk blog Chokilala
- Testing & explore kehebatan WordPress 2.7
- Membeli-belah di PC Fair & Lovely yang diadakan di Mahkota Parade
- Dapat beli camera pouch Golla dengan harga RM29
- Salah satu wishlist daku, refer entry ni

Doakan lepas ni aku akan rajin update, sebab lately aku memang rasa macam malas je. Tempoh 2 hari sekali update yang aku amalkan dulu pun dah hilang entah ke mana. Aku juga sedang mencari inspirasi dan idea untuk theme baru. Psstt.. Kenapa dah skema semacam ayat-ayat aku ni
Erm. Apa pandangan korang? Nak pakai color apa? Layout masa dekat Blogspot dulu mcm jambu sangat la pulak. Sekarang ni, aku nak cater semua golongan xkira laki atau perempuan, muda atau tua. Jadi agaknya design yang macam mana sesuai dengan blog ni ye? Semestinya design tu mestilah riang, macam Chokilala Riang! Hohoho
P/S : Jangan lupa tengok Astro #551 pukul 9 malam, Ahad. Cerita tentang orang pokok. Eii gelimat~

owh ingin benar aku mengetahui apakah link blog perniagaan yang agak lucas itu.. huhu..
huhu,..aku kejelesan melihat choki bermain psp
Encek Lembu dan Puan kAMBING dah sedia untuk disembelih?
Urmm ..
Nk tmpng men PSP leh ?
Bagi diskaun ry haji sket .
1 Jam = 1 ringgit .
ahh bak sini lh camera pouch tu wkakaw :P
aww nyah. sms secara berleluasa? rawr
rajin2 update ye cik choki..
mis ur posting….
Erkk..nk tumpang main PSP?
PSP ku udah dibawa oleh abangku di Russia tu..
Plez..hik..hik..
Loco Roco?
Best :). Kami gile2 main sampai final stage, pastu jadi sangat malas :p. Final stage tak pernah nak complete walau pun berdozen percubaan dilakukan :p
Kami cadangkan game PSP yang wajib dicuba
- Me & My Katamari
- Space Invaders Extreme
- Patapon
Anda pasti akan bermain sampai kejang ibu jari :p
hoh?? aku lagi da tak berhapdet.. ciyes x dek mud.. haish… adap ari2 depan pc pown tak guna.. x dek bahan nak wat n3… dgn poblem lagi.. haiyorkk!!
jadik pelancong kepada blog2 yang lain jew la…
dok melaka ke kak?
sebab sy nampak ade mahkota parade tuh
x taw plak MP ade kat nogori lain plak kan…
he3
balas2
Baru nak start Xampp ke?hehe..
teruskan berblog..hehe…lambat update xpe tp jgn x update terus…
hoh…aku ade masalah integrasi jari aku dan irama2 chumel patapon…
Alaa normal la kalau lambat update. Selalu sgt pon tak best.
ps: Gadis paling kanan memakai baju oren.. kelihatan comel :P