juzuk ‘amma adik muhammad(mari bertarannum) full album

sekadar nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat..

aku xla baik sgt, dan aku juga xla jahat sgt plak mcm setan(mesti kwn2 aku ramai yg xsetuju nie).. lol.. pernah tgk x azan kat tv9? bdk kecik lelaki yg azan.. sore dia tersangat la sedapnya, sgt menenangkan utk di dengar.. i likeeeeeeee!

lawatan berkala ke blog org lain, lalu terjumpa entry ttg adik nie.. aku ada full album adik nie, so kpd sesape yg berminat bole la msg aku kat YM – i . izah @ yahoo . com (without spaces)

for now, aku kasik sket preview sore adik nie.. xtau nape, tp aku suka ayat yg track num 3 nie.. sore dia sgt lembut.. n lagu dia baca tu bes, mcm tgh nyanyi(tarannum ke pe eh nama benda tu, aku xtau!).. kuikui.. sgt sesuai didengar utk menenangkan jiwa2 yg kacau itu.. uhuks.. enjoy..

download preview kat sini >> [link]

sedikit info ttg adik Muhammad


Profile adik Muhammad :

Adik Muhammad Bin Ahmad Zahid, 12 tahun, mula mendapat perhatian umum apabila beliau berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada usianya 10 tahun sekaligus melayakkannya di gelar sebagai Al-Hafiz. Beliau yang turut popular dengan gelaran Hafiz Kecil kini tampil dalam album bacaan Al-Quran berjudul Juzuk ‘Amma – Adik Muhammad Al-Hafiz yang merupakan satu lagi album di bawah siri Mutiara Wahyu terbitan Islamic Media Edutainment dengan kerjasama Nile Production.

Adik Muhammad Al-Hafiz yang merupakan Johan Pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan tahun 2007 bagi kategori 15 juzu’ pernah diundang mengalunkan ayat suci di Venna, Austria yang disiarkan melalui rancangan televisyen di seluruh Timur Tengah dan Benua Eropah.

Album ini menampilkan beliau membacakan ayat-ayat dari keseluruhan surah di dalam juzuk ‘Amma mulai dari surah Al-Fatihah hinggalah ke surah An-Naba’ dan bacaannya disemak oleh Ustaz Kadri Bin Abdul Hamid Al-Hafiz. Istimewa di dalam album ini, Adik Muhammad Al-Hafiz turut mengalunkan Azan sepertimana yang biasa kita lihat penampilan beliau di TV9 mengalunkan azan pada waktu Zohor dan Asar.

Album Juzuk ‘Amma – Adik Muhammad Al-Hafiz ini sangat baik didengari bagi mewujudkan aroma ketenangan dan rasa dekat dengan Tuhan. Bacaan beliau yang turut dipengaruhi bacaan imam-imam terkenal seperti Sheikh Sudais, Saad Said Al-Ghamidi dan Syuraim pastinya menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Album ini kini boleh didapati di pasaran edaran Inteam Records dengan harga RM 16.90 bagi CD dan RM 9.90 bagi kaset.

Sumber dicilok dengan kebenaran daripada blog ini =)

06
Jun 2008
POSTED BY
POSTED IN Peribadi
DISCUSSION 7 Comments

7 Responses to : juzuk ‘amma adik muhammad(mari bertarannum) full album

  1. santai selalu says:

    boleh tgk mohammad ni dlm Mari Bertarannum d TV9 setiap ari 6.30 ptg

  2. amilah says:

    eh budak yang dalam ‘mari bertaranum’ tu..
    hehe

  3. Cik Choki2 says:

    eh yeke..

    kwang3x.. aku xtau pun..

    waa nanti nak layan la tgk.. hehe

  4. santai selalu says:

    cik choki2, dah season 3 dah mari bertarannum tu.. tp syok tgk budak2 tu..

  5. Cik Choki says:

    amboi2 korang nie. aku tgh dok belek comment post lama2. mentang2 post yg nie ngaji2, sket je comment ye. cuba aku buat post psl pesta liar ke parti buih ke, mesti berebut2 korang komen. ceit~

  6. Pingback: Azan TV9 oleh Adik Muhammad Mari Bertaranum | Chokilala.com

  7. nizz says:

    ana pn mnt giler kat suara adik ni…btuah mak ayah dia boleh tumpang syafaat msk syurga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>