Erk! Perkataan ‘ketai’ memang wujud la!

ketai

Ketai? Apakah itu ketai? Perkataan ketai ni telah dipopularkan oleh saudari Eireen Ketai sedikit masa dahulu. Chokilala ialah salah seorang peminat pembaca blog Eireen. Walaupun background blog dia ada selipar dan latest letak makhluk hijau berbulu Rarr, tapi Chokilala sangat suka. Mesti hidung dan bontot Eireen tengah kembang sekarang ni. Dijamin!

Jom kita ikuti sedutan peristiwa di sebalik timbulnya isu ‘ketai’ ni. Ada lebih baiknya kalau aku copy paste je ceritanya sebab untuk entry yang dulu still ada gak orang tanya aku apa benda ketai ni? Nampak sangat tak klik link yang ada. Ces

Lepas Cikgu Fatimah habis ngajo, die suruh la ktorg wat soalan2 yg die edarkan tadi. suasana sunyi. bdk2 sme kosentret. aku baca punya baca punya baca, sampai la ke satu ayat… lebih kurang camni,

“…jantungnya terketai-ketai berdegup, tidak memberi sebarang jawapan..”

Dahi aku bekerut. apekejadah ayat terketai-ketai nih? mase kat skola Cikgu Kamal tade plak ajar. aku pun duk recall bahasa2 special cam dasawarsa, tuntasnya, pada era langit terbuka dll yg pnah dipaksa hafal oleh Cgu Kamal. konfem, aku takpnah dgr terketai-ketai. aku keriyes. aku pun toleh kanan, pandang Izani, seraya berkata,

“Weh, terketai-ketai ni ape eh?”

Izani, dgn muka konfiden gile babi tahap cirit jawab “ohh ayat ni. alaa cane nak cakap kat ko eh. ala cam ‘terketai-ketai’ la.. cam goyang2. ala terketai-ketai, aku penah dengar” sambil tangan die buat gaya pegang jantung dan ‘terketai-ketai’. aku pun “Ohhh…”

Tak lama lepas tu Cikgu Fatimah masuk. tadi die klua kejap. masa dia masuk ada sorg bdk kat blakang aju soalan yg sama aku aju pada Izani tadi.

Cikgu pun jawab “Ohh yang ini typing error. silap2. takde maksud ayat ni.. tukar tukar.”

Oleh kerana lately Eireen discover bahawa perkataan ‘ketai’ ni memang wujud di negeri Perak yang bermaksud lebih kurang macam ‘berkepuk-kepuk’, aku pun jadi keriyes bak kata eireen. Jadi aku telah google dan ternyata istilah ‘ketai’ ni memang wujud. Sungguh tak ku sangka, rupanya ada Kamus Dewan versi online! Boleh layari di sini

karyanet-penerbitan-dalam-talian-_1230216897926

karyanet-penerbitan-dalam-talian-_1230216916866

Terungkai sudah misteri perkataan ni. Memang terketai-ketai jugak la time aku tengok Kamus Dewan tu yang istilah ‘ketai’ ni memang wujud. Oleh kerana itu, mulai sekarang Eireen dilarang perasan dan sesuka hati minta duit everytime orang guna perkataan ‘ketai’ ni. Sebelum ni setiap kali guna, kena masuk duit dalam tabung dia sebab kononnya dia ada copyright untuk istilah ‘ketai’ tu. Ceit!

Leave a comment

13 Comments

  1. ade,tp xsame mkne yg dia nk smpai kan la… kalo ketaq btul la…

  2. wah..
    skarang dah siap spam protection lagik ye…
    kuang3

    ketai?
    perkataan baru tuh
    tak taw plak ade word tu sblom ni
    hrrm…

  3. ngatkan sama ngan terketar2..

    isk isk …

    word of the day…hehe~

  4. “Saya berketai selepas berjumpa dengan gadis tersebut”

    ermm sounds rebel..nice!

  5. kah kah kahhhh XD pasal word ketai2 ni sme org kalut bukak kamus, buat forum, bebincng sume. hm hm nmpknye aku sgt bijak memanipulasi org dewasa kih kih

  6. bila aku baca entry ni terase cam berketai ketai je kecomelan aku. :eyes:

  7. hatiku terketai² membaca blog chokilala eheh.
    dpt perkataan baru hari neh haha

  8. hahaha…kalo kat t’ganu ia dikenali sbg “ketor-ketor”..

  9. Erm,

    Petai-petai adalah.Hahaha! :happy: Terasa happy lak.Cik choki boleh tulun ajaq buat emtikons tak?Nak belajarlah.

  10. ngaaaaaaaaaa~ tiada bayaran akn di bayar selepas ini… :err:

  11. ketai?

  12. ketai – in Japanese, they called it as cellphone (mobile phone)

    it should be pronounced as k-tai ;)

    @Izzy : terketai-ketai menghulurkan duit untuk membeli k-tai yang mahal. ok tak penggunaan ayat tu? haha