Encik F Lukis Ni Sempena Birthday Aku *auww*
Bersempena dengan permintaan yang tinggi daripada rakan-rakan, aku letak la lukisan yang Encik F bagi sempena birthday aku semalam. Sebenarnya lukisan ni dihantar pada malam birthday tu melalui MMS, seprais la konon. Kihkih!
Tapi apakan daya, MMS xleh masuk dekat phone aku. Percuma je Maxis dapat kutukan, rupanya lepas aku remove dan pasang balik sim card malam tadi menderu-deru MMS masuk. Hohoho
Menurut Encik F, lukisan ni terhasil ketika dia sedang menonton filem Ayat-ayat Cinta dekat TV3 malam Sabtu lepas (birthday aku Ahad). Jadi katanya sambil mood jiwang dan rindu aku, dia lukis la kartun ni. Ye ye je Encik F ni. Kehkeh!

Xpuas hati betul dia lukis aku pakai selipar, selipar jepun pula tu. Bila aku tanya kenapa xlukis pakai kasut ke sandal ke dia cakap xpe la pakai selipar nampak sikit kaki kartun tu. Errr. Apakah? -___-”
Ngehngeh. Kenapa kartun tu tunjuk jam? Sebab kan Encik F hadiahkan aku jam Baby-G untuk birthday kali ni. Kalau terlupa, boleh tengok post Happy Sweet 17 Chokilala ini. Baju F N F tu pula sempena Faizah & Fashar. Oops! First time reveal nama betul Encik F secara rasmi di blog :P
Hehe. Walaubagaimanapun, aku hargai usaha beliau yang susah-susah buat semua ni. Birthday dia nanti aku akan cuba lukis orang lidi yang paling kacak sebab tu je yang aku mampu lukis. Hohoho
Ok. Kepada yang sedang gelak-gelakkan rupa aku jadi kartun tu dah boleh mengutuk di ruangan komen. Gua dah ready fizikal dan mental >___<


mohdisa,
mesti xtengok lagi gambar potret muka aku yang encik f lukis masa nak kapel dengan aku dulu. hehe. jauh drpd tahap budak tadika kottt? :P